Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Friday, April 16, 2010

Ucapan

Aku berlindung kpd Allah daripada syaitan yang direjam.

Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahisyaafi.
Bismillahilkaafi
Bismillahilmu a'fi
Bismillahillazi laa yadurruma asy mihii Syaiunnfil ard. Wala fis samaa iwahuwas samii ul a'liim.

Alhamdulillah.

Terima kasih pengerusi majlis,
Yang Berusaha..
Puan Pengetua,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Guru-guru Kanan,
Guru-guru,

Seterusnya, adik-adik pelajar yg saya kasihi..

Assalamualaikum.

Pertamanya,
Syukur saya kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia & izin-Nya, maka telah diberikan kesempatan kepada saya untuk kembali ke sekolah ini setelah beberapa tahun meninggalkan tempat ini.

Semuanya adalah kerana menuntut ilmu, iaitu menuntut ilmu ini adalah satu proses yang berlaku secara berterusan & kita juga terpaksa berpindah daripada satu tempat ke tempat yag lain.

Yang Kednuanya,
Saya (mewakili sahabat-sahabat saya) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengetua & guru-guru SMKLY kerana sudi menerima kedatangan kami. Insya Allah, selama dua minggu kami di sini demi menyelesaikan tugasan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang telah diamanahkan kepada kami selaku pelajar UPSI.

Kami amat gembira kerana telah menerima ruang & peluang untuk turun ke sekolah ini setelah pelbagai macam teori (walaupun tidak banyak) yang telah kami pelajari di UPSI.

Kini, di sini, hari ini, kami menghadapi praktikal pula iaitu hadir ke sekolah yang merupakan tempat beradanya guru-guru demi mencurahkan ilmu kepada kamu semua, adik-adik pelajar.

Kami berharap, mendapat didikan & tujuk ajar daripada pengetua & para guru selama kami berada di sekolah ini.

Kami ini masih lagi dalam proses pembelajaran & kami amat berharap para guru dapat juga mendidik kami serta memberi tunjuk ajar mengenai apa yang tidak kami ketahui.

Insya Allah kami akan Sami'na wa ato'na dengar & taat
kerana apa?
kerana Allah SWT (orang yang menuntut ilmu, orang yang mengajar & memberi tunjuk ajar akan disayangi Allah)

Saya rasa cukuplah ucapan ringkas saya ini dan Insya Allah (dgn izin Allah) adik-adik boleh berkenal-kenalan dengan kami & kami pun boleh berkenal-kenalan dengan adik-adik (demi berkongsi ilmu) selama dua minggu kami berada di sekolah ini.

Akhir kata, saya mewakili kawan-kawan saya di bawah sana, sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kpd pengetua, guru-guru & adik-adik pelajar kerana sudi menerima kedatangan kami ke sekolah ini.

Wabillahi taufik Wal hidayah


Assalamualaikum.

1 comment: