Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Thursday, April 22, 2010

Hormati Jiran

firman Allah SWT:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga-tetangga yang dekat dan tetangga-tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”

Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap penjuru.

Jiran muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan.
HAK:
1. Sebagai seorang muslim.
2. Sebagai seorang kerabat.
3. Sebagai seorang jiran.

Jiran muslim yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan.
HAK:
1. Hak sebagai seorang muslim.
2. Hak sebagai seorang jiran.


Jiran bukan Islam.
HAK:
1. Hak sebagai seorang jiran sahaja.


Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”



Sumber:
Ceramah
Blog

No comments:

Post a Comment