Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Saturday, April 24, 2010

Ayat-ayat Perlindungan

5 Benteng Perlindungan Diri, Keluarga & Harta Benda
(5 Fortress Protective us, our family and our Property)
(1). Al-Muawwizat
(2). Ayat Kursi
(3). Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
(4). Ayat Berkubu
(5). Ayat Penggerak


1. Al-Muawwizat (Pelindung-pelindung)

Bacaan:





Al-Muawwizat iaitu:

1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas

Cara-cara:
(Steps)

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.  (Put our feet towards the Ka'ba.)
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa. (Such as lifting both hands to pray.)
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah). (Read the verses Muawwizat to finish (not including the reading of Surah Al-Fatihah).
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas. (Take a deep breath and blow on our hands until the expiration of breath.)
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit. (Pull the small our breath, then hold our breath while our handssweeping the entire limb can be achieved unless our private parts)
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari. (Do it once before bed and after morning prayers every day.)


2. Ayat Kursi

Bacaan:



Terjemahan:

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(Surah Al-Baqarah ayat 255)

Cara-cara:

1. Baca Ayat Kursi dengan 9 wakaf.
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.


3. Ayat 1-9 Dalam Surah Yaasin

Bacaan:


Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) Sesungguhnya kamu salah seorang daripada rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapa-bapa mereka belum pernah diberi peringatan, karana itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karana mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karana itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

Cara-cara:

1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda.
2. Berdiri di satu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu di kiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4. Ayat Berkubu

Bacaan:



Terjemahan:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad Rasulullah.

Cara-cara:

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.


5. Ayat Penggerak

Bacaan:


Terjemahan:

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Cara-cara:

1. Bila hendak pergi ke sesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang ke rumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.


Insya Allah (Dengan izin Allah) apabila mengamal bacaan ayat-ayat ini, dapat melindungi diri kita daripada segala bahaya (termasuklah penyakit yang berbahaya pada hari ini iaitu pelbagai macam selesema seperti selesema burung, babi dll.)

p/s : Penting kepada wanita (mengamalkan ayat/doa penggerak khususnya) bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah rogol yang berleluasa kini.


Sumber:
Dr. Haron Din
Ust. Zaharuddin Abd. Rahman

(8 Jamadil Awal 1431 @ 240410, 2:52 ptg)

No comments:

Post a Comment