Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Wednesday, April 7, 2010

Pengalaman Semalam

(Pagi) diriku pergi ke Pejabat JPJ (urus insuran & road tax motor abah), Pejabat Tanah KB, Tesco (pergi buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku & beli tiket bas untuk balik Tg. Malim)

(Pada sebelah petang) ke Pejabat Tanah Bachok, kembali ke JPJ untuk bayar road tax (sistem elektrik rosak pada sebelah pagi tadi, hanya sempat bayar insuran je paginya), ke Masjid Muhammadi (solat asar), beli baju zainal (baju melayu putih) & baju sendiri (baju melayu merah jambu), dan beli buah mangga 9 biji.

(Kembali kepada peristiwa ketika pagi) Semasa melalui Kota Darul Naim sebelum ke Tesco, diriku telah ditahan oleh seorang matsaleh..
teragak-agak juga ku mahu memberhentikan motosikal. Memandangkan matsaleh tu amat memerlukan pertolongan, diriku pun membrek motosikal.

berlaku sedikit perbualan (setelah dibahasamalaysiakan)

matsaleh: boleh tolong saya, bawa saya ke McDonald yg berhadapan Shell di depan sana
Diriku: boleh, tiada masalah.
Matsaleh: sukar untuk saya mendapatkan teksi.
diriku: Oo..baik. (tanpa byk soal) naik-naik.

matsaleh naik motor (Mm..tanpa helmet ea)
berlaku lg perbualan

Diriku: kamu berasal dari mana?
Matsaleh: (diam sejenak) Oo..Austria
Diriku: Australia... Oo, Austria, saya tahu. (silap dengar pulak)

perbualan lagi

Matsaleh: berapa km tempat tu dari sini (betul-betul bm ni)
Diriku: (boleh cakap bm pun, tp x perasan masa ni) saya tak tahu. saya pun tak biasa tempat ni (Mm..tak tahu plak yg ada kedai McDonald di depan. Al maklumlah jalan yang tak biasa dilalui)

di traffic light (lampu merah)
panasnya cuaca. membakar kulitku (Mm..baru panas dunia je ni)
Diriku: panas ea cuaca?
Matsaleh: ea, panas.

Diam. Dan kemudian kubertanya
Diriku: depan lagi ke?
Matsaleh: ea, depan lagi.

meneruskan perjalanan..
Matsaleh: ea..ea, di depan sana (setelah melihat signboard McD yg tinggi lampau)
Diriku: Oo..ea di situ rupanya

Akhirnya sampai di tempat yang dituju (di hadapan McDonald).

Matsaleh: (turun dari motosikal) berapa bayarannya?
Diriku: (serba salah) tak perlulah. saya cuma tolong.
Matsaleh: tak boleh macam tu? saya bayar
(matsaleh membuka dompetnya. dapat kulihat begitu banyak wangnya.Mm..tebal jugak wang RM50)
Matsaleh: (mengeluarkan RM5) nah ambil ni. Terima kasih ea?
Diriku: tak nak memanjangkan cerita kononnya.hehe (terus ambil duit tu) sama-sama.
Matsaleh: Ok, terima kasih (dan terus menuju ke dalam McDonald)
Diriku: Ok, sama-sama


Seterusnya, ku meneruskan kembali perjalanan yang belum selesai.




di rumah setelah selesai urusan..

Diriku: (flashback) Mm..matsaleh cakap BM ea td?

No comments:

Post a Comment