1. Seorang pemuda mati di dalam masjid, pada malam jumaat di bulan Ramadhan.
2. Seorang mak cik mati ketika tawaf di Kaabah semasa buat haji
3. Seorang pemuda mati dalam kelab malam di Genting Highland
Setelah kita dengar cerita ini (tanpa mengetahui cerita sebenar) mati dalam keadaan mana yang baik?
Pastinya ramai mengatakan yg ketiga itu mati dalam keadaan suul.
Cerita versi kedua
Pemuda yang meninggal dalam masjid itu mati ketika sedang asyik mengopek tabung masjid, akibat terlalu ghairah, tak tahu macam mana ceritanya, tukul yang digunakan untuk mengopek tabung terkena kepala sehingga pecah & mengalirkan darah akhirnya terkulai di situ.
Mak cik itu pula, meninggal kerana melanggar arus semasa tawaf akibat benci untuk mngerjakan haji, dia mengatakan bahawa dia telah dipaksa mengerjakan ibadah haji oleh anak-anaknya (di rumah dia tidak mengerjakan solat, anak-anak pula mengumpulkan duit & menghantar emaknya untuk mengerjakan ibadah haji). Sambil membebel semasa melawan arus, mak cik itu terjatuh dan terpijak oleh orang ramai sehingga akhirnya mati.
Pemuda yang meninggal dalam kelab malam pula, mati kerana menyampaikan dakwah. Dalam perjalanan untuk ke Sekolah, bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik (guru agama), pemuda itu terlebih dahulu singgah di Genting Highland bagi menyampaikan dakwah kepada saudara sesama muslim yang sedang hanyut dengan hiburan duniawi. Pemuda itu naik ke atas pentas & memberi salam kepada orang yang berada di dalam kelab malam itu. "Assalamualikum, wahai saudaraku sekalian, takutlah kamu semua kepada Allah, kembalilah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat..pemuda itu menyampaikan dakwah. Kebanyakan orang dalam kelab malam itu berada dalam keadaan mabuk.
Seorang pemabuk yang mendengar dakwah itu "eh sejak bila dalam kelab ni ada kuliah, macam rancangan halaqah pulak". Pemabuk itu mengambil satu botol kaca & membaling ke arah pemuda itu sehingga terkena kepala & akhirnya pemuda pendakwah meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk.
Siapa sebenarnya yg meninggal dalam keadaan baik?
Moral:
Di mana kita meninggal dunia tidak berapa penting, tetapi apa yang perlu kita ambil tahu adalah bagaimana cara kita akan meninggal nanti, dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Sumber:
(28 Rabiul Akhir @ 13.4.10)
Kuliah di kuo oleh ust Ghazali Ibrahim (adik ust Asri Rabbani) slps solat sunat hajat sempena menyambut peperiksaan yg akan dtg.
"Setelah diedit"
No comments:
Post a Comment