Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Tuesday, April 20, 2010

Sombong Ilmu

Satu Kisah

3 Pemuda dan seorang Pak Cik.
Naik Perahu meredah lautan.

Pak Cik asyik membaca al-Qur'an ketika berada di atas perahu, manakala pemuda-pemuda itu pula tiada kerja nak buat.

Jadinya,

3 Pemuda itu bertujuan memperlekeh Pak Cik, menanyakan beberapa soalan.

Pemuda pertama
Pak Cik? berapa umur Pak Cik?
50 tahun nak. Pak Cik menguatkan suara. Dua orang lagi pemuda jelas mendengarnya.

Pak Cik tahu tentang ilmu sains? Pemuda ini menyoal bermaksud memperlekeh dlm hatinya (maklumlah ingat dlm diri sudah banyak sangat ilmu)
Pak Cik tak tahu. Jawab Pak Cik.

Pemuda kedua
Hmm..Pak Cik tahu ilmu Biologi? (Bangga Pemuda ini menyoal, mentanglah ambil subjek bio kat sekolah, pernah lulus ke tak?)
Mm..juga Pak Cik tak tahu. Ikhlas Pak Cik itu menjawab.

Pemuda ketiga
Pak Cik tahu apa itu ilmu Kimia? Direct Pemuda ini menyoal slps kawannya yg kedua tersenyumkan Pak Cik krn tdk mengetahui tentang ilmu Biologi.
Ma..ma..maaf, ilmu kimia pun Pak Cik tak tahu. Jujur Pak Cik jawab.

Ketiga-tiga Pemuda
Pak Cik telah membazirkan separuh daripada usia Pak Cik kerana tidak mempelajari ilmu-ilmu ini. Sepatutnya separuh daripada usia Pak Cik digunakan utk mempelajari ilmu-ilmu ini.
Asyik membaca al-Qur'an je, apa yg Pak Cik dapat. Celah seorang daripadanya.


Pak Cik: Jangan sombong nak. Pak Cik tahu ilmu Allah itu amat luas. Dan jangan sesekali meremehkan al-Qur'an.

Tiba-tiba,


Berlaku ribut taufan,

Ketiga-tiga pemuda itu panik. Macam mana ni
Saya tak pandai berenang. Jerit pemuda pertama.
Saya juga tak tahu berenang. Pemuda kedua turut bersuara.
Matilah kita..saya pun tak boleh berenang.

(Mm..baru tahu langit tu tinggi @ rendah)

Sebelum perahu tenggelam dipukul ribut, sempat Pak Cik itu berkata.
Kamu telah membazirkan keseluruhan daripada umur kamu kerana tidak mempelajari ilmu BERENANG!

Dengan selamba Pak Cik itu terjun & berenang utk kembali ke tepian pantai.

Perahu itu akhirnya tenggelam.


Sumber:
Diedit drp Kuliah Maghrib di Fresh Park
Posted: 6 J.Awal 1431@ 21.4.10, Jam 8.00 pg.

No comments:

Post a Comment