"Zuhud Dunia! Ingat Akhirat!" pesan Cikgu Nadzri (ajk penggerak membersih tanah kubur) apabila kita sentiasa datang di tanah perkuburan.
Doa Menziarahi Tanah Perkuburan:
"Mudah-mudahan Allah mencurahkan kesejahteraan bagi kamu, wahai penghuni kubur daripada orang yang beriman, & jika dikendaki Allah, kami akan menyusurmu."
Alhamdulillah selepas solat Asar, diriku bersama kawan serumah & kawan di Fresh Park berkesempatan membersih Tanah Perkuburan Islam Tanjung Malim (di Ketoyong). Kerja amal kami berjalan dengan sempurna walaupun pada awalnya hujan renyai-renyai.
Pembersihan kubur sebentar sekali rasanya (5.15-6.30 ptg) termasuk masa makan & beramah mesra.
Sebelum membersih kubur, Cikgu Nadzri memberi sedikit ucapan & tazkirah.
Kesimpulan drp isi-isinya:
1. Penting ingat mati.
2. Jangan terlalu mengejar harta dunia.
3. Sedekahkan ayat al-Qur'an & doa kepada si mati.
Sebelum pulang:
Cikgu Nadzri mengetuai bacaan doa setelah membaca Surah al-Fatihah 1 kali & Surah al-Ikhlas 11 kali.
No comments:
Post a Comment