Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Saturday, April 24, 2010

Kasih Sayang

Pengasih: Menyayangi diri & orang lain (termasuklah semua makhluk Allah)

Rasulullah saw bersabda:


"Tidak akan masuk Syurga selain pengasih."

"Muslim adalah orang yang menjaga tangan & lisannya terhadap orang lain. Di samping itu juga menyayangi binatang & tidak menyeksanya."

"Suatu hari seorang berjalan. Di tengah jalan dia kehausan, apabila terjumpa sumur (perigi) terus dia turun & minum. Ketika naik, dia melihat anjing menjulurkan lidah kerana kehausan. Lelaki itu perkata, "anjing ini kehausan seperti aku tadi. Sepatutnya dia berikan anjing itu minum. Legalah anjing itu & bersyukur kepada Allah. Sehinggalah Allah mengampunkan lelaki itu." Mereka berkata, "Ya Rasulullah, adalah pahala bagi kami bila berbuat baik kepada binatang?" Rasulullah saw menjawab, "Pada setiap yang berhati baik ada pahalanya."

"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat & puasa tetapi disebabkan selamatnya hati & kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim."

"Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang di bumi maka yang di langit akan mengasihimu."

"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi & siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula."

"Ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan panas & berjaga."

"Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalnya."

Diriwayatkan:
Seorang abid (ahli ibadah) Bani Israel melalui bukit pasir yang dihuni oleh Bani Israel yang ketika itu sedang ditimpa kebuluran. Maka si abid itu berharap, "Jika padang pasir ini menjadi gandum, tentu mengenyangkan mereka." Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Bani Israel, "Katakan kepada fulan bahawa Allah memberimu pahala atas sedekahmu kepada manusia kerana berharap pasir menjadi gandum."

"Pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan Syurga, dekat daripada manusia & jauh daripada Neraka. Dan orang bakhil jauh daripada Allah, jauh daripada Syurga, jauh daripada manusia & dekat kepada Neraka."

Daripada Jabir ra dia berkata:
Ditanyakan, "Ya Rasulullah, apakah amal yang terutama?" Rasulullah saw menjawab, "Sabar & pemurah."



Sumber:
Diringkaskan daripada:
Imam Al-Ghazali (Diterjemah oleh Mukashafah al-Qulub). Penenang Hati, Pengubatan & Rawatan. Hlm 78-81.

Posted: 9 Jamadil Awal 1431 (9.25 pagi)

No comments:

Post a Comment