Tangisan Air Mata
Palestin
Adakah kita sudah lupa?
Apabila saudara seislam dizalimi.
Adakah air mata kita sudah berhenti mengalir?
Di mana sifat & sikap kita sebagai seorang Islam?
Di mana doa kita?
Renungan:
Pernahkah kita menghayati sepotong hadis nabi yang bermaksud, “Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”. Tidakkah kita terasa terhadap apa yang dikatakan oleh nabi ini jika kita mengendahkan apa yang terjadi kepada saudara kita di Palestin? Kalau tidak timbul sikap ihsan kepada saudara kira itu eloklah rasanya kita menilai dan bermuhasabah semula iman yang dimiliki.
Hadis:
Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad, nabi bersabda yang bermaksud, “Akan sentiasa ada dalam kalangan umatku yang berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras pada musuh dan tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa yang menentang mereka.” Lantas para sahabat bertanya. “Di manakah mereka, wahai utusan Allah?” Baginda menjawab, “Di Baitulmuqaddis dan di sekitar Baitulmuqaddis.”
Sheik Muhammad Ali, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Palestin, bercakap tentang hadis Nabi Muhammad s.a.w “Hari kiamat akan datang hanya apabila orang-orang Islam menentang orang-orang Yahudi, dan orang-orang Islam mahu membunuh orang-orang Yahudi, dan batu dan tanah akan berkata “Wahai orang Islam! Wahai hamba Allah! terdapat orang Yahudi di sini” … “terdapat orang yahudi di belakang ku, datang dan bunuhlah mereka”, kecuali 'pokok Ghargad' kerana sesungguhnya pokok tesebut adalah pokok Yahudi”
Hamas:
Memetik pesanan HAMAS yang berbunyi, “Kami yakin, saudara-saudara se-Islam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membantu kami untuk terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim zionis. Persoalannya, di manakah sudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?”
As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin juga sempat memberikan amanat kepada semua umat Islam. Antara petikan amanatnya adalah, “Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.”
“Kami jadikan dalam kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada’.”
Doa:
Umat Islam dikurniakan satu senjata yang begitu kuat iaitu doa. Mungkin kita di Malaysia ini masih lagi tidak dikurniakan semangat jihad yang kuat seperti para pejuang Briged al-Qassam. Mereka di sana mengejar kematian seperti mana kita di sini mengejar kehidupan.
Senjata doa yang kita miliki boleh digunakan untuk meminta bantuan daripada Allah SWT agar diberikan kekuatan kepada pejuang Palestin untuk meneruskan perjuangan sehingga dimenangkan Allah suatu hari kelak.
Sumber:
Halaqah ipg
Muhammad Umar Ghazali (2005). Syeikh Ahmad Yasin, Perjuangan Memburu Syahid. Shah Alam: Smartlife Resources.
No comments:
Post a Comment