Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Sunday, April 4, 2010

Ahmed Deedat

Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat

Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz (lahir 1 Julai 1918 – meninggal 8 Ogos 2005 ketika umur 87 tahun) adlh seorg cendekiawan Muslim dlm bidang perbandingan agama (comparative religion). Beliau juga merupakan seorg pengarang, pensyarah, dan juga pemidato. Beliau dikenali dunia sebagai salah seorg pakar pembicara yg amat handal khususnya dlm sesi perdebatan umum yg memerihalkan tentang masalah keagamaan Islam bersama agama-agama lain. Pada tahun 1957, Deedat bersama dua org temannya tlh mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI)& beliau tlh menjadi Presidennya sehingga tahun 1996. Deedat meninggal dunia akibat angin ahmar yang telah dideritanya sejak tahun 1996.

Profil

Masa kecil
Deedat dilahirkan di daerah Surat, India, pd thn 1918. Beliau tdk dpt kekal bersama dgn ayahnya sehingga tahun 1926. Ayahnya adlh seorg tukang jahit, akibat drp profesinya itu (ayah Deedat) tlh berhijrah / berimigrasi ke Afrika Selatan tdk lama setelah kelahiran Ahmed Deedat. Tanpa pendidikn formal & utk menghindari dari kemiskinan yg amat melarat, Ahmed Deedat tlh pergi ke Afrika Selatan utk mendapatkan kehidupan yg lebih baik bersama ayahnya pd tahun 1927. Perpisahan Deedat dgn ibunya pd tahun kepergiannya ke Afrika Selatan utk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dlm hidupnya krn ibunya tlh meninggal dunia bbrp bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan).

Di negeri yg asing, seorg anak lelaki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal & penguasaan bahasa Inggeris tlh mula menyiapkan peranan yg harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disedarinya.

Ketekunannya belajar, anak laki-laki kecil tersebut tdk hanya dpt mengatasi hambatan bahasa asing, ttp juga unggul di sekolahnya. Kegemaran & hobi Deedat dlm membaca tlh menolongnya utk memudahkan dirinya mendapatkan promosi pendidikan sehingga beliau tamat pendidikan pd darjah 6. Kekurangan pembiayaan pelajaran menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun utk pertama kalinya beliau bekerja dlm bidang retail (runcit).

Pada tahun 1936, sewaktu beliau bekerja di kedai / toko Muslim berdekatan sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal. Penghinaan yg tdk henti-henti drp siswa Misionaris menentang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim tlh menanamkan keinginan beliau yg membara utk melakukan aksi menghentikan propaganda Kristian yg salah itu.

Mempelajari kitab Bible
Ahmed Deedat tlh berjaya memperolehi sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik & keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yg sgt besar dlm membalas gangguan Misionaris Kristian selama penaklukan Inggeris & pemerintahan India. Secara khusus, idea utk menangani debat tlh berpengaruh besar dlm jiwa & diri Ahmed Deedat. Ahmed Deedat juga turut menghafaz Al-Quran sehinggakan beliau digelar Al-Hafiz.
Beberapa minggu setelah itu, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mula melakukan debat & diskusi dgn siswa-siswa misionaris. Ketika siswa misionaris tersebut mundur dlm menghadapi argumen balik Ahmed Deedat, scr peribadi tlh memanggil guru teologi Kristian kepada siswa-siswa misionaris utk berdebat bersamanya, bahkan pendeta-pendeta Kristian di daerah tersebut juga turut diajak berdebat bersama Deedat.

Keberhasilan-keberhasilan ini tlh memacu Ahmed Deedat utk berdakwah. Bahkan perkahwinan, kelahiran anak, & persinggahan sebentar selama 3 thn ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tdk mengurangi keinginannya utk membela Islam drp penyimpangan-penyimpangan yg memperdayakan hasil drp para misionaris Kristian.
Dgn semangat misionaris utk menyebarkan agama Islam, Ahmed Deedat tlh membenamkan dirinya pd sekumpulan kegiatan lbh dari 3 dekad yg mendatang. Beliau memimpin kelas bg matapelajaran Injil & memberi sejumlah kuliah ilmu. Beliau mendirikan As-Salaam, sebuah institut utk melatih para pendakwah Islam. Ahmed Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk Masjid yang masih dikenali sehingga saat ini.
Ahmed Deedat adalah anggota paling awal yang menganggotai Islamic Propagation Centre International (IPCI). Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. Ahmed Deedat mengirim beribu-ribu material kuliah ke seluruh dunia dan mendebat dengan Mubaligh Kristian pada debat umum. Beribu orang telah memeluk Islam atas rahmat Allah serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah.
Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk prestasinya yang bersejarah itu, beliau telah dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan berprestij yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Akhir hayat
Sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmed Deedat hanya boleh berbaring di tempat tidurnya di Verulam, Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi KwaZulu-Natal, Durban. Beribu orang yang kebanyakan dari umat Islam telah berhimpun di rumahnya dan menunaikan Solat jenazah untuknya. Lantas jasad beliau dimakamkan di pemakaman Verulam.

Karya tulisan
Buku The Choice: Dialog Islam-Kristian adalah buku antara paling terlaris dijual di dunia yg ditulis oleh Ahmed Deedat. Buku ini telah disebarkan secara meluas ke Afrika Selatan hingga ke Eropah, Asia, Oceania, bahkan Amerika Utara dan Selatan.
Dalam buku ini Deedat mengupas persoalan perbezaan antara Islam & Kristian. Beliau mengupas habis-habisan beberapa kesalahan yg beliau temukan dalam Alkitab baik dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Berkat usaha penulisan dan penerbitan buku ini pula, beberapa tokoh Kristian telah memeluk Islam. Diantaranya adalah Kenneth Jenkins (Abdullah al-Faruq) dan mantan misionaris Gary Miller (Abdul-Ahad Omar).

Terdapat juga naskah pita kaset rakaman suara yg diterjemahkan drp bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia yg diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Da'i dgn judul Benarkah Jesus Tuhan: Debat Kontemporer Ahmed Deedat vs Dr Anis Shorosh. Pita kaset rakaman ini diambil drp suatu sesi perdebatan berprestij atr Ahmed Deedat(sebagai pendebat Islam) dan Dr Anis Shorosh (sebagai pendebat Kristian) pada tahun 1985. Perdebatan telah berlaku di Dewan Utama Royal Albert Hall, London, Britain. Beribu pendengar telah hadir ke dalam sesi perdebatan antaranya adalah Yusuf Islam (penyanyi Cat Steven). Hasil sesi perdebatan tersebut tlh berjaya mengajak lbh byk masyarakat dunia khususnya masyarakat London utk memahami Islam scr lbh mendalam.

Nama Sebenar: Ahmed Hussein Deedat
Lahir : 1 Julai 1918
Tempat Asal: Surat, Gujarat, India
Meninggal: 8 Ogos 2005 (umur 87)
Menetap: Verulam, KwaZulu-Natal, Afrika Selatan Ethnicity India
Pekerjaan: Cendekiawan Muslim, pendakwah, pensyarah, penceramah bebas


Sumber:
Halim Fansuri – 16 Januari 2010/30 Muharram 1431H/2106H)

No comments:

Post a Comment