Apabila kita menghendaki sesuatu pasti kita berusaha utk mendapatkannya. Apatah lagi jikalau sesuatu perkara itu amat berharga bagi kita sama ada pada saat itu ataupun selepas itu.
Walau bagaimanapun, tidak semua perkara yang kita kehendaki akan kita perolehi.
Betul kan?
Jadi, gembiralah degan apa yang tidak kita perolehi.
Gembira kerana orang lain yang memperolehinya.
Siapa orang lain itu?
Pasti saudara kita.
Kalau tidak saudara sedaging
Mungkin saudara seislam.
& kalau tidak saudara seislam pasti juga saudara sesama manusia.
Renung..
1. Kita lapar misalnya.
Di rumah hanya ada sedikit makanan & kita tidak memperoleh makanan itu sebaliknya saudara (adik beradik) kita yang memakannya walaupun pada awalnya kita merancang untuk memakannya.
Adakah kita marah?
Renung lagi..
2. Kita berusaha krn Allah utk mendapat keputusan cemerlang, ttp sebaliknya kita gagal dan yg berjaya itu ialah orang lain.
Adakah kita tdk gembira?
Adakah kita juga mengharapkan orang lain gagal?
Renung lagi..
3. Orang Islam telah melakukan kejahatan kepada orang bukan Islam.
Adakah kita ingin membela orang Islam itu?
Adakah kita ingin menghukum orang bukan Islam itu?
Pastinya tidak.
Walau sekalipun nama Islam telah tercemar, yang pastinya keadilan harus ditegakkan.
Islam sememangnya sudah betul, tetapi penganutnya (orang yang berbuat jahat itu) yang tidak berapa betul.
"Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri @ terhadap ibu bapa & kaum kerabatmu. Jika dia (yang terdakwa) kaya atau miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya) Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Maha teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan." (4:135)
"Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (5:8)
Kita renung kembali bagaimana Khalifah Umar mengambil tindakan kepada anak Gabenor Islam yang menampar muka orang bukan Islam.
Bukankah Khalifah Umar mengarahkan orang bukan Islam itu menampar balik muka anak Gabenor Islam itu di hadapan beliau?
Oleh:
yangalim
No comments:
Post a Comment