Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang
"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"
Thursday, April 29, 2010
Ibu Bapa
Firman Allah SWT:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. (46:15)
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (31:14)
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (17:23)
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (17:24)
Sempurnakan tanggungjawab kita terhadap ibu bapa:
1. Taat kepada perintah ibu bapa yang tidak bercanggah dengan syariat.
2. Menumpahkan kasih sayang (bukan hanya bagi harta sahaja).
3. Menjaga mereka sewaktu muda atau sudah lanjut usia.
4. Sabar menghadapi kerenah ibu bapa lebih-lebih sewaktu mereka tua (jangan sesekali berharap agar ibu bapa cepat mati supaya kita tidak menanggung beban menjaga mereka).
5. Menghiburkan mereka.
6. Tidak bertutur kasar.
7. Jangan sesekali menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua (amat biadab, jika kita melakukannya).
Sumber:
http://www.alquran-melayu.com/?s=ibu+bapa
Ust Syed Abd. Kadir Syed Hussin (Tanyalah Ustaz TV9, 28&29.04.10, 7-8 pg)
Audien: KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi Mara)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment