mcm ni ceritanya..
Peristiwa ini berlaku di perkarangan & di dalam Bangunan Canselori, UPSI.
Semasa semester 1 sesi 2008/2009
diriku bersama seorang sahabat berjalan-jalan (jalan kaki)
Mm..meninjau keindahan,
almaklumlah baru sampai di sini.
Nampaklah sekumpulan polis yang berdiri tegak,
Buat apa ea polis ramai-ramai kat situ?
Macam kena marah je, diam semua mereka. Kataku kepada kawan sebelah.
Entahlah. Balas kawanku.
Beberapa minit selepas tu.
Setelah kami berada dalam Bangunan Canselori
tiba-tiba..
"Mai sini awak berdua?"
"Ea..ada apa puan?" Balasku
"Kenapa awak tak berhenti berjalan tadi, masa lagu Negaraku dimainkan? Marah puan ni.
"Alamak!! mereka nyanyi la tadi ingatkan mereka kena marah,berdiri tegak semacam je & nampak muka sedih-sedih. Kenapa tak kedengaran pun oleh telingaku lagu kebangsaan." Kata hatiku.
"Err Ma..maaf puan, saya tak dengar lagu tu tadi (lagu tu dimainkan tanpa speaker)." Ku mempertahankan diri
Tiba-tiba...
muncul penyelamat..
Seorang mak cik.
"bukan mereta puan., orang lain tadi.."
"Oo..ea ke. Baik. Kalau awak berdua tadi, saya marah tau.." Kata Puan tadi.
No comments:
Post a Comment