Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Saturday, November 13, 2010

Kembara Mencari Cinta-Nya




"Kamu yang membuat dia begini. Kamu yang menyihir dia sehingga dia jadi begini." Kata-kata yang keluar daripada mulut Pak Mahfuz.



Fadhil tidak tahu apa lagi yang patut dia beritahu orang tua itu. Macam-macam sudah dia memberikan penjelasan kepada keluarga Pak Mahfuz, tetapi penjelasan itu ibarat tiada apa-apa kesan kerana boleh dikatakan keseluruhan ahli keluarga Pak Mahfuz semakin membenci Fadhil.

“Kamu yang buat ini semua”

“Ini fitnah Pak! Fitnah! Besar dosa fitnah Pak. Bertaubatlah kepada Allah.”

“Kau yang menyihir anakku, Syirah. Kau yang menyihir dia.” Ucap Pak Mahfuz bersungguh-sungguh.

“Pak, berapa kali sudah saya kata. Saya tidak melakukannya. Saya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak membuat itu semua. Malah saya juga turut simpati dengan apa yang menimpa Insyirah.” Fadhil menjelaskan.

“Siapa lagi yang melakukannya kalau bukan kau? Kau bekas kekasih dia. Kau yang buat. Kau dengki dengan kehidupan dia. Kau dengki...!!”

Astaghfirullahal ‘azim. Kenapa ni Pak. Kenapa tuduh saya? Sejahat-jahat saya pun tidak sanggup bagi saya membuat hidup orang lain menderita. Ini semua berlaku adalah atas kuasa Allah Pak.”


“Saya tidak berdendam Pak. Andai kata saya dan Insyirah tiada jodoh, apa yang boleh saya buat. Saya datang dengan keluarga saya ini adalah untuk ziarah. Ziarah ke atas saudara sesama Islam.”

“Berambus kau. Usah jejakkan kaki ke rumah aku lagi. Berambus!! Jangan datang lagi ke sini.”

Fadhil terpaksa meninggalkan rumah Pak Mahfuz. Juga meninggalkan rumah seorang perempuan yang pertama hadir dalam hidup dia. Insyirah..atau lebih mesra dengan panggilan Syirah. Satu nama yang cantik. Secantik tuan punya nama itu. Semenjak hari itu, Fadhil tidak lagi berkunjung ke rumah Insyirah. Rumah yang sering dia kunjungi sewaktu alam persekolahan dahulu. Berkunjung dan beramah mesra dengan keluarga besar itu. Keluarga itu juga yang meminta dan merayu kepada Fadhil agar berkahwin dengan Syirah suatu masa dulu.

Walau bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku. Semenjak Fadhil ditimpa penyakit sebelum mengambil peperiksaan SPM, Fadhil seolah-olah tidak wujud langsung. Kehidupan Fadhil tidak dilayan terus. Lain pula yang berlaku kepada Insyirah. Dia berjaya menamatkan SPM dan memperoleh keputusan yang cemerlang sehingga dapat melanjutkan pengajian di luar negara. Insyirah melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan.
Fadhil terima takdir ini. Usaha dia di dalam bidang akademik perlu dihentikan kerana dia mengalami penyakit misteri. Penyakit yang menyebabkan dia pengsan secara tiba-tiba.

Fadhil hanya sempat menduduki kedua-dua kertas Bahasa Malaysia untuk SPM, Kedua-dua Subjek Bahasa Inggeris dan Kertas dua untuk subjek Matematik, tetapi tidak untuk subjek lain. Dia pengsan semasa menduduki ujian subjek Matematik kertas satu. Dia mendapat A+ untuk subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris manakala A untuk subjek Matematik. Sembilan lagi subjek tidak sempat dia duduki. Walau bagaimanapun.

Keputusan ini cukup menggembirakan ahli keluarga Fadhil. Abah dan Mama cukup gembira dengan keputusan SPM Fadhil ini. Keputusan 3A berbanding percubaan Fadhil dulu 13A. Adik-adik Fadhil iaitu Zaki dan Zakiah turut berkongsi gembira dengan keputusan ini.

“Abangku dapat semua A dalam subjek yang diduduki..3A.” Ujar Zakiah dengan bangga.

Inilah yang dikatakan kepintaran seseorang tidak semestinya diukur dengan kertas.. Mm..dengan result peperiksaan.

Sakit misteri Fadhil semakin berkurang dan semakin hilang. Dia meneruskan pembelajaran di ‘Pondok’. Dia tidak menggunakan langsung result SPM untuk belajar di mana-mana institut pengajian. Dia ingin dekat dengan keluarga. Maka pondok telah dipilih. Fadhil mendalami ilmu agama di sana. Macam-macam ilmu dapat dicedok di sana dengan ramai ustaz. Abah dan mama tidak membantah bahkan turut menggalakkan serta turut memberikan sokongan.

Kini,

Penyakit Fadhil pulih seratus peratus. Dia tidak pengsan lagi. Kini dia berjaya bahkan terkenal lagi. Terkenal kerana menjadi iman muda dalam program realiti ‘Mencari Iman Muda’. Dia menerima hadiah yang lumayan hasil daripada penyertaannya ini. Sebuah kereta, wang tunai RM50 ribu ringgit dan bermacam-macam hadiah lain lagi termasuklah menunaikan umrah..

Fadhil juga sudah menjumpai Hana Nusrah sebagai ganti Insyirah. Hana Nusrah ialah pelajar Univeriti di Arab Saudi. Fadhil sudah meminang Hana Nusrah sebelum dia terkenal sebagai imam muda. Meminang di rumah ayah Hana di Pasir Mas. Ayah Hana merupakan imam besar di Pondok Pasir Tumboh.

Bukan dia yang meminta untuk dijodohkan dengan Hana Nusrah, tetapi ayah Hana Nusrah yang menawarkan anak gadisnya itu kepada Fadhil. Dia terima je rezeki yang datang di depan mata ini. Mungkin kerana Ustaz Hamzah begitu tertarik dengan perwatakan Fadhil sehinggakan dia sanggup menjadikan pemuda itu sebagai menantu.

Fadhil berjaya manakala Insyirah gagal. Inilah kedudukan sekarang. Tidak seperti dahulu.

Insyirah gagal menamatkan pengajian di Mesir kerana kerasukan makhluk halus. Nama Fadhil terus sahaja tiba-tiba muncul menggegarkan kampug dia dengan kemenangan dalam pencarian iman muda. Banyak tawaran istimewa yang diterima oleh Fadhil ekoran kemenangan itu. Ada yang menawarkan anak perempuan sebagai isteri untuk Fadhil dan ada hadiah berbentuk bantuan kewangan lain. Pasal untuk dijadikan menantu, telah ditolak baik oleh Fadhil kerana dia sudah bertunang.

Bagi Fadhil. Dia menyertai program ini adalah semata-mata untuk mencari cinta Allah. Ibarat mengembara mencari cinta-Nya. Dia suka menyertai program ilmu sebegini apatah lagi dia begitu menonjol semasa belajar di pondok. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Akibat dorongan kawan-kawan juga menyebabkan Fadhil menghadiri uji bakat di Kota Bharu.

Fadhil juga tanpa segan silu menceritakan kemiskinan keluarga dia. Memang keluarga dia miskin harta tetapi kaya dengan nilai-nilai keagamaan. Kegagalan Fadhil menghabiskan SPM telah menarik perhatian banyak pihak. Dia sebenarnya tidak ingin membuka kisah SPMnya, tetapi terpaksa kerana didesak dan atas permintaan banyak pihak.

Keputusan dia mendapat 3A dalam SPM dengan menduduki 3 subjek cukup memeranjatkan. Orang ramai seakan-akan turut gembira dengan keputusan ini. Pencapaian dia sebelum menduduki SPM sebenarnya turut dinilai oleh masyarakat. 13A+ untuk peperiksaan percubaan. Satu Malaysia tahu bahawa Fadhil merupakan seorang pelajar yang pintar. Bukan calang-calang orang.

Perkara yang bermain di fikiran Fadhil sekarang adalah keluarga Insyirah. “Masihkah mereka berdendam?” tanya Faiz kepada diri sendiri. Sudah lama dia tidak berkunjung ke kampung sebelah semenjak dia dihalau oleh abang dan ayah Insyirah.
Satu peristiwa yang menyayat hati.

Inilah pembalasan Allah. Allah Maha Adil kepada hamba-Nya.

Tetapi, Fadhil sedikit pun tidak menyimpan perasaan dendam. Doa sentiasa dialunkannya kepada keluarga Pak Mahfuz. Doa agar Insyirah disembuhkan. Juga doa agar keluarga Pak Mahfuz bahagia.

Semenjak Fadhil terkenal, tiada lagi suara sumbang yang datang daripada keluarga Pak Mahfuz. Keluarga itu tahu bahawa Fadhil seorang yang berhati mulia. Mereka lihat situasi ini melalui rancangan ulangan yang disertai Fadhil. Banyak rahsia baik Fadhil terbongkar melalui rancangan realiti itu. Rancangan realiti itu disiarkan melalui Astro secara langsung yang tidak dilihat oleh mereka sekeluarga. Rancangan ini disiarkan lagi secara ulangan melalui saluran TV biasa yang dilihat ahli keluarga Pak Mahfuz termasuklah Insyirah. Mengalir laju air mata keluar daripada kolam mata Insyirah. Orang yang dia sayangi itu berhak memperoleh kejayaan itu.

“Fadhil berhak berjaya.” Ungkap Insyirah dengan linangan air mata.

Liputan mengenai perkahwinan Fadhil dan Hana Nusrah juga giat disiarkan. Cuma berita sahaja, tidak siaran secara langsung kerana menghormati tuntutan keluarga Ustaz Hamzah.

“Juara Pencarian Iman Muda Berkahwin”, “Iman Muda Kahwin”, “Iman Muda Kahwini Pelajar Arab Saudi”, “Iman Muda Kahwini Anak Imam” dan bermacam-macam-macam lagi tajuk akhbar dan berita.

Hana Nusrah. Kejelitaan gadis ini sukar ditandingi.” Umpama bidadari yang turun daripada Syurga.” Hilang kata-kata Fadhil, tidak tahu perkataan apa yang harus dikeluarkan untuk dibuat perbandingan. Inilah reaksi Fadhil apabila kali pertama melihat Hana Nusrah secara nyata. Sungguh indah ciptaan Allah. Kecantikan Hana terlindung di sebalik jubah yang dia pakai sebentar tadi semasa majlis akad nikah.

Kecantikan wanita itu hanya ditunjukkan kepada Fadhil seorang. Diam tidak terkata dan kaku seketika Fadhil apabila melihat wanita itu di hadapannya.

Fadhil juga terkejut besar kerana Hana Nusrah juga datang daripada keluarga berada. Ustaz Hamzah orang kaya rupanya. Umi Hana seorang doktor, dan bekerja di Arab Saudi dekat dengan tempat Hana belajar. Dua orang abang Hana juga bekerja dan belajar di sana, tempat yang penuh berakah. Rumah Ustaz Hamzah yang Fadhil kunjungi dulu di Pasir Mas adalah rumah isteri kedua Ustaz Hamzah, Mak Su Timah.
Selepas kahwin, Fadhil diajak untuk ke Makkah. Kebetulan Faiz rindu akan tanah suci itu.

“Abang! Boleh ikut Hana ke Makkah. Pengajian Hana belum tamat lagi. Jom kita kembara mencari cinta-Nya.” Ungkap Hana Nusrah.
Teragak-agak Fadhil mahu menjawab pertanyaan itu. Wajah ahli keluarganya dan Hana Nusrah bergilir-gilir hadir di ingatannya. Satu pilihan yang sukar. Kalau dia pergi ke sana bererti dia meninggalkan keluarga. Kalau dia tidak ikut ke sana bererti dia akan berjauhan dengan isteri.

“Nanti abang fikir.” Fadhil bersuara.

“Baik bang.” Hana Nusrah sedar akan menungan suaminya tadi.

“Kita bincang sama-sama nanti.” Lanjut Fadhil sambil menghadiahkan sebuah senyuman ke arah Hana.

Hana Nusrah membalas senyuman itu dengan menampakkan dua lesung pipitnya. Manis sekali.

Dua minggu.

Masa yang Fadhil akan menemani isterinya di bumi Makkah. Rindu dia untuk solat di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi. Dua masjid paling suci di dunia ini.
Selepas dua minggu, dia akan kembali semula ke tanah air. Kembali meneruskan pengajian di pondok. Juga kembali mendekatkan diri dengan keluarga. Kalau ada kelapangan, bila-bila masa sahaja dia boleh flight ke sana. Tiada apa yang nak dirisaukan.

Empat tahun kemudian

Iman

Jawatan terbaru yang ditawarkan kepada Fadhil. Sungguh baik sekali Allah kepada seseorang hamba-Nya. Fadhil memuji Pencipta.

Fadhil menolak jawatan itu. Menolak bukan kerana sombong, tetapi ada sebabnya. Tawaran iman itu adalah di ibu negara, sedangkan dia jauh di timur sini. Dia ingin berbakti kepada kedua-dua orang tuanya yang sudah semakin tua. Adiknya dua orang yang masih bersekolah juga memerlukan perhatian. Zaki bakal menduduki SPM manakala Zakiah akan menduduki PMR tahun ini.

Cukuplah kerjanya dengan memberi kuliah di surau dan masjid berdekatan sini, juga mengajar kitab di pondok tempat dia belajar dulu.
Isterinya, Hana Nusrah juga seorang doktor. Doktor lulusan Arab Saudi. Menjejaki kerjaya Umi. Muhammad al-Fatih, cahaya mata Fadhil bersama Hana Nusrah. Satu-satunya zuriatnya kini. Berusia dua tahun.
Hari demi hari, Fadhil menerima berita gembira. Zaki dan Zakiah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing. Kedua-dua mereka merupakan pelajar terbaik. Mereka dapat Straight A.
Fadhil sangat gembira.
Kedua-dua ibu bapa Fadhil juga turut gembira dengan pencapaian ini.
“Bang, Zaki dapat 13 A. Mendapat balik apa yang anak sulung kita keciciran dulu.” Kata Mak Su kepada Pak Su. Mama dan abah Fadhil.
Mereka gembira sekali. Gembira juga kerana Zakiah turut memperoleh 9A dalam PMR.

Satu lagi berita gembira

Insyirah juga sudah pulih daripada gangguan makhluk halus. Dia berjaya menghabiskan pelajarannya di Mesir. Berjaya menjadi seorang doktor. Kawan rapat Hana Nusrah kini.

Tapi yang peliknya,

“Tiada calon suami lagi Syirah tu bang.” Kata Hana Nusrah kepada Fadhil pada suatu petang.

“Mmm..tak kahwin-kahwin lagi. Mungkin masih mencari.” Fadhil bicara.

“A’aa.. Dia kata nak cari calon suami yang soleh seperti abang.”

“Mm..siapa yang soleh?”

“Abang la..”

“Eya ke? Tak pun..” Fadhil merendah diri.

“Kalau macam tu.. Kahwin dengan abang je terus.” Fadhil menduga isterinya.

Bermuncung mulut Hana. Lucu sekali. Mungkinkah kerana terkejut dengan kata-kata Fadhil.

Tidak.. Bukan kerana terkejut.

Hana setuju sekali dengan cadangan suaminya itu. Lagipun dia sudah tidak boleh beranak semenjak melahirkan Muhammad al-Fatih.

Kini,

Fadhil gembira dengan dua orang isteri. Hana Nusrah dan Insyirah. Kedua-duanya cantik di mata Fadhil, meskipun Hana Nusrah yang lebih menawan. Kecantikan Insyirah juga tidak boleh dipandang remeh kerana mempunyai keunikan yang tersendiri. Kedua-dua insan ini merupakan dua orang bidadari dunia buat Fadhil. Kedua-dua isteri Fadhil cukup berlapang dada. Masing-masing mudah mengalah apabila timbul sesuatu isu. Hana dan Insyirah juga redha dengan kerja dakwah Fadhil. Tugas menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat di serata tempat atas jemputan atau yang sudah ditetapkan. Inilah kerja seharian Faiz. Mengembara mencari cinta-Nya.


-TAMAT-

yangalim
(Jumaat: 5 Zulhijjah 1431)

1 comment: