Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Monday, November 1, 2010

Tragedi Berdarah

Umar hanya mampu membiarkan pukulan hujan tangan dan kaki yang menimpa diri daripada tiga orang musuh ketat. Tidak mahu dia melawan tiga orang pemuda perkasa itu. Bukan kerana takut tapi kerana mahu menjaga hati nenek yang makin dimamah usia dan juga ditimpa penyakit jantung. Umar tidak mahu mengejutkan nenek dengan berita dia memukul dan membelasah orang biarpun dia hanya bertindak untuk mempertahankan diri.

Baju sekolah Umar koyak teruk. Juga terdapat kesan darah yang keluar daripada hidung. Pelajar tingkatan 5 Sains itu teruk sekali diperlakukan oleh Samad and the geng. Tidak mahu dia menunjukkan kehebatan Silat Kuntau Cina yang dipelajari daripada Tok Muda. Silat yang ditonjolkan oleh Samad bukanlah hebat sangat walaupun dia anak guru silat.

Umar membasuh dasar yang keluar daripada hidung di sebatang paip. Baju sekolah yang koyak rabak ditatap lama. Api kemarahannya dipadamkan oleh ingatannya kepada nenek dan juga wuduk yang diambilnya. Tidak ingin lagi dia menyakitkan hati neneknya. Mak Samad selalu mengadu kepada nenek, anak dia dibelasah, anak dia ditumbuk dan anak dia diterajang oleh Umar tapi tiada pula cerita yang anak dia itu mengganggu dan mengejek Umar. Amat tidak adil!

Walaupun sebaya dan tinggal sekampung serta berjiran, Umar dan Samad adalah dua orang musuh ketat. Mereka berdua tidak sama. Umar seorang pelajar yang pintar, manakala Samad pula menghuni kelas yang paling belakang. Umar berwatak positif dan baik hati manakala Samad terkenal dengan watak antagonis. Watak yang menyebabkan orang lain tidak senang hati dengan kehadirannya. Ayam, itik, rambutan dan mempelam orang kampung hilang dan dicuri adalah angkara Samad dan kawan-kawannya.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment