Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Monday, November 1, 2010

Mehat vs Rajawali

Perlawanan Akhir Liga Juara

Istilah BI: goalkeeper, defender, middle, striker, wing, outside, penalty, counter-attack, killer, short kick, couch, referee, out, yellow card.

Istilah BM yang menarik: sayang sekali bola keluar, serangan menarik, gol maut, menggegar palang gol, hanya mampu melihat, tidak boleh berbuat apa-apa, lencongan menarik, terjahan cantik, tandukan kencang,

Kekuatan Pasukan

MEHAT (22)

Penjaga gol: Ibrahim Bey*, Mahmud, Mehmet

Pertahanan: Saleh, Harun, Ismael, Abu Darr*, Carlos Admir*,

Tengah: Abang Johari*, Abu Dujana*, Hassan Din*, Salleh, Sabrossa, Shad, Khairul Faliq*, Khaled Nordin, Omar, Khairul Naim.

Penyerang: Abu Darda*, Harun Syah, Ismail Abu*, Fuji Ono, Ahmed Majid*

Ketua Pasukan: Abu Dujana

Jurulatih: Zulkarnain

Stadium: Min Hat (Kapasiti: 75 000 penonton)

Gelaran: Ikan Keli

Jersey: Pertama (Hitam-Putih), Kedua (Hijau) & Ketiga (Merah)

Kesebelasan Utama: 4-4-2

Penjaga gol: Ibrahim Bey

Pertahanan: Saleh, Ismael (Harun Syah), Carlos Admir, Abu Darr

Tengah: Abang Johari, Abu Dujana, Hassan Din (Khairul Naim), Khairul Faliq

Penyerang: Abu Darda, Ahmed Majeed (Ismail Abu)



RAJAWALI (22)

Penjaga gol: Abdul Rahman, Harun Yahya, Rajj Kumar

Pertahanan: Adam Malik*, Donald Stephen*, Maliki, Haruna, Charis*.

Tengah: Ahmad Dasuki*, Abu Dzar*, Baihaqi*, Mustapha*, Salleh Man*, Irwan,
Mazlan, ‘Ati’ullah, Marwan.

Penyerang: Abu Dhabi*, Jamuli, Bazli, Abu Shah, Benjamin.

Ketua Pasukan: Abu Dzar

Jurulatih: Bart

Stadium: Helang (Kapasiti 80 000 penonton)

Gelaran: Helang

Jersey: Pertama (Hitam-Putih), Kedua (Merah Berbelang) & Ketiga (Kelabu Berbelang)

Kesebelasan Utama: 3-5-2

Penjaga gol: Harun Yahya

Pertahanan: Adam Malik, Donald Stephen, Maliki

Tengah: Ahmad Dasuki, Abu Dzar, Mustapha, Baihaqi, Salleh Man

Penyerang: Abu Dhabi, Benjamin (Abu Shah)

Petunjuk:
(*): Pemain Bintang @ Star Player
Ditebalkan: Pemain kebangsaan
Digaris: Bekas pemain kebangsaan
Pemain asing:-
Mehat: Fuji Ono (Jepun), Sabrossa (Myanmar), Abang Johari (Brunei) & Ahmed Majeed (Brunei)
Rajawali: Baihaqi (Singapura), Donald Stephen (Singapura), Charis (Indonesia) & Benjamin (Singapura).

Rekod Pertembungan
(Untuk 15 Kali yang terakhir)

Mehat menang 10 Seri 5


Komen Ringkas:

Mehat dan Rajawali merupakan dua musuh setempat. Kedua-dua pasukan ini amat menggerunkan pasukan lain. Dalam carta liga, kedua-dua pasukan ini menduduki dua tangga teratas.

Sejak lima tahun kebelakangan ini, pasukan PBM tidak pernah ditewaskan oleh PBR yang merupakan juara terbanyak carta liga. Adakah perlawanan akhir liga juara ini memberikan kelebihan kepada PBR? Tunggulah nanti aksi yang bakal ditunjukkan.

Sinopsis Perlawanan:

Tandukan kencang Abu Dhabi seawal minit ke-3 telah memberikan gol pertama kepada Rajawali. Penjaga gol Mehat, Ibrahim Bey hanya mampu melihat saja bola menerjah jaring. Gol ini diperolehi hasil hantaran cantik kapten, Abu Dzar yang merembat lencong membelah barisan pertahan Mehat tepat ke kepala Dhabi.

Mehat melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan. Gol penyamaan akhirnya diperolehi hasil jaringan penyerang tinggi lampai, Abu Darda. Sepakan kencang dari luar kotak penalti tidak mampu ditampan keluar oleh Harun Yahya. Gol ini telah menceriakan penonton Mehat yang memenuhi sebahagian besar Stadium Nasional yang memuatkan 100 000 penonton.

Perancang tengah Mehat, Abu Dujana telah menjaringkan gol kedua, juga gol kemenangan Mehat melalui rembatan kencang di sisi kanan gol dua minit sebelum rehat babak pertama. Pemain yang menerima bayaran gaji paling tinggi itu memperoleh gol setelah mengelecek dua pertahanan lawan iaitu Adam dan Donald melalui skill hebat selepas menerima lorongan pemain sayap muda kebangsaan, Khairul Faliq.

Bersambung babak kedua, Mehat makin rancak melakukan serangan menyebabkan benteng pertahanan Rajawali bertungkus lumus mengawal asakan. Penjaga gawang Rajawali juga tidak senang duduk. Mustapha juga banyak turun ke bawah bagi membantu pertahanan, meninggalkan posisinya di bahagian tengah. Bahagian tengah benar-benar dikuasai oleh Mehat melalui gandingan Mantap Dujana dan Faliq yang berlegar di sayap kanan telah mengucar-kacirkan barisan tengah Rajawali yang diterajui Dzar.
Rajawali mendapat peluang keemasan pada masa tambahan melalui Abu Shah, namun rembakan kencang penyerang kelahiran PCB itu berjaya ditepis keluar oleh Ibrahim yang kental sekali menjaga gawang. Perlawanan tamat dan Mehat menjuarai kejohanan ini buat kali ke-7.

Statistik Perlawanan

Penguasaan bola: PBM (55%) PBR (45%)
Percubaan tepat: PBM (10) PBR (7)
Percubaan tersasar: PBM (10) PBR (6)
Sepakan Sudut: PBM (5) PBR (5)
Jaringan: PBM (2, Abu Darda, Abu Dujana) PBR (1, Abu Dhabi)
Kad Kuning: PBM (2, Hassan, Darda) PBR (2, Mustapha, Benjamin)
Kad Merah: PBM (0) PBR (0)

p/s: Berusahalah bersungguh-sungguh sebelum menanti hasilnya.



-Tamat-

No comments:

Post a Comment