Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Sunday, November 14, 2010

Bertunang..!!

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah itu dikira sudah bertunang? Padahal tiada ibu bapa perempuan tersebut semasa ucapan itu.

Maksud Meminang

Hukum fiqh: bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila perempuan bersetuju, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya"

"Kahwinlah dengan saya nanti"

Apabila perempuan bersetuju, dia dikira sudah bertunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

Lelaki sebut dalam telefon:

"Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya lah"

Perempuan tersebut jawab, "saya terima, saya setujulah, okeylah, saya redha" atau apa-apa perkataan yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka itu sudah dianggap bertunang.

Maka haram untuk lelaki lain masuk meminang.

Kita orang melayu apabila majlis bertunang, maka bawalah rombongan 1 treler, bawa barang pinangan berguni-guni dan bermacam-macam lagi.

Ingat...!! Ini semua adalah A-D-A-T.


Persoalan: Ibu bapa tiada di situ.

Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan itu cerdik, baligh, boleh berfikir, dia sudah dianggap bertunang jika menerima pinangan lelaki tanpa kehadiran @ pengetahuan ibu bapa.

Kecuali jika perempuan itu tidak menepati hukum syarak, contohnya seperti belum baligh (baru darjah satu misalnya), perempuan itu bodoh (tidak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, maka wali diperlukan untuk menjawab “pinangan” tersebut.

p/s: Agama itu bukan adat.


Ust Azhar

1 comment: