Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Monday, November 1, 2010

Nota Cinta itu

Maisara melepaskan lelah dengan meminum minuman berais buatan umi. Penat sekali dia, abah dan adik lelakinya mengangkat barang-barang pindah rumah. Buat pertama kalinya Maisara dan Marzuki, adiknya berada di sini. Tugas abah sebagai seorang anggota polis menyebabkan mereka sekeluarga sering berpindah rumah. Abah jenis orang yag tidak suka tinggal di kuartes menyebabkan mereka sekeluarga menyewa di rumah sewadi taman perumahan. Taman Perumahan Seri Melati, rumah baru Maisara. Pelajar tingkatan 4 itu perlu menyesuaikan diri secepat mungkin dengan persekitaran kawasan perumahan baru.

Maisara hanya tahu abahnya seorang anggota polis tetapi dia tidak pernah melihat abah memakai pakaian seragam polis. “Sesuatu yang amat pelik. Polis jenis apa abah.” Fikir Maisara pelik sekali.

Hidup Maisara sekeluarga amat penuh kasih sayang. Abah dan umi mengambil berat pasal pelajaran dia dan juga adiknya, Marzuki serta adik bongsunya, Mazlan. Walaupun abah jarang berada di rumah, abah sering menghubungi umi bertanyakan khabar keluarga.

SMK Panglima Raja, sekolah baru Maisarah dan Marzuki. Maisara pelajar tingkatan empat masuk dalam aliran kemanusiaan, manakala Marzuki pula belajar di tingkatan dua. Adik bongsu Maisara baru berumur empat tahun.

Kemasukan Maisara dalam kelas 4 SI 2 telah menjadi tumpuan pelajar terutamanya pelajar lelaki. Mungkin terpesona dek kecantikan Maisara. Maisara telah menerima anugerah kecantikan semula jadi daripada Allah sebagai seorang gadis Melayu. Mungkin menerima tempias kecantikan umi dan ditambah kehensomeman abah.

Maisara berasa sedikit kekok berada di dalam kelas yang menempatkan seramai 35 orang pelajar termasuk dirinya itu. Khairul Jamal, ketua kelas manakala Nurul Afzawati pula merupakan penolong kelas. Farisha, Khadeja, Fatimah dan Amirul Arsyad merupakan pengawas sekolah. Izzaty dan Halim memegang jawatan sebagai pengawas perpustakaan. Sedikit sebanyak dia mengenali kawan-kawan sekelas.

Ada sesuatu yang tidak kena dapat dirasakan oleh Maisara. Seakan ada sepasang mata yang sering memerhati dia. Abdul Hakim. Apa kena dengan dia?

“Awak. Sudah berpunya ke? Kalau belum, sudi menjadi girlfriend saya.”

Surat yang diterima Maisara. Nota cinta ini sedikit mengganggu ketenteraman dia. Adakah kerana kecantikan diriku ini telah memerangkap lelaki. Peristiwa sebegini juga yang berlaku di sekolah-sekolahku sebelum ini.

Tidakkah lelaki tahu bahawa kecantikan diriku ini akan hilang suatu hari kelak. Umpama catiknya sekuntum bunga. Selama mana kecantikan bunga itu akan bertahan? Lambat laun pasti akan layu jua.

Kenapa kita perlu melarikan diri daripada berada di jalan yang sepatutnya sebagai seorang pelajar? Kenapa niat kita harus terpesong?

Maisara berasa amat bersalah kerana kehadirannya di sekolah ini telah mengganggu ketenteraman pelajar lelaki.

Umi selalu menasihati diriku.

“Mai..belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan Mai. Usahlah menjalinkan hubungan percintaan di alam persekolahan. Insya Allah nanti ada bahagian untuk Mai. Apabila kita menyebut bahagian, ia adalah hak. Hak kurniaan Allah kepada kita. Tiada seorang pun yang boleh merampas hak yang diberikan oleh Yang Maha pencipta kita.”


Bersambung...

No comments:

Post a Comment