Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Monday, November 1, 2010

Pemuda Beriman

"Seandainya dosa itu dapat dihidu, pastinya tiada seorang pun yang akan berdampingan denganku."

Ahmad Mukhlis muhasabah diri. Ibunya yang teramat tua ditinggalkan sendirian di pondok buruk. Pondok buruk yang tersisih daripada kehidupan kampung. Dia berbuat demikian demi mencari sesuap rezeki yang halal. Dia perlu melaksanakan tugas mencari hasil hutan dengan kadar segera kerana risau akan keselamatan ibu yang amat memerlukan perhatian.

“Ibu! Maafkan Mus.” Kaki pemuda awal 20-an itu pantas bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Di bahunya tergalas kayu-kayu hutan dan juga buah-buahan hutan untuk dibawa ke pondok usangnya. Rezeki kurniaan Allah itu juga adalh untuk keperluannya dan juga ibu. Barang-barang itu nanti akan ditukarkannya dengan wang. Bukan mudah baginya untuk berbuat demikian. Dia terpaksa menempuh jarak yang amat jauh untuk menuju ke pekan. Pekan yang menjadi pusat perniagaan dan pertukaran barangan dengan mata wang. Wang yang diperolehi itu akan digunakan untuk membeli beras dan ikan kering yang saban hari menjadi santapan mereka berdua.

Kini, kuliah di masjid yang jauhnya 15 KM dari pondoknya sudah lama dia tinggalkan. Tinggal bukan kerana benci, tapi kerana beberapa masalah yang menghalangnya berbuat demikian. Emaknya amat memerlukan perhatian dirinya. Rindunya akan masjid membuak-buak di hati. Kini hanya solat Jumaat sahaja yang dia tunaikan di masjid. Selebih, solat lain ditunaikan di pondok kecil itu bersama ibu tuanya. Ibu yang melahirkan dan membesarkannya. Tidak sanggup sekali dia meninggalkan ibunya bersendirian. Nanti tiada sesiapa yang akan menunaikan permintaan ibunya khasnya apabila ibunya mahu melakukan qada’ hajat.

Peristiwa dia ditempatkan di sini amat menyayat hati. Akibat benci dan dendam, dia dan ibu yang menjadi mangsa. “Sememangnya aku tidak memerlukan harta. Cukuplah dengan apa yang telah dikurniakan Tuhan kepada diriku. Ibu masih bersamaku. Ini suatu nikmat yang besar. Maka dengan nikmat ini, aku boleh berbakti kepada ibu seperti mana yang dilakukan oleh pemuda yang hidup pada zaman nabi Musa. Ujian yang menimpa pemuda ini lagi hebat. Menjaga ibu bapanya yang sudah bertukar menjadi babi. Inilah pemuda yang beriman.” Cerita in dia dengar di masjid beberapa bulan lepas. Rindu sekali dia kepada ustaz-ustaz yang menyampaikan syarah. Banyak ilmu yang bermanfaat yang dia perolehi.

Pondok kecil yang usang. Serba daif dan amat menyedihkan keadaannya untuk menempatkan dua orang insan. Ahmad Mukhlis menatap sebiji buku yang dipinjamnya daripada Masjid An-Nur. Pinjaman ini dibuat minggu lepas semasa menghadiri solat Jumaat. Imam masjid amat mengenalinya. Dia seorang pemuda yang suka membaca. Jika dahulu semasa ibunya masih sihat. Dia akan berborak lama dengan iman Wan Muhammad. Imam masjid An-Nur. Berkongsi ilmu. Kini hanya sekejap je yang boleh mereka berdua dibualkan.

“Kenikmatan Syurga”.

Inilah buku yang berada di tangan Ahmad Mukhlis. Buku yang tebal sekali. Banyak ilmu yang bermanfaat terdapat dalam buku itu. Dia bersedia menerokai buku itu lagi. Sudah hampir separuh buku itu telah dibaca.

Buku itu dijaga dengan baik bersama Qur’an dan buku-buku lain miliknya. Buku-buku ini ditempatkan di dalam sebuah kotak bagi mengelakkan daripada rosak. Khasnya apabila turun hujan.

“Bidadari Syurga”

Bergetar diri Ahmad Mukhlis apabila membaca topik ini. Ibunya yang berada di sisi Ahmad Mukhlis memerhatikan penuh gembira anak kesayangannya itu. Anak yang sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk tinggal bersama-sama dengannya.

Gambaran Bidadari Syurga di dalam Al-Qur'an


"Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik."(Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)


"Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya." (Qs. Shaad [38]: 52) 



"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahman [55]: 56) 



"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Qs. Ar-Rahman [55]: 58) 



"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Qs. Ar-Rahman [55]: 70) 



"(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Qs. Ar-Rahman [55]: 72) 



"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahman [55]: 74)



"Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76) 



"mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)



"Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)


"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)

Sabda Nabi:

Sabda Rasulullah s.a.w: (Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya (Hadis Riwayat Tirmizi)

Inilah kurniaan Allah kepada orang yang beriman iaitu orang yang melaksanakan perintah Allah dan orang yang meninggalkan larangan Allah.
Orang seperti inilah yang akan menikmati keindahan Syurga.

Sesungguhnya nikmat Syurga tidak pernah terbayang oleh fikiran manusia.

Mengalir laju air mata Ahmad Mukhlis apabila selesai membaca cerita Bidadari Syurga itu. Aku tidak layak! Sama sekali tidak layak!

-----

Kematian ibu telah menyentak sama sekali diri Ahmad Mukhlis. Dia benar-benar terasa kehilangan orang yang dia sayangi. Ibu yang bertanggungjawab membesarkan dirinya telah kembali menemui Ilahi. Semoga ibu ditempatkan dalam kalangan orang yang bertakwa. Doa Ahmad Mukhlisin.

Kenangan ketika bersama ibu terimbau satu persatu. Terasa pengorbanan ibu tidak terbalas olehnya. Maafkan Mus ibu! Maafkan Mus!.
Jenazah ibu telah diuruskan dengan sebaik mungkin. Selepas solat zuhur, jenazah ibu selamat dikebumikan. Suasana redut tanpa hujan mengiringi persemandian ibu tercinta. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ibu. Diriku terima ketentuan Allah ini. Aku yakin ada hikmah di sebaliknya. Sememangnya aku bersedih dengan pemergian ibu. Kesedihanku sama sekali tidak menentang qada dan qadar Allah.

-----

Kesunyian telah melanda diri Ahmad Mukhlisin. Walau bagaimanapun, kehidupan diteruskan seperti biasa. Dia masih lagi memungut hasil-hasil hutan seperti rotan, kayu-kayu, dan buah-buahan hutan di samping memburu haiwan seperti ayam hutan dan puyuh hutan.

Ahmad Mukhlisin menyusuri sungai setelah penat mencari bekalan. Dia bersiap untuk menyejukkan badan yang telah begitu penat bekerja. Sebelum dia turun ke dalam sungai dirinya terkejut sekali kerana terpandang seorang perempuan yang terdampar di tebing sungai yang berpasir. Dia tahu apa yang telah terjadi kepada gadis itu. Mungkin gadis ini telah dihanyutkan ke sini. Dia perlu segera menyelamatkan wanita itu.

Tanpa berlengah Ahmad Mukhlis pantas membelah arus sungai menuju ke seberang bagi melihat secara lebih dekat apa yang sebenarnya telah terjadi kepada gadis itu. Pantas sekali dia merentasi arus sungai yang deras itu. Arus sungai yang deras seakan-akan tidak dapat menghanyutkan dirinya. Dia amat mahir tentang sungai dan juga hutan. Dirinya sudah biasa dengan kehidupan hutan.

Gadis di hadapannya seolah-olah bernyawa ikan. Hampir-hampir menghembuskan nafas. Ahmad Mukhlis menggunakan kemahirannya menyedut air keluar daripada mulut gadis itu. Berjaya tindakannya itu. Banyak air telah dimuntahkan oleh gadis jelita itu. Cantik sekali wanita itu walaupun mukanya pucat.

“Aku harus membawanya pulang ke pondok ku.” Ahmad Mukhlis bersuara perlahan.
Gadis cantik itu masih pengsan. Ahmad Mukhlis memikul gadis itu untuk dibawa pulang ke pondoknya. Gadis itu perlu dielakkan daripada terus menerus menerima kesejukan.

Di pondok kecil milik Ahmad Mukhlis. Gadis itu diletakkan berhampiran unggul api. Badan gadis itu sedikit hangat. Tangannya mula bergerak-gerak. Ahmad Mukhlis menjarakkan diri daripad gadis itu. Tidak mahu dia, gadis cantk itu terkejut nanti.

Gadis itu sudah mula bangkit perlahan. Esakan keluar daripada mulutnya. Ir mata bercucuran jatuh. Ahmad Mukhlis yang melihat gadis itu dari jauh datang untuk menenangkan diri gadis tersebut. Kasihan sekali dia melihat keadaan gadis itu.

“Awak!” Tegur Ahmad Mukhlisin.

“Eh. Assalamualaikum awak.”

Gadis tersebut tidak menjawab salam. Dia terkejut sekali. Terkejut kerana tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri di hadapannya.

“Siapa awak?”

“Jangan menghampiri saya.”

“Tolong jangan menghampiri saya.” Gadis itu merayu.

“Baik-baik. Saya tak menghampiri awak.”

“Tapi awak jangan terus menangis. Insya Allah awak akan selamat di sini.” Pemuda itu memberi jaminan. Menjadi kewajipan bagi diri Ahmad Mukhlis untuk melindungi tetamunya itu. Tetamu asing yang dibawanya dari tebing sungai.
Siapa awak?” Gadis itu bertanya sekali lagi dalam keadaan takut-takut.

“Saya Ahmad Mukhlis. Pemilik pondok ini. Saya yang membawa awak ke sini. Saya jumpa awak terdampar di tebing sungai. Saya yakin awak telah lemas. Alhamdulillah kerana Allah telah menyelamatkan awak.”

“Awak tinggal berapa orang di sini?” Gadis itu terus menyoal.

“Seorang diri je.” Insya Allah awak akan selamat di sini. Jangan takut. Saya bukan penjahat.” Ahmad Mukhlis menerangkan agar gadis cantik itu tidak berasa takut.

“Awak ada buat apa-apa kat saya?” Gadis itu melihat satu persatu pakaian yang melekat di tubuhnya. Masih tertutup kemas.
Ahmad mukhlis tersenyum mendengar dan melihat kelakuan gadis itu. “Macam la aku ni jahat sangat.” Fikir Ahmad Mukhlis. Sayang ku kepada gadis ini tidak ubah seperti sayang ku kepada ibu. Sebagai mana aku menjaga ibu di sini sebelum ini, sebegitu juga aku akan menjaga gadis ini sekiranya dia masih berada di pondok ku untuk perlindungan.

“Saya sebenarnya telah dikejar oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah itu cuba membunuh saya kerana saya telah menjadi saksi kejahatan mereka. Saya tidak mampu untuk melarikan diri lagi sehingga perlu terjun ke dalam sungai yang deras arusnya. Saya tak pasti sama ada penjenayah itu masih menjejaki saya atau sebaliknya.” Gadis itu menceritakan apa yang telah menimpanya supaya pemuda di hadapannya itu dapat berjaga-jaga. Apatah lagi bila bertembung dengan sekumpulan penjenayah itu, mudah pemuda itu menyelamatkan diri.

“Oo..macam tu ceritanya. Saya ingatkan awak dari mana sehingga hanyut sebegitu jauh hingga ke sini.” Insya Allah saya akan membawa awak keluar nanti.
Terbit senyuman gembira pada wajah gadis itu. Amat menawan sekali. Ahmad Mukhlis mengalihkan pandangannya agar imam mudanya tidak tergoncang. Cantik gadis ini pasti tidak dapat menandingi kecantikan bidadari Syurga. Fikir Ahmad Mukhlis.

“Nama saya Ainul Mardhiah. Awak boleh panggil Ainul je.” Nama awak siapa. Makin peramah gadis itu.
Terkejut sekali Ahmad Mukhlis mendengar nama gadis itu. Nama yang baru sahaja ditemuinya dalam buku yang dibacanya. “Itu nama bidadari Syurga.” Ahmad Mukhlis mengembalikan semula ingatannya kepada buku yang dipinjamnya daripada Imam Wan Muhammad.

“Apa?” Perkataan ini yang keluar daripada mulut Ahmad Mukhlis.

“Ainul Mardhiah?”..nama bidadari Syurga. Ucap Ahmad Mukhlis.
Pelik sekali wanita itu melihat reaksi Ahmad Mukhlis. Dia tidak berkata apa-apa.

“Saya..Ahmad Mukhlis. Awak boleh panggil Mus.” Jelas Ahmd Mukhlis.

“Awak. Saya nak tidur ni. Boleh kan?” tutur gadis itu.

“Boleh..sila.”

“Awak tidur di atas tilam di dalam.” Ahmad Mukhlis berkata tanpa melihat Ainul. Dia begitu menjaga pandangannya. Situasi ini disedari oleh Ainul Mardhiah.

“Baik. Saya tidur dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.”

Wa’alaikumusalam.”


Bersambung...

No comments:

Post a Comment