Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Monday, November 1, 2010

Anak Solehah

“Nama ana Hurul ‘Aini. Hurul ‘Aini binti Muhammad.”

“Hurul ‘Aini maksudnya ‘Bidadari Syurga’. Hebatkan? Hehe.”

“Tapi diri ana ini bukanlah boleh menandingi Bidadari Syurga. Siapalah diri ana ini kan?”

“Keluarga memanggil ana ‘Ain’ di rumah manakala kawan-kawan di kolej pula biasa memanggil nama ana ‘Hurul’.”

“Umur? Mm..baru 19 tahun. Muda lagi ea?”

“Ana merupakan seorang pelajar Darul Qur’an, Kuala Kubu Bharu. Ambil Diplama Tahfiz al-Qur’an.”

“Sebelum ini ana belajar di Mahaad negeri Pantai Timur, walaupun ana sebenarnya bukan orang Pantai Timur. Keluarga yang menghantar ana ke sana untuk belajar mendalami ilmu agama di sana.”

“Bebas daripada pengaruh negatif berbanding di kota besar ini.” Kata-kata papa ana suatu masa dahulu.

“Papa ana, Muhammad Salleh, seorang doktor perubatan. Lulusan USM. Kini bertugas di hospital tempat dia belajar dahulu, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.”

“Mama ana pula, Zulaikha, seorang guru dan mengajar di Maahad Muhammadi (Perempuan), antara sekolah agama yang paling gah di Kelantan. Tempat lahirnya pelajar yang benar-benar mantap. Pelajar yang terdidik dengan ilmu agama yang sempurna.”

“Adik-beradik ana seramai 5 orang, dan ana anak ketiga, juga anak perempuan tunggal. Sedih kan? Tapi tak mengapalah. Sudah ketentuan Allah. Ana redha. Adik-beradik ana semuanya baik. Masak benar ana dengan perangai mereka. Mentang-mentang lah diri ana kesunyian di rumah, ada saja gurauan mereka. Mm..Sunyi kerana tiada kawan perempuan. Mama je yang menjadi kawan perempuan ana di rumah.”

“Ahmad Mukhlis. Abang sulung ana. Juga seorang doktor. Mengikut jejak langkah papa. Kini bekerja di Hospital Selayang. Peramah dan penyayang orangnya. Juga tidak kedekut. Buktinya banyak bagi duit kepada ana. Hehe. Nanti abang long tengok ana puji dirinya ni, pasti akan bertambah duit dia bagi kat ana. Huhu. Gurau je, jangan marah abang long.”

"Tapi yang peliknya. Abang long ni tak kahwin-kahwin lagi. Sudah lama ana mengidam nak seorang kakak ipar. Sabar je menunggunya. Insya Allah, semoga Allah mempermudahkan jodoh abang long ana. Mm..tak ade ke Muslimah kat luar sana nak merisik abang ana ni? Hensem tau! tambah dengan sifatnya yang baik lagi. Haa..ana dah promote ni, mai cepat-cepat. Silap hari bulan, boleh penampar Jepun percuma diri ana ni. Na'uzubillah."

“Mm..masuk cerita abang kedua ana pulak. Nama abang ana yang ini ‘Ahmad Qasim’. Nak kutuk apa ea?” Abang ana yang ni lah paling rapat dengan ana. Suka benar dia menyakat diri ana. Lagi ana marah, lagilah di main-mainkan ana. Geram ana tau. Tapi sayangnya, hidup ana bersama dia tidak kekal lama. Berpisah sementara. Kini dia berada di Mesir, Universiti Tanta. Belajar jurusan agama. Nak tengok dia balik setahun sekali pun susah. Sibuk sangat mengejar ilmu.

“Abang Ngah. Hurul sayang padamu.”

Masuk bab adik ana pula..dua orang, Ahmad Mustaqim dan Ahmad Baihaqi. 17 dan 15 tahun umur mereka. Ahmad Mustakim kini belajar di Mahaad Tahfiz Sains Tanah Merah manakala adik bongsu ana pula belajar di Machang. Lupa pulak nama tempatnya. Insya Allah lain kali ana beritahu.

Kembali kepada riwayat hidup ana..

"Tugas besar sebahagian diari harian hidup ana adalah menghafal al-Qur’an. Ini merupakan pengkhususan ana. Dari mula celik mata hingga nak tutup mata balik, al-Qur’an lah yang menjadi santapan ana. Al maklumlah kena hafal 30 juzuk dalam masa 3 tahun di sini. Kini berapa juzuk je baru diri ana hafal. Mm..sikit je..tak perlu bagitau. Malulah ana nanti. Janganlah sedih ea."

“Mm..ana memang seronok belajar di Darul Qur’an, ramai sahabat dari negeri yang berlainan. Tapi, biasa la, pelajar yang paling ramai di sini ialah dari negeri Kelantan. Negeri Serambi Makkah.”

“Diri ana biasa balik ke Kuala Lumpur, dengan menaiki train di Kuala Kubu Bharu melintasi Tanjung Malim, tempat lahirnya sang murabbi. Kawan-kawanku juga ramai yang melanjutkan pelajaran di Tanjung Malim di peringkat ijazah. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam.”
Di Kuala Lumpur, abang long ana yang akan jemput balik ke rumah papa di Sentul.

Ujian

“Ni nak cerita ujian yang ana hadapi. Amat perit sekali rasanya. Bukan ujian biasa ni. Juga bukan ujian peperiksaan. Tapi ujian daripada ar-rijal. Berat sekali diri ana untuk memikulnya. Pemuda ini begitu menagih cinta daripada ana. Sudah banyak kali ana katakan ‘janganlah menagih cinta ana, carilah cinta Allah’. Tapi tak nak dengar juga. Keras sekali hati dia. Pemuda ini menuntut di SIUE (Sultan Idris University of Education). Nama pemuda itu Zainal Yusof. Nama sebenarnya ana lupa la. Tak sempat nak hafal. Sorry ea.

“Mula-mula ana kenal dia semasa di dalam train. Sama-sama nak ke Kuala Lumpur. Macam mana perihal ana boleh berhubung dengan dia hingga sekarang tak tau. Susah nak cerita balik.”

“Tapi tak apalah, sudah suratan takdir kan. Maka kenal lah kami berdua.”

“Ana ingat dia biasa-biasa je, tapi sebaliknya yang sebenar. Dia menaruh hati pada ana.”

“Buktinya?”

“Tengok ni.”

‘Awak! Apa khabar? Saya cintakan awak. Boleh kita jumpa tak?’

“Ni mesej yang ana terima. Mesej pertama. Mesej yang seterusnya. Oh lagi la dahsyat. Malas ana nak tunjuk.”

“Berdenyut kencang jantung ana apabila setiap kali menerima mesej sebegini.”

“Nasib baik umur ana masih panjang”

“Tapi ana tak balas mesej dia. Dia call pun ana tak jawab. Mesej dengan ayat-ayat peringatan daripada Allah adalah. Supaya dilembutkan hati pemuda ini. Insya Allah.”

“Takut ana tau dengan perangai dia.”

“Macam mana ea ana nak buat”

-----

Alhamdulilllah.

“Sudah lama ana tak menerima mesej daripada pemuda ini. Mungkin dia sudah berubah kot.”

Tapi..masa ana nak balik ke Kuala Kubu Bharu dua bulan lepas. Alamak!!

“Ana jumpa balik dengan pemuda itu. Ana ingat peristiwa dulu akan kembali lagi. Ana ingat dia akan datang menghampiri ana untuk meluahkan perasaan cintanya lagi. Walau bagaimanapun, sebaliknya yang terjadi. Dia hanya melihat ana sekali saja. Mungkin tidak sengaja. Masa tu juga ana tengok dia. Jadi bertembung lah kedua-dua mata ana dan dia. Tapi yang peliknya lepas tu dia dah tak tengok diri ana. Ana yang tengok dia pulak ada lah. Hehe. Ana tengok untuk jaga-jaga. Senang nak lari nanti kalau dia datang menghampiri ana. Huhu..jahat ana kan? Jangan la Su’ulzhon ea.”

“Perubahan paradigma. Bagus lah. Mungkin dia dalam proses mensolehkan diri. Ana bersyukur kepada-Mu ya Allah.”

“Masa dia turun di stesen Tanjung Malim pun dia tak toleh kepada ana. Sungguh menakjubkan. Yang ana pasti di tangan pemuda itu ada al-Qur’an terjemahan. Anak tahu sebab ana pun memiliki al-Qur’an seperti itu.”

“Ana tidak ingin menjadi punca kepada kebinasaan pemuda itu. Jadi sebab itu lah ana tidak melayan kerenahnya suatu masa dahulu.”

“Ana pun manusia biasa. Ada nafsu dan ada perasaan, tapi kenalah pandai mengawalnya. Ana ingin sangat menjadi anak solehah. Anak yang membuatkan keluarga gembira dengan kehadiran ana.”

“Ya Allah! Hindarilah pemuda itu daripada fitnah wanita seperti diriku ini. Dekatkanlah pemuda itu dengan rahmat-Mu.”

“Semenjak dari itu. Ana tak pernah lagi berjumpa dengan pemuda itu. Nombor telefon pemuda itu pun sudah ana delete. Pemuda itu pun mungkin berbuat demikian juga. Semoga Allah memelihara dirinya. Amin.”



-tamat-

No comments:

Post a Comment