Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Sunday, October 31, 2010

Final Exam

Bilik bersepah-sepah dengan segala macam kertas, tisu dan plastik. Kawan sebilik marah, ana buat tak tahu je. Baju banyak yang ana simpan dalam stok (baldi) tunggu ada masa yang sesuai untuk dibasuh. Motor pun sudah berbulan-bulan ana tak cuci. Kawan ramai dah yang balik kampung ana tak kisah. Kampung halaman ana lupa sekejap walaupun terbayang-bayang di fikiran. Cuti tiga minggu ana mahu manfaatkan sebaik mungkin. Ana plan, cuti di sini seminggu yang pertama dan cuti dua minggu yang berikutnya di kampung tercinta. Inilah tanda bahawa ana study smart. Membuat persiapan awal untuk final exam semester lima. Insya Allah akan berjaya nanti. Ana berjaya dan kawan-kawan ana pun akan berjaya nanti.

Tarikh peperiksaan ana ialah 23, 26 & 30 November dan disambung lagi 2 & 3 Desember 2010. Persiapan awal telah dibuat. Ulang kaji tak usah dikira terlalu banyak. Hehe. Jangan Percaya tau..!!

Kini, hari ini bertarikh 1hb November. Masih punyai waktu lagi. Ana sedang mengejar masa. Hebatkan? Hehe.

Proses memasukkan ilmu ke dalam dada merupakan satu proses yang rumit. Hati yang benar-benar bersih sahaja membolehkan ilmu dapat masuk dengan mudah.

Ana keseorangan di bilik. Kawan sebilik ana ke Perlis. Ada program di sana. Dan semalam dia mesej ana bagitau dia berada di Unimap, buat lawatan pertama kali kalau tak silap. Mm..ana belum pernah sampai lagi di Perlis. Satu-satunya negeri di semenanjung yang tidak pernah ana lawati. Insya Allah ana akan dapat melancong ke sana nanti untuk melihat keindahan ciptaan Allah.

Berbalik kepada tajuk cerpen. Peperiksaan amat tidak menghantui fikiran ana. Mm..buat biasa je. Sudah lumrah kehidupan kan. Betul? Hehe. Jangan gelabah-gelabah. Tak baik untuk kesihatan.

Nota berada sekeliling meja ana. Bila ana pandang depan nampak nota. Pandang kiri pun nampak nota. Pandang kanan nampak nota juga. Bila pandang bawah je terus nampak sampah bertimbun-timbun. Ooi sungguh dahsyat. Kegilaan yang amat tinggi. Patutlah kawan sebilik ana marah sakan. Pandang belakang.. Opss..jangan pandang belakang! Tak ada apa-apa pun. Ada pintu tandas je..


-Tamat-

2 comments:

  1. hmm..pndai jugak demo ngarut2 dlm blog ni ea...hehe... best jugak bc....

    ReplyDelete