Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Monday, October 18, 2010

Temu Duga

Temu duga Biasiswa KPM

Soalan:

1. Awak baca pasal apa sebelum datang temu duga ni?
2. Speaking (perkenalkan diri)
3. Ada orang kata guru ini bukan pekerjaan profesional. Apa pendapat awak?
4. Berikan satu isu semasa pendidikan?
5. Kenapa awak nak biasiswa?


Temu Duga (semasa cuti sem 2) ini ditetapkan di surat pada pukul 2.00 ptg, tetapi pukul 4.00 ptg baru diriku dan 6 orang kawan masuk ke dalam bilik (bangunan HEPA, UPSI) untuk ditemuduga. Maklumlah kumpulan terakhir. Berpeluh juga ku tunggu. Maklumlah panas dunia.

Alhamdulillah kerana semua kawan-kawanku lulus.
Syukur juga kerana penemuduga (2 orang; lelaki & perempuan) baik sekali. Penuh dengan senyuman di bibir.


Coretan:
yang 'alim

No comments:

Post a Comment