Cantik sekali burung layang-layang,
Terbang jauh melayang-layang,
Dengarlah wahai adikku sayang,
Pesanan ikhlas seorang abang.
Jagalah dirimu sebaik-baiknya,
Maruah dirimu amat berharga
Tutuplah auratmu dengan sempurna,
Kelak dirimu beroleh gembira.
Juga jagalah pandangan mata,
Jangan pandang panahan dosa,
Pandanglah ciptaan agung Pencipta,
Agar dirimu peroleh takwa.
Nukilan:
yang 'alim
6 Zulkaedah 1431 (Khamis)
No comments:
Post a Comment