Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Sunday, October 10, 2010

MI vs KR

Agak-agak ea mana satu yang menang sekiranya kedua-dua pasukan bola sepak ini bertembung?

Majlis Ilmu (MI)

Masjlis yang mengajak manusia menuju Syurga. Majlis yang diberkati dan mendapat rahmat Allah sekiranya dibuat secara ikhlas.

Konsert Rock (KR)

Majlis yang mengajak manusia lagho dengan lagu-lagu cinta sama ada memuja lelaki @ memuja perempuan. (Tidak semua ea: sebab ada lagu rock yang bagus dan mendidik jiwa manusia). Tok Imam pun minat lagu rock yang berunsur ketuhanan. Yang diceritakan ini adalah majoritinya (buruk)

Pasukan Majlis Ilmu (MI)

Pemain MI:
Ustaz-ustaz dan Ustazah-ustazah

Penyokong MI:

Orang tua

Jurulatih MI:

Ceramah Agama

Pasukan Konsert Rock (KR)

Pemain KR:
Artis-artis rock

Penyokong KR:

Orang muda (macam saya barangkalinya)

Jurulatih KR:
Lagu Rock

Pengadil:
Kita semua


Keputusan Perlawanan:
MI 0 KR 2

Statistik Perlawanan:

1. Dewan yang menganjurkan majlis ilmu banyak yang kosong tempat duduknya berbanding stadium, dewan @ padang yang menganjurkan konsert rock.

2. Ustaz @ ustazah yang dijemput untuk majlis ilmu dibayar sedikit, kadang-kadang hanya diberi plat, dan kadang-kadang tidak dibayar, manakala artis konsert rock dibayar beribu-ribu hingga berpuluh-puluh ribu.


Bila agaknya MI akan menang?
Sama-sama kita sokong kebangkitan MI. Insya Allah akan menang.



Oleh: yangalim
Peringatan untuk diri sendiri

No comments:

Post a Comment