Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Tuesday, November 30, 2010

Nota Cinta

Cinta Itu Nikmat Titipan Allah (CINTA)

Apabila seseorang hamba mendapat 'cinta', maka hamba itu akan sanggup mencampakkan diri ke lembah cinta tanpa menghirauan apa jua keadaan.

Cinta kepada:

Allah: Pencipta kita
Nabi: Nabi kita
Masyarakat: Orang yang hidup di sekeliling kita
Keluarga: Orang yang mempunyai pertalian darah dengan kita.
Diri: Diri kita sendiri

Tuesday, November 16, 2010

Diriku Kerdil


Sememangnya diriku kerdil. Tapi, hari ini lebih ku tahu lagi bahawa diriku ini benar-benar kerdil.

Kenapa?

Salam Eid Adha Mubarak


Pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail adalah contoh untuk kita bawa dalam perjuangan menegakkan syiar Islam.


Semoga Eid Adha juga mengajar kita erti pengorbanan. Jangan biarkan diri kita terkorban dengan hawa nafsu & syaitan.



Insya Allah. Semoga Allah mudahkan.

10 Zulhijjah 1431 Hijrah @ 17/11/10

Tidak Beradab Dengan Tuhan

Diriku..


Kenapa kurasa begini..
Tidak istiqomah.


Memang kuketahui iman manusia berubah-rubah. Imanku berubah-rubah. Ada kala naik dan ada kala turun.

Persoalannya: Apa strategi yang kubuat?


p/s: berusahalah membina bentang diri.

Salah Faham

Banyak terjadi pergaduhan & pertengkaran kerana salah faham. Situasi ini dapat kuperhatikan melalui pengalaman 22 tahun lebih ku hidup.

Macam mana nak mengatasi salah faham?

Berlapang Dada

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)

Monday, November 15, 2010

Muslim Sejati

Sungguh menakjubkan bagi seorang Muslim. Seluruh perkaranya adalah baik. Jika mendapat keberuntungan (kesenangan), dia bersyukur dan itu baik baginya. Dan jika tertimpa musibah (kesulitan), dia bersabar dan itu pun baik baginya. (HR. Bukhari)

Uwais al-Qarni

Pemuda bermata biru,rambutnya merah, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahlimembaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut; satu untuk penutup badan dan yang satu lagi untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan.

Doa beliau dimakbul.

Tidak dikenali oleh penduduk bumi, tetapi sangat terkenal di langit.

Wudhuk

Kenapa ea masyarakat kita banyak menggunakan air untuk wudhuk?

Adakah kerana Malaysia banyak air?

"Sakit telinga apabila mendengar air banyak jatuh menghempas lantai..lebih-lebih lagi kita tengah solat masa tu"..(marah pak cik)

Rasulullah SAW menegur Sa'ad kerana kelihatan boros dalam penggunaan air. Sa'ad bertanya,"apakah terhadap air juga dikatakan boros?" Nabi bersabda," memang, hatta jika engkau berada dalam sungai yang mengalir." HR Ahmad dan Ibn Majah



p/s: Wudhuk: meratakan air, bukannya membasuh-basuh.

Kuliah di Caltex Sri Sentosa

Sunday, November 14, 2010

Pemuda Masjid

Ikhwah fillah rahimakumullah, semaklah hadis Rasulullah SAW, hadis mutafaqun’alaih (sahih Bukhari & Muslim)

Nabi SAW bersabda: “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, iaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan solat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah; keduanya berkumpul dan berpisah karana Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahsiakannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir (mengingat) Allah bersendirian, lalu menitiskan air mata daripada kedua matanya.” (HR Bukhari)

Bertunang..!!

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah itu dikira sudah bertunang? Padahal tiada ibu bapa perempuan tersebut semasa ucapan itu.

Maksud Meminang

Hukum fiqh: bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila perempuan bersetuju, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya"

"Kahwinlah dengan saya nanti"

Apabila perempuan bersetuju, dia dikira sudah bertunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

Lelaki sebut dalam telefon:

"Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya lah"

Perempuan tersebut jawab, "saya terima, saya setujulah, okeylah, saya redha" atau apa-apa perkataan yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka itu sudah dianggap bertunang.

Maka haram untuk lelaki lain masuk meminang.

Kita orang melayu apabila majlis bertunang, maka bawalah rombongan 1 treler, bawa barang pinangan berguni-guni dan bermacam-macam lagi.

Ingat...!! Ini semua adalah A-D-A-T.


Persoalan: Ibu bapa tiada di situ.

Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan itu cerdik, baligh, boleh berfikir, dia sudah dianggap bertunang jika menerima pinangan lelaki tanpa kehadiran @ pengetahuan ibu bapa.

Kecuali jika perempuan itu tidak menepati hukum syarak, contohnya seperti belum baligh (baru darjah satu misalnya), perempuan itu bodoh (tidak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, maka wali diperlukan untuk menjawab “pinangan” tersebut.

p/s: Agama itu bukan adat.


Ust Azhar

Puisi: Cinta Suami

Wajahmu berseri ibarat matahari redup,

Hidungmu mancung macam cangkul,

Bibirmu cantik bab tanah liat merekah,

Pipimu merah bersih umpama api marak.




Puisi yang dituju oleh seorang suami buat seorang isteri yang baru dikahwini..
Tercengang si isteri apabila mendengar suami membaca puisi ini.
Suami pula buat muka selamba je.
"Kenapa?" Tanya suami pelik.
"Mm..pelik. Apa maksud puisi ini?" Balas isteri.

Maksudnya..hehe

Bidadari Syurga

Sesungguhnya kenikmatan Syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di hati manusia.


Bidadari Syurga..

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki Syurga. Bagi seorang wanita yang solehah, maka bidadari bagi suaminya adalah dalam kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah) merupakan ketua bagi segala bidadari itu.


p/s: Wanita pun ada bahagiannya iaitu bidadara syurga.


“Dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.” (QS. Az-Zukhruf : 71)

Saturday, November 13, 2010

Kembara Mencari Cinta-Nya




"Kamu yang membuat dia begini. Kamu yang menyihir dia sehingga dia jadi begini." Kata-kata yang keluar daripada mulut Pak Mahfuz.



Fadhil tidak tahu apa lagi yang patut dia beritahu orang tua itu. Macam-macam sudah dia memberikan penjelasan kepada keluarga Pak Mahfuz, tetapi penjelasan itu ibarat tiada apa-apa kesan kerana boleh dikatakan keseluruhan ahli keluarga Pak Mahfuz semakin membenci Fadhil.

“Kamu yang buat ini semua”

“Ini fitnah Pak! Fitnah! Besar dosa fitnah Pak. Bertaubatlah kepada Allah.”

“Kau yang menyihir anakku, Syirah. Kau yang menyihir dia.” Ucap Pak Mahfuz bersungguh-sungguh.

“Pak, berapa kali sudah saya kata. Saya tidak melakukannya. Saya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak membuat itu semua. Malah saya juga turut simpati dengan apa yang menimpa Insyirah.” Fadhil menjelaskan.

“Siapa lagi yang melakukannya kalau bukan kau? Kau bekas kekasih dia. Kau yang buat. Kau dengki dengan kehidupan dia. Kau dengki...!!”

Astaghfirullahal ‘azim. Kenapa ni Pak. Kenapa tuduh saya? Sejahat-jahat saya pun tidak sanggup bagi saya membuat hidup orang lain menderita. Ini semua berlaku adalah atas kuasa Allah Pak.”


“Saya tidak berdendam Pak. Andai kata saya dan Insyirah tiada jodoh, apa yang boleh saya buat. Saya datang dengan keluarga saya ini adalah untuk ziarah. Ziarah ke atas saudara sesama Islam.”

“Berambus kau. Usah jejakkan kaki ke rumah aku lagi. Berambus!! Jangan datang lagi ke sini.”

Fadhil terpaksa meninggalkan rumah Pak Mahfuz. Juga meninggalkan rumah seorang perempuan yang pertama hadir dalam hidup dia. Insyirah..atau lebih mesra dengan panggilan Syirah. Satu nama yang cantik. Secantik tuan punya nama itu. Semenjak hari itu, Fadhil tidak lagi berkunjung ke rumah Insyirah. Rumah yang sering dia kunjungi sewaktu alam persekolahan dahulu. Berkunjung dan beramah mesra dengan keluarga besar itu. Keluarga itu juga yang meminta dan merayu kepada Fadhil agar berkahwin dengan Syirah suatu masa dulu.

Walau bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku. Semenjak Fadhil ditimpa penyakit sebelum mengambil peperiksaan SPM, Fadhil seolah-olah tidak wujud langsung. Kehidupan Fadhil tidak dilayan terus. Lain pula yang berlaku kepada Insyirah. Dia berjaya menamatkan SPM dan memperoleh keputusan yang cemerlang sehingga dapat melanjutkan pengajian di luar negara. Insyirah melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan.
Fadhil terima takdir ini. Usaha dia di dalam bidang akademik perlu dihentikan kerana dia mengalami penyakit misteri. Penyakit yang menyebabkan dia pengsan secara tiba-tiba.

Fadhil hanya sempat menduduki kedua-dua kertas Bahasa Malaysia untuk SPM, Kedua-dua Subjek Bahasa Inggeris dan Kertas dua untuk subjek Matematik, tetapi tidak untuk subjek lain. Dia pengsan semasa menduduki ujian subjek Matematik kertas satu. Dia mendapat A+ untuk subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris manakala A untuk subjek Matematik. Sembilan lagi subjek tidak sempat dia duduki. Walau bagaimanapun.

Keputusan ini cukup menggembirakan ahli keluarga Fadhil. Abah dan Mama cukup gembira dengan keputusan SPM Fadhil ini. Keputusan 3A berbanding percubaan Fadhil dulu 13A. Adik-adik Fadhil iaitu Zaki dan Zakiah turut berkongsi gembira dengan keputusan ini.

“Abangku dapat semua A dalam subjek yang diduduki..3A.” Ujar Zakiah dengan bangga.

Inilah yang dikatakan kepintaran seseorang tidak semestinya diukur dengan kertas.. Mm..dengan result peperiksaan.

Sakit misteri Fadhil semakin berkurang dan semakin hilang. Dia meneruskan pembelajaran di ‘Pondok’. Dia tidak menggunakan langsung result SPM untuk belajar di mana-mana institut pengajian. Dia ingin dekat dengan keluarga. Maka pondok telah dipilih. Fadhil mendalami ilmu agama di sana. Macam-macam ilmu dapat dicedok di sana dengan ramai ustaz. Abah dan mama tidak membantah bahkan turut menggalakkan serta turut memberikan sokongan.

Kini,

Penyakit Fadhil pulih seratus peratus. Dia tidak pengsan lagi. Kini dia berjaya bahkan terkenal lagi. Terkenal kerana menjadi iman muda dalam program realiti ‘Mencari Iman Muda’. Dia menerima hadiah yang lumayan hasil daripada penyertaannya ini. Sebuah kereta, wang tunai RM50 ribu ringgit dan bermacam-macam hadiah lain lagi termasuklah menunaikan umrah..

Fadhil juga sudah menjumpai Hana Nusrah sebagai ganti Insyirah. Hana Nusrah ialah pelajar Univeriti di Arab Saudi. Fadhil sudah meminang Hana Nusrah sebelum dia terkenal sebagai imam muda. Meminang di rumah ayah Hana di Pasir Mas. Ayah Hana merupakan imam besar di Pondok Pasir Tumboh.

Bukan dia yang meminta untuk dijodohkan dengan Hana Nusrah, tetapi ayah Hana Nusrah yang menawarkan anak gadisnya itu kepada Fadhil. Dia terima je rezeki yang datang di depan mata ini. Mungkin kerana Ustaz Hamzah begitu tertarik dengan perwatakan Fadhil sehinggakan dia sanggup menjadikan pemuda itu sebagai menantu.

Fadhil berjaya manakala Insyirah gagal. Inilah kedudukan sekarang. Tidak seperti dahulu.

Insyirah gagal menamatkan pengajian di Mesir kerana kerasukan makhluk halus. Nama Fadhil terus sahaja tiba-tiba muncul menggegarkan kampug dia dengan kemenangan dalam pencarian iman muda. Banyak tawaran istimewa yang diterima oleh Fadhil ekoran kemenangan itu. Ada yang menawarkan anak perempuan sebagai isteri untuk Fadhil dan ada hadiah berbentuk bantuan kewangan lain. Pasal untuk dijadikan menantu, telah ditolak baik oleh Fadhil kerana dia sudah bertunang.

Bagi Fadhil. Dia menyertai program ini adalah semata-mata untuk mencari cinta Allah. Ibarat mengembara mencari cinta-Nya. Dia suka menyertai program ilmu sebegini apatah lagi dia begitu menonjol semasa belajar di pondok. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Akibat dorongan kawan-kawan juga menyebabkan Fadhil menghadiri uji bakat di Kota Bharu.

Fadhil juga tanpa segan silu menceritakan kemiskinan keluarga dia. Memang keluarga dia miskin harta tetapi kaya dengan nilai-nilai keagamaan. Kegagalan Fadhil menghabiskan SPM telah menarik perhatian banyak pihak. Dia sebenarnya tidak ingin membuka kisah SPMnya, tetapi terpaksa kerana didesak dan atas permintaan banyak pihak.

Keputusan dia mendapat 3A dalam SPM dengan menduduki 3 subjek cukup memeranjatkan. Orang ramai seakan-akan turut gembira dengan keputusan ini. Pencapaian dia sebelum menduduki SPM sebenarnya turut dinilai oleh masyarakat. 13A+ untuk peperiksaan percubaan. Satu Malaysia tahu bahawa Fadhil merupakan seorang pelajar yang pintar. Bukan calang-calang orang.

Perkara yang bermain di fikiran Fadhil sekarang adalah keluarga Insyirah. “Masihkah mereka berdendam?” tanya Faiz kepada diri sendiri. Sudah lama dia tidak berkunjung ke kampung sebelah semenjak dia dihalau oleh abang dan ayah Insyirah.
Satu peristiwa yang menyayat hati.

Inilah pembalasan Allah. Allah Maha Adil kepada hamba-Nya.

Tetapi, Fadhil sedikit pun tidak menyimpan perasaan dendam. Doa sentiasa dialunkannya kepada keluarga Pak Mahfuz. Doa agar Insyirah disembuhkan. Juga doa agar keluarga Pak Mahfuz bahagia.

Semenjak Fadhil terkenal, tiada lagi suara sumbang yang datang daripada keluarga Pak Mahfuz. Keluarga itu tahu bahawa Fadhil seorang yang berhati mulia. Mereka lihat situasi ini melalui rancangan ulangan yang disertai Fadhil. Banyak rahsia baik Fadhil terbongkar melalui rancangan realiti itu. Rancangan realiti itu disiarkan melalui Astro secara langsung yang tidak dilihat oleh mereka sekeluarga. Rancangan ini disiarkan lagi secara ulangan melalui saluran TV biasa yang dilihat ahli keluarga Pak Mahfuz termasuklah Insyirah. Mengalir laju air mata keluar daripada kolam mata Insyirah. Orang yang dia sayangi itu berhak memperoleh kejayaan itu.

“Fadhil berhak berjaya.” Ungkap Insyirah dengan linangan air mata.

Liputan mengenai perkahwinan Fadhil dan Hana Nusrah juga giat disiarkan. Cuma berita sahaja, tidak siaran secara langsung kerana menghormati tuntutan keluarga Ustaz Hamzah.

“Juara Pencarian Iman Muda Berkahwin”, “Iman Muda Kahwin”, “Iman Muda Kahwini Pelajar Arab Saudi”, “Iman Muda Kahwini Anak Imam” dan bermacam-macam-macam lagi tajuk akhbar dan berita.

Hana Nusrah. Kejelitaan gadis ini sukar ditandingi.” Umpama bidadari yang turun daripada Syurga.” Hilang kata-kata Fadhil, tidak tahu perkataan apa yang harus dikeluarkan untuk dibuat perbandingan. Inilah reaksi Fadhil apabila kali pertama melihat Hana Nusrah secara nyata. Sungguh indah ciptaan Allah. Kecantikan Hana terlindung di sebalik jubah yang dia pakai sebentar tadi semasa majlis akad nikah.

Kecantikan wanita itu hanya ditunjukkan kepada Fadhil seorang. Diam tidak terkata dan kaku seketika Fadhil apabila melihat wanita itu di hadapannya.

Fadhil juga terkejut besar kerana Hana Nusrah juga datang daripada keluarga berada. Ustaz Hamzah orang kaya rupanya. Umi Hana seorang doktor, dan bekerja di Arab Saudi dekat dengan tempat Hana belajar. Dua orang abang Hana juga bekerja dan belajar di sana, tempat yang penuh berakah. Rumah Ustaz Hamzah yang Fadhil kunjungi dulu di Pasir Mas adalah rumah isteri kedua Ustaz Hamzah, Mak Su Timah.
Selepas kahwin, Fadhil diajak untuk ke Makkah. Kebetulan Faiz rindu akan tanah suci itu.

“Abang! Boleh ikut Hana ke Makkah. Pengajian Hana belum tamat lagi. Jom kita kembara mencari cinta-Nya.” Ungkap Hana Nusrah.
Teragak-agak Fadhil mahu menjawab pertanyaan itu. Wajah ahli keluarganya dan Hana Nusrah bergilir-gilir hadir di ingatannya. Satu pilihan yang sukar. Kalau dia pergi ke sana bererti dia meninggalkan keluarga. Kalau dia tidak ikut ke sana bererti dia akan berjauhan dengan isteri.

“Nanti abang fikir.” Fadhil bersuara.

“Baik bang.” Hana Nusrah sedar akan menungan suaminya tadi.

“Kita bincang sama-sama nanti.” Lanjut Fadhil sambil menghadiahkan sebuah senyuman ke arah Hana.

Hana Nusrah membalas senyuman itu dengan menampakkan dua lesung pipitnya. Manis sekali.

Dua minggu.

Masa yang Fadhil akan menemani isterinya di bumi Makkah. Rindu dia untuk solat di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi. Dua masjid paling suci di dunia ini.
Selepas dua minggu, dia akan kembali semula ke tanah air. Kembali meneruskan pengajian di pondok. Juga kembali mendekatkan diri dengan keluarga. Kalau ada kelapangan, bila-bila masa sahaja dia boleh flight ke sana. Tiada apa yang nak dirisaukan.

Empat tahun kemudian

Iman

Jawatan terbaru yang ditawarkan kepada Fadhil. Sungguh baik sekali Allah kepada seseorang hamba-Nya. Fadhil memuji Pencipta.

Fadhil menolak jawatan itu. Menolak bukan kerana sombong, tetapi ada sebabnya. Tawaran iman itu adalah di ibu negara, sedangkan dia jauh di timur sini. Dia ingin berbakti kepada kedua-dua orang tuanya yang sudah semakin tua. Adiknya dua orang yang masih bersekolah juga memerlukan perhatian. Zaki bakal menduduki SPM manakala Zakiah akan menduduki PMR tahun ini.

Cukuplah kerjanya dengan memberi kuliah di surau dan masjid berdekatan sini, juga mengajar kitab di pondok tempat dia belajar dulu.
Isterinya, Hana Nusrah juga seorang doktor. Doktor lulusan Arab Saudi. Menjejaki kerjaya Umi. Muhammad al-Fatih, cahaya mata Fadhil bersama Hana Nusrah. Satu-satunya zuriatnya kini. Berusia dua tahun.
Hari demi hari, Fadhil menerima berita gembira. Zaki dan Zakiah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing. Kedua-dua mereka merupakan pelajar terbaik. Mereka dapat Straight A.
Fadhil sangat gembira.
Kedua-dua ibu bapa Fadhil juga turut gembira dengan pencapaian ini.
“Bang, Zaki dapat 13 A. Mendapat balik apa yang anak sulung kita keciciran dulu.” Kata Mak Su kepada Pak Su. Mama dan abah Fadhil.
Mereka gembira sekali. Gembira juga kerana Zakiah turut memperoleh 9A dalam PMR.

Satu lagi berita gembira

Insyirah juga sudah pulih daripada gangguan makhluk halus. Dia berjaya menghabiskan pelajarannya di Mesir. Berjaya menjadi seorang doktor. Kawan rapat Hana Nusrah kini.

Tapi yang peliknya,

“Tiada calon suami lagi Syirah tu bang.” Kata Hana Nusrah kepada Fadhil pada suatu petang.

“Mmm..tak kahwin-kahwin lagi. Mungkin masih mencari.” Fadhil bicara.

“A’aa.. Dia kata nak cari calon suami yang soleh seperti abang.”

“Mm..siapa yang soleh?”

“Abang la..”

“Eya ke? Tak pun..” Fadhil merendah diri.

“Kalau macam tu.. Kahwin dengan abang je terus.” Fadhil menduga isterinya.

Bermuncung mulut Hana. Lucu sekali. Mungkinkah kerana terkejut dengan kata-kata Fadhil.

Tidak.. Bukan kerana terkejut.

Hana setuju sekali dengan cadangan suaminya itu. Lagipun dia sudah tidak boleh beranak semenjak melahirkan Muhammad al-Fatih.

Kini,

Fadhil gembira dengan dua orang isteri. Hana Nusrah dan Insyirah. Kedua-duanya cantik di mata Fadhil, meskipun Hana Nusrah yang lebih menawan. Kecantikan Insyirah juga tidak boleh dipandang remeh kerana mempunyai keunikan yang tersendiri. Kedua-dua insan ini merupakan dua orang bidadari dunia buat Fadhil. Kedua-dua isteri Fadhil cukup berlapang dada. Masing-masing mudah mengalah apabila timbul sesuatu isu. Hana dan Insyirah juga redha dengan kerja dakwah Fadhil. Tugas menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat di serata tempat atas jemputan atau yang sudah ditetapkan. Inilah kerja seharian Faiz. Mengembara mencari cinta-Nya.


-TAMAT-

yangalim
(Jumaat: 5 Zulhijjah 1431)

Friday, November 12, 2010

Gagal vs Berjaya

Gagal adalah ujian manakala berjaya pula adalah nikmat.

Thursday, November 11, 2010

Peristiwa Gembira di Bumi Makkah

Haji

Rukun Islam yang ke-5.

Berjuta-juta manusia tanpa mengira warna kulit, keturunan & asal berkumpul kerana Allah.

Insya Allah akan kujejakkan kaki ke sana untuk melaksanakan ibadat yang memerlukan kekuatan mental & fizikal ini.

Saturday, November 6, 2010

Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari

Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari yang hidup pada zaman Dinasti Mamluk.

Ibn ’Ata’illah mempelajari ilmu-ilmu zahir seperti fiqh, tafsir, hadis, falsafah dan lainnya dari sebuah madrasah fiqh mazhab Maliki yang terkenal di Iskandariyyah.

Beliau wafat di Kaherah, tahun 709 H/1309 M.

Guru Beliau:
1. al-Syeikh Abu al-’Abbas al-Mursi
2. Syeikh Nasir al-Din Ibn Munir
3. Syeikh Shihab al-Din Abu Ma’ali (terkenal dengan gelaran Syeikh al-Abraquhi)
4. Syeikh al-Muhyi al-Mazuni
5. Syeikh al-Imam al-Syaraf al-Din al-Dimyati 9hidup antara tahun 613-705 H)
6. Syeikh Muhammad Ibn Mahmud (terkenal dengan gelaran Shamsuddin al-Isbahaniy)

Murid Beliau:
Antara murid beliau yang terkenal ialah:-
Syeikh Taqiy al-Din al-Subkiy (w.756H), ayah kepada Taj al-Din al-Subkiy, pengarang kitab Tabaqat al-Shafi’iyyah al-Kubra (w.771H),
Syeikh Daud Ibn ’Umar Ibn Ibrahim al-Syadhiliy terkenal dengan gelaran Ibn Bakhula, pengarang kitab al-Lata’if al-Mardiyyah dan al Syeikh Abu al-Abbas Ahmad Ibn Milaq al-Iskandari al-Usuliy (w.749 H).


Antara hasil karya Ibn ’Ata’illah al-Sakandari yang berupa kitab dan risalah adalah seperti berikut:

1- al-Hikam. Kitab yang mengandungi adab-adab dalam ilmu tariqah dan tasawuf, ibadah, tawhid, zikrullah, maqamat, dan ahwal dan sebagainya.
2- Al-Munajat. Sebuah risalah kecil yang mengandugi doa-doa. Risalah ini menurut Dr. al-Taftazaniy disusun oleh Ibn ’Ata’illah al-Sakandari ketika beliau mengarang dan menyusun kitabnya al-Hikam.
3- Al-Wasiyyah. Sebuah risalah kecil mengandungi nasihat-nasihat yang ditujukan kepada para sahabat dan anak muridnya di Iskandariyyah. al-Wasiyyah boleh didapati pada akhir kitab Lata’if al-Minan.
4- Al-Tanwer fi Isqat al-Tadbir. Kitab ini mengandungi ajaran yang berkait dengan Tawhid Rububiyyah.
5- Lata’if al-Minan. Kitab ini mengandungi biografi atau manaqib gurunya, Syeikh Abu al-’Abbas al-Mursi.
6- Taj al-’Arus al-Hawi li Tahdhib al-Nufus. Kitab ini mengandungi nasihat dan panduan bagi ahli tasawuf, khasnya menganai cara-cara mendapatkan tazkiyyat al-nafs.
7- Al-Quds al-Mujarrad fi Ma’rifat al-Ism al-Mufarrad. Kitab ini mebicarakan tentang zat Allah S.W.T., sifat-sifat-Nya, nama-nama-Nya dan af’al-Nya dari sudut ilmu kalam dan pengalaman dhauqiyyah sufi.
8- Miftah al-Falah wa Misbah al-Arwah. Membicarakan cara-cara riyadat al-nafs, seperti zikir,’uzlah dan suluk.
9- ’Unwan al-Tawfiq fi Adab al-Tariq. Kitab yang menghurai dan mensyarahkan qasidah Syeikh Abu Madyan al-Tilmisaniy (w.594H) menyentuh adab bersahabat.
10- Sebuah Risalah kecil yang menghuraikan makna dan tafsiran ayat 54 surah al-An’am.

Siapa Kita?

Kalau hati kita tidak bersih, apa ertinya kita beragama Islam?

ILMU dan IBADAH: Manisnya ibadah sekiranya dilaksanakan berlandaskan ilmu.

"Kelebihan orang yang berilmu atas orang yang ibadah seperti kelebihanku atas orang yang terendah dari umatku".
(Ini hadiths hasan sanadnya, dan diperkuat oleh yang lainnya, diriwayatkan oleh Al-Harith bin Abi Uzamah dan Abi Said Al-Khudri dan dikuatkan oleh riwayat dari Turmudzi dari Abi Umamah).

Ilmu Fardhu Ain

Ilmu Fiqh adalah berkaitan perlakuan dan ibadah serta muamalah zahir.
Ilmu Tauhid adalah berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah dan segala yang ghaib.
Ilmu Tasawwuf adalah berkaitan penyucian hati, akal dan roh daripada segala kekotoran yang berunsur nafsu, dunia dan syaitan.





Sumber:
Diedit daripada
http://halaqah.net

Puisi: Getaran Jiwa

Tak ku sangka,
Orang yang selama ini ku kagumi,
Kini berada di depanku,
Teguh sekali menyampaikan ilmu agama,
Terasa diriku hina sekali,
Ceteknya ilmu dalam diri,

Sahabat Sejati

Sanggup bersusah payah demi sahabat. Juga turut berduka atas musibah yang menimpa sahabat. Tidak meminta sebarang pembalasan. Sama sekali tidak mengharapkan pujian apatah lagi ganjaran harta. Semua dibuat dengan ikhlas. Kerana apa? Kerana dirimu sahabat sejati.

Dirimu dulu sebelum ditimpa musibah ini. Amat membantu diriku. Pertolonganmu dihulur sebelum dipinta. Lekas sekali dirimu menyedari kesulitanku. Sehingga ku dapat keluar daripada cengkaman kesulitan itu.

Tidak ingin ku membiarkan dirimu sendirian menanggung beban ini. Akan kucampak sama diriku masuk ke kelanggang bara ini. Supaya kurang nanti seksamu. Ku ingin lihat dirimu gembira kembali. Gembira seperti dulu. Amin...

Istilah Sejarah

Arkeologi: (kaji purba) merupakan satu bidang sains yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan.

Artifak: Barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman.

Monumen: bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting,misalnya tugu.

Fosil: Tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb).

Cari gali:

Gali cari:

Inkuiri:

Manuskrip: Naskhah, buku dll yg mula dibuat (sebelum dicetak) dlm bentuk bertulis tangan atau bertaip.


Sumber:
Diedit daripada
http://prpm.dbp.gov.my

Puisi: Hujan Gerimis

Mata ku tertutup rapat,
Berapa lama ku tak pasti,
Terang sekali pancaran kilat,
Sedia untuk menerkam diri.

Ku di alam mimpi,
Bilakah ku akan tersedar,
Berat terasa menikam diri,
Kesakitan mencucuk-cucuk mengejar.

Pagi ini pagi Isnin,
Pagi yang menyedarkan diriku,
Tiada manusia di kiri kanan,
Hujan gerimis menemani sunyiku.

Friday, November 5, 2010

Hikmah Diam

Biar orang kata kita bodoh bila diam.
Jangan apabila kita berkata, terbukti benar bahawa kita memang bodoh!

Monday, November 1, 2010

Mehat vs Rajawali

Perlawanan Akhir Liga Juara

Istilah BI: goalkeeper, defender, middle, striker, wing, outside, penalty, counter-attack, killer, short kick, couch, referee, out, yellow card.

Istilah BM yang menarik: sayang sekali bola keluar, serangan menarik, gol maut, menggegar palang gol, hanya mampu melihat, tidak boleh berbuat apa-apa, lencongan menarik, terjahan cantik, tandukan kencang,

Kekuatan Pasukan

MEHAT (22)

Penjaga gol: Ibrahim Bey*, Mahmud, Mehmet

Pertahanan: Saleh, Harun, Ismael, Abu Darr*, Carlos Admir*,

Tengah: Abang Johari*, Abu Dujana*, Hassan Din*, Salleh, Sabrossa, Shad, Khairul Faliq*, Khaled Nordin, Omar, Khairul Naim.

Penyerang: Abu Darda*, Harun Syah, Ismail Abu*, Fuji Ono, Ahmed Majid*

Ketua Pasukan: Abu Dujana

Jurulatih: Zulkarnain

Stadium: Min Hat (Kapasiti: 75 000 penonton)

Gelaran: Ikan Keli

Jersey: Pertama (Hitam-Putih), Kedua (Hijau) & Ketiga (Merah)

Kesebelasan Utama: 4-4-2

Penjaga gol: Ibrahim Bey

Pertahanan: Saleh, Ismael (Harun Syah), Carlos Admir, Abu Darr

Tengah: Abang Johari, Abu Dujana, Hassan Din (Khairul Naim), Khairul Faliq

Penyerang: Abu Darda, Ahmed Majeed (Ismail Abu)



RAJAWALI (22)

Penjaga gol: Abdul Rahman, Harun Yahya, Rajj Kumar

Pertahanan: Adam Malik*, Donald Stephen*, Maliki, Haruna, Charis*.

Tengah: Ahmad Dasuki*, Abu Dzar*, Baihaqi*, Mustapha*, Salleh Man*, Irwan,
Mazlan, ‘Ati’ullah, Marwan.

Penyerang: Abu Dhabi*, Jamuli, Bazli, Abu Shah, Benjamin.

Ketua Pasukan: Abu Dzar

Jurulatih: Bart

Stadium: Helang (Kapasiti 80 000 penonton)

Gelaran: Helang

Jersey: Pertama (Hitam-Putih), Kedua (Merah Berbelang) & Ketiga (Kelabu Berbelang)

Kesebelasan Utama: 3-5-2

Penjaga gol: Harun Yahya

Pertahanan: Adam Malik, Donald Stephen, Maliki

Tengah: Ahmad Dasuki, Abu Dzar, Mustapha, Baihaqi, Salleh Man

Penyerang: Abu Dhabi, Benjamin (Abu Shah)

Petunjuk:
(*): Pemain Bintang @ Star Player
Ditebalkan: Pemain kebangsaan
Digaris: Bekas pemain kebangsaan
Pemain asing:-
Mehat: Fuji Ono (Jepun), Sabrossa (Myanmar), Abang Johari (Brunei) & Ahmed Majeed (Brunei)
Rajawali: Baihaqi (Singapura), Donald Stephen (Singapura), Charis (Indonesia) & Benjamin (Singapura).

Rekod Pertembungan
(Untuk 15 Kali yang terakhir)

Mehat menang 10 Seri 5


Komen Ringkas:

Mehat dan Rajawali merupakan dua musuh setempat. Kedua-dua pasukan ini amat menggerunkan pasukan lain. Dalam carta liga, kedua-dua pasukan ini menduduki dua tangga teratas.

Sejak lima tahun kebelakangan ini, pasukan PBM tidak pernah ditewaskan oleh PBR yang merupakan juara terbanyak carta liga. Adakah perlawanan akhir liga juara ini memberikan kelebihan kepada PBR? Tunggulah nanti aksi yang bakal ditunjukkan.

Sinopsis Perlawanan:

Tandukan kencang Abu Dhabi seawal minit ke-3 telah memberikan gol pertama kepada Rajawali. Penjaga gol Mehat, Ibrahim Bey hanya mampu melihat saja bola menerjah jaring. Gol ini diperolehi hasil hantaran cantik kapten, Abu Dzar yang merembat lencong membelah barisan pertahan Mehat tepat ke kepala Dhabi.

Mehat melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan. Gol penyamaan akhirnya diperolehi hasil jaringan penyerang tinggi lampai, Abu Darda. Sepakan kencang dari luar kotak penalti tidak mampu ditampan keluar oleh Harun Yahya. Gol ini telah menceriakan penonton Mehat yang memenuhi sebahagian besar Stadium Nasional yang memuatkan 100 000 penonton.

Perancang tengah Mehat, Abu Dujana telah menjaringkan gol kedua, juga gol kemenangan Mehat melalui rembatan kencang di sisi kanan gol dua minit sebelum rehat babak pertama. Pemain yang menerima bayaran gaji paling tinggi itu memperoleh gol setelah mengelecek dua pertahanan lawan iaitu Adam dan Donald melalui skill hebat selepas menerima lorongan pemain sayap muda kebangsaan, Khairul Faliq.

Bersambung babak kedua, Mehat makin rancak melakukan serangan menyebabkan benteng pertahanan Rajawali bertungkus lumus mengawal asakan. Penjaga gawang Rajawali juga tidak senang duduk. Mustapha juga banyak turun ke bawah bagi membantu pertahanan, meninggalkan posisinya di bahagian tengah. Bahagian tengah benar-benar dikuasai oleh Mehat melalui gandingan Mantap Dujana dan Faliq yang berlegar di sayap kanan telah mengucar-kacirkan barisan tengah Rajawali yang diterajui Dzar.
Rajawali mendapat peluang keemasan pada masa tambahan melalui Abu Shah, namun rembakan kencang penyerang kelahiran PCB itu berjaya ditepis keluar oleh Ibrahim yang kental sekali menjaga gawang. Perlawanan tamat dan Mehat menjuarai kejohanan ini buat kali ke-7.

Statistik Perlawanan

Penguasaan bola: PBM (55%) PBR (45%)
Percubaan tepat: PBM (10) PBR (7)
Percubaan tersasar: PBM (10) PBR (6)
Sepakan Sudut: PBM (5) PBR (5)
Jaringan: PBM (2, Abu Darda, Abu Dujana) PBR (1, Abu Dhabi)
Kad Kuning: PBM (2, Hassan, Darda) PBR (2, Mustapha, Benjamin)
Kad Merah: PBM (0) PBR (0)

p/s: Berusahalah bersungguh-sungguh sebelum menanti hasilnya.



-Tamat-

Nota Cinta itu

Maisara melepaskan lelah dengan meminum minuman berais buatan umi. Penat sekali dia, abah dan adik lelakinya mengangkat barang-barang pindah rumah. Buat pertama kalinya Maisara dan Marzuki, adiknya berada di sini. Tugas abah sebagai seorang anggota polis menyebabkan mereka sekeluarga sering berpindah rumah. Abah jenis orang yag tidak suka tinggal di kuartes menyebabkan mereka sekeluarga menyewa di rumah sewadi taman perumahan. Taman Perumahan Seri Melati, rumah baru Maisara. Pelajar tingkatan 4 itu perlu menyesuaikan diri secepat mungkin dengan persekitaran kawasan perumahan baru.

Maisara hanya tahu abahnya seorang anggota polis tetapi dia tidak pernah melihat abah memakai pakaian seragam polis. “Sesuatu yang amat pelik. Polis jenis apa abah.” Fikir Maisara pelik sekali.

Hidup Maisara sekeluarga amat penuh kasih sayang. Abah dan umi mengambil berat pasal pelajaran dia dan juga adiknya, Marzuki serta adik bongsunya, Mazlan. Walaupun abah jarang berada di rumah, abah sering menghubungi umi bertanyakan khabar keluarga.

SMK Panglima Raja, sekolah baru Maisarah dan Marzuki. Maisara pelajar tingkatan empat masuk dalam aliran kemanusiaan, manakala Marzuki pula belajar di tingkatan dua. Adik bongsu Maisara baru berumur empat tahun.

Kemasukan Maisara dalam kelas 4 SI 2 telah menjadi tumpuan pelajar terutamanya pelajar lelaki. Mungkin terpesona dek kecantikan Maisara. Maisara telah menerima anugerah kecantikan semula jadi daripada Allah sebagai seorang gadis Melayu. Mungkin menerima tempias kecantikan umi dan ditambah kehensomeman abah.

Maisara berasa sedikit kekok berada di dalam kelas yang menempatkan seramai 35 orang pelajar termasuk dirinya itu. Khairul Jamal, ketua kelas manakala Nurul Afzawati pula merupakan penolong kelas. Farisha, Khadeja, Fatimah dan Amirul Arsyad merupakan pengawas sekolah. Izzaty dan Halim memegang jawatan sebagai pengawas perpustakaan. Sedikit sebanyak dia mengenali kawan-kawan sekelas.

Ada sesuatu yang tidak kena dapat dirasakan oleh Maisara. Seakan ada sepasang mata yang sering memerhati dia. Abdul Hakim. Apa kena dengan dia?

“Awak. Sudah berpunya ke? Kalau belum, sudi menjadi girlfriend saya.”

Surat yang diterima Maisara. Nota cinta ini sedikit mengganggu ketenteraman dia. Adakah kerana kecantikan diriku ini telah memerangkap lelaki. Peristiwa sebegini juga yang berlaku di sekolah-sekolahku sebelum ini.

Tidakkah lelaki tahu bahawa kecantikan diriku ini akan hilang suatu hari kelak. Umpama catiknya sekuntum bunga. Selama mana kecantikan bunga itu akan bertahan? Lambat laun pasti akan layu jua.

Kenapa kita perlu melarikan diri daripada berada di jalan yang sepatutnya sebagai seorang pelajar? Kenapa niat kita harus terpesong?

Maisara berasa amat bersalah kerana kehadirannya di sekolah ini telah mengganggu ketenteraman pelajar lelaki.

Umi selalu menasihati diriku.

“Mai..belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan Mai. Usahlah menjalinkan hubungan percintaan di alam persekolahan. Insya Allah nanti ada bahagian untuk Mai. Apabila kita menyebut bahagian, ia adalah hak. Hak kurniaan Allah kepada kita. Tiada seorang pun yang boleh merampas hak yang diberikan oleh Yang Maha pencipta kita.”


Bersambung...

Tragedi Berdarah

Umar hanya mampu membiarkan pukulan hujan tangan dan kaki yang menimpa diri daripada tiga orang musuh ketat. Tidak mahu dia melawan tiga orang pemuda perkasa itu. Bukan kerana takut tapi kerana mahu menjaga hati nenek yang makin dimamah usia dan juga ditimpa penyakit jantung. Umar tidak mahu mengejutkan nenek dengan berita dia memukul dan membelasah orang biarpun dia hanya bertindak untuk mempertahankan diri.

Baju sekolah Umar koyak teruk. Juga terdapat kesan darah yang keluar daripada hidung. Pelajar tingkatan 5 Sains itu teruk sekali diperlakukan oleh Samad and the geng. Tidak mahu dia menunjukkan kehebatan Silat Kuntau Cina yang dipelajari daripada Tok Muda. Silat yang ditonjolkan oleh Samad bukanlah hebat sangat walaupun dia anak guru silat.

Umar membasuh dasar yang keluar daripada hidung di sebatang paip. Baju sekolah yang koyak rabak ditatap lama. Api kemarahannya dipadamkan oleh ingatannya kepada nenek dan juga wuduk yang diambilnya. Tidak ingin lagi dia menyakitkan hati neneknya. Mak Samad selalu mengadu kepada nenek, anak dia dibelasah, anak dia ditumbuk dan anak dia diterajang oleh Umar tapi tiada pula cerita yang anak dia itu mengganggu dan mengejek Umar. Amat tidak adil!

Walaupun sebaya dan tinggal sekampung serta berjiran, Umar dan Samad adalah dua orang musuh ketat. Mereka berdua tidak sama. Umar seorang pelajar yang pintar, manakala Samad pula menghuni kelas yang paling belakang. Umar berwatak positif dan baik hati manakala Samad terkenal dengan watak antagonis. Watak yang menyebabkan orang lain tidak senang hati dengan kehadirannya. Ayam, itik, rambutan dan mempelam orang kampung hilang dan dicuri adalah angkara Samad dan kawan-kawannya.


Bersambung...

Pemuda Beriman

"Seandainya dosa itu dapat dihidu, pastinya tiada seorang pun yang akan berdampingan denganku."

Ahmad Mukhlis muhasabah diri. Ibunya yang teramat tua ditinggalkan sendirian di pondok buruk. Pondok buruk yang tersisih daripada kehidupan kampung. Dia berbuat demikian demi mencari sesuap rezeki yang halal. Dia perlu melaksanakan tugas mencari hasil hutan dengan kadar segera kerana risau akan keselamatan ibu yang amat memerlukan perhatian.

“Ibu! Maafkan Mus.” Kaki pemuda awal 20-an itu pantas bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Di bahunya tergalas kayu-kayu hutan dan juga buah-buahan hutan untuk dibawa ke pondok usangnya. Rezeki kurniaan Allah itu juga adalh untuk keperluannya dan juga ibu. Barang-barang itu nanti akan ditukarkannya dengan wang. Bukan mudah baginya untuk berbuat demikian. Dia terpaksa menempuh jarak yang amat jauh untuk menuju ke pekan. Pekan yang menjadi pusat perniagaan dan pertukaran barangan dengan mata wang. Wang yang diperolehi itu akan digunakan untuk membeli beras dan ikan kering yang saban hari menjadi santapan mereka berdua.

Kini, kuliah di masjid yang jauhnya 15 KM dari pondoknya sudah lama dia tinggalkan. Tinggal bukan kerana benci, tapi kerana beberapa masalah yang menghalangnya berbuat demikian. Emaknya amat memerlukan perhatian dirinya. Rindunya akan masjid membuak-buak di hati. Kini hanya solat Jumaat sahaja yang dia tunaikan di masjid. Selebih, solat lain ditunaikan di pondok kecil itu bersama ibu tuanya. Ibu yang melahirkan dan membesarkannya. Tidak sanggup sekali dia meninggalkan ibunya bersendirian. Nanti tiada sesiapa yang akan menunaikan permintaan ibunya khasnya apabila ibunya mahu melakukan qada’ hajat.

Peristiwa dia ditempatkan di sini amat menyayat hati. Akibat benci dan dendam, dia dan ibu yang menjadi mangsa. “Sememangnya aku tidak memerlukan harta. Cukuplah dengan apa yang telah dikurniakan Tuhan kepada diriku. Ibu masih bersamaku. Ini suatu nikmat yang besar. Maka dengan nikmat ini, aku boleh berbakti kepada ibu seperti mana yang dilakukan oleh pemuda yang hidup pada zaman nabi Musa. Ujian yang menimpa pemuda ini lagi hebat. Menjaga ibu bapanya yang sudah bertukar menjadi babi. Inilah pemuda yang beriman.” Cerita in dia dengar di masjid beberapa bulan lepas. Rindu sekali dia kepada ustaz-ustaz yang menyampaikan syarah. Banyak ilmu yang bermanfaat yang dia perolehi.

Pondok kecil yang usang. Serba daif dan amat menyedihkan keadaannya untuk menempatkan dua orang insan. Ahmad Mukhlis menatap sebiji buku yang dipinjamnya daripada Masjid An-Nur. Pinjaman ini dibuat minggu lepas semasa menghadiri solat Jumaat. Imam masjid amat mengenalinya. Dia seorang pemuda yang suka membaca. Jika dahulu semasa ibunya masih sihat. Dia akan berborak lama dengan iman Wan Muhammad. Imam masjid An-Nur. Berkongsi ilmu. Kini hanya sekejap je yang boleh mereka berdua dibualkan.

“Kenikmatan Syurga”.

Inilah buku yang berada di tangan Ahmad Mukhlis. Buku yang tebal sekali. Banyak ilmu yang bermanfaat terdapat dalam buku itu. Dia bersedia menerokai buku itu lagi. Sudah hampir separuh buku itu telah dibaca.

Buku itu dijaga dengan baik bersama Qur’an dan buku-buku lain miliknya. Buku-buku ini ditempatkan di dalam sebuah kotak bagi mengelakkan daripada rosak. Khasnya apabila turun hujan.

“Bidadari Syurga”

Bergetar diri Ahmad Mukhlis apabila membaca topik ini. Ibunya yang berada di sisi Ahmad Mukhlis memerhatikan penuh gembira anak kesayangannya itu. Anak yang sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk tinggal bersama-sama dengannya.

Gambaran Bidadari Syurga di dalam Al-Qur'an


"Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik."(Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)


"Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya." (Qs. Shaad [38]: 52) 



"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahman [55]: 56) 



"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Qs. Ar-Rahman [55]: 58) 



"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Qs. Ar-Rahman [55]: 70) 



"(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Qs. Ar-Rahman [55]: 72) 



"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahman [55]: 74)



"Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76) 



"mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)



"Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)


"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)

Sabda Nabi:

Sabda Rasulullah s.a.w: (Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya (Hadis Riwayat Tirmizi)

Inilah kurniaan Allah kepada orang yang beriman iaitu orang yang melaksanakan perintah Allah dan orang yang meninggalkan larangan Allah.
Orang seperti inilah yang akan menikmati keindahan Syurga.

Sesungguhnya nikmat Syurga tidak pernah terbayang oleh fikiran manusia.

Mengalir laju air mata Ahmad Mukhlis apabila selesai membaca cerita Bidadari Syurga itu. Aku tidak layak! Sama sekali tidak layak!

-----

Kematian ibu telah menyentak sama sekali diri Ahmad Mukhlis. Dia benar-benar terasa kehilangan orang yang dia sayangi. Ibu yang bertanggungjawab membesarkan dirinya telah kembali menemui Ilahi. Semoga ibu ditempatkan dalam kalangan orang yang bertakwa. Doa Ahmad Mukhlisin.

Kenangan ketika bersama ibu terimbau satu persatu. Terasa pengorbanan ibu tidak terbalas olehnya. Maafkan Mus ibu! Maafkan Mus!.
Jenazah ibu telah diuruskan dengan sebaik mungkin. Selepas solat zuhur, jenazah ibu selamat dikebumikan. Suasana redut tanpa hujan mengiringi persemandian ibu tercinta. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ibu. Diriku terima ketentuan Allah ini. Aku yakin ada hikmah di sebaliknya. Sememangnya aku bersedih dengan pemergian ibu. Kesedihanku sama sekali tidak menentang qada dan qadar Allah.

-----

Kesunyian telah melanda diri Ahmad Mukhlisin. Walau bagaimanapun, kehidupan diteruskan seperti biasa. Dia masih lagi memungut hasil-hasil hutan seperti rotan, kayu-kayu, dan buah-buahan hutan di samping memburu haiwan seperti ayam hutan dan puyuh hutan.

Ahmad Mukhlisin menyusuri sungai setelah penat mencari bekalan. Dia bersiap untuk menyejukkan badan yang telah begitu penat bekerja. Sebelum dia turun ke dalam sungai dirinya terkejut sekali kerana terpandang seorang perempuan yang terdampar di tebing sungai yang berpasir. Dia tahu apa yang telah terjadi kepada gadis itu. Mungkin gadis ini telah dihanyutkan ke sini. Dia perlu segera menyelamatkan wanita itu.

Tanpa berlengah Ahmad Mukhlis pantas membelah arus sungai menuju ke seberang bagi melihat secara lebih dekat apa yang sebenarnya telah terjadi kepada gadis itu. Pantas sekali dia merentasi arus sungai yang deras itu. Arus sungai yang deras seakan-akan tidak dapat menghanyutkan dirinya. Dia amat mahir tentang sungai dan juga hutan. Dirinya sudah biasa dengan kehidupan hutan.

Gadis di hadapannya seolah-olah bernyawa ikan. Hampir-hampir menghembuskan nafas. Ahmad Mukhlis menggunakan kemahirannya menyedut air keluar daripada mulut gadis itu. Berjaya tindakannya itu. Banyak air telah dimuntahkan oleh gadis jelita itu. Cantik sekali wanita itu walaupun mukanya pucat.

“Aku harus membawanya pulang ke pondok ku.” Ahmad Mukhlis bersuara perlahan.
Gadis cantik itu masih pengsan. Ahmad Mukhlis memikul gadis itu untuk dibawa pulang ke pondoknya. Gadis itu perlu dielakkan daripada terus menerus menerima kesejukan.

Di pondok kecil milik Ahmad Mukhlis. Gadis itu diletakkan berhampiran unggul api. Badan gadis itu sedikit hangat. Tangannya mula bergerak-gerak. Ahmad Mukhlis menjarakkan diri daripad gadis itu. Tidak mahu dia, gadis cantk itu terkejut nanti.

Gadis itu sudah mula bangkit perlahan. Esakan keluar daripada mulutnya. Ir mata bercucuran jatuh. Ahmad Mukhlis yang melihat gadis itu dari jauh datang untuk menenangkan diri gadis tersebut. Kasihan sekali dia melihat keadaan gadis itu.

“Awak!” Tegur Ahmad Mukhlisin.

“Eh. Assalamualaikum awak.”

Gadis tersebut tidak menjawab salam. Dia terkejut sekali. Terkejut kerana tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri di hadapannya.

“Siapa awak?”

“Jangan menghampiri saya.”

“Tolong jangan menghampiri saya.” Gadis itu merayu.

“Baik-baik. Saya tak menghampiri awak.”

“Tapi awak jangan terus menangis. Insya Allah awak akan selamat di sini.” Pemuda itu memberi jaminan. Menjadi kewajipan bagi diri Ahmad Mukhlis untuk melindungi tetamunya itu. Tetamu asing yang dibawanya dari tebing sungai.
Siapa awak?” Gadis itu bertanya sekali lagi dalam keadaan takut-takut.

“Saya Ahmad Mukhlis. Pemilik pondok ini. Saya yang membawa awak ke sini. Saya jumpa awak terdampar di tebing sungai. Saya yakin awak telah lemas. Alhamdulillah kerana Allah telah menyelamatkan awak.”

“Awak tinggal berapa orang di sini?” Gadis itu terus menyoal.

“Seorang diri je.” Insya Allah awak akan selamat di sini. Jangan takut. Saya bukan penjahat.” Ahmad Mukhlis menerangkan agar gadis cantik itu tidak berasa takut.

“Awak ada buat apa-apa kat saya?” Gadis itu melihat satu persatu pakaian yang melekat di tubuhnya. Masih tertutup kemas.
Ahmad mukhlis tersenyum mendengar dan melihat kelakuan gadis itu. “Macam la aku ni jahat sangat.” Fikir Ahmad Mukhlis. Sayang ku kepada gadis ini tidak ubah seperti sayang ku kepada ibu. Sebagai mana aku menjaga ibu di sini sebelum ini, sebegitu juga aku akan menjaga gadis ini sekiranya dia masih berada di pondok ku untuk perlindungan.

“Saya sebenarnya telah dikejar oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah itu cuba membunuh saya kerana saya telah menjadi saksi kejahatan mereka. Saya tidak mampu untuk melarikan diri lagi sehingga perlu terjun ke dalam sungai yang deras arusnya. Saya tak pasti sama ada penjenayah itu masih menjejaki saya atau sebaliknya.” Gadis itu menceritakan apa yang telah menimpanya supaya pemuda di hadapannya itu dapat berjaga-jaga. Apatah lagi bila bertembung dengan sekumpulan penjenayah itu, mudah pemuda itu menyelamatkan diri.

“Oo..macam tu ceritanya. Saya ingatkan awak dari mana sehingga hanyut sebegitu jauh hingga ke sini.” Insya Allah saya akan membawa awak keluar nanti.
Terbit senyuman gembira pada wajah gadis itu. Amat menawan sekali. Ahmad Mukhlis mengalihkan pandangannya agar imam mudanya tidak tergoncang. Cantik gadis ini pasti tidak dapat menandingi kecantikan bidadari Syurga. Fikir Ahmad Mukhlis.

“Nama saya Ainul Mardhiah. Awak boleh panggil Ainul je.” Nama awak siapa. Makin peramah gadis itu.
Terkejut sekali Ahmad Mukhlis mendengar nama gadis itu. Nama yang baru sahaja ditemuinya dalam buku yang dibacanya. “Itu nama bidadari Syurga.” Ahmad Mukhlis mengembalikan semula ingatannya kepada buku yang dipinjamnya daripada Imam Wan Muhammad.

“Apa?” Perkataan ini yang keluar daripada mulut Ahmad Mukhlis.

“Ainul Mardhiah?”..nama bidadari Syurga. Ucap Ahmad Mukhlis.
Pelik sekali wanita itu melihat reaksi Ahmad Mukhlis. Dia tidak berkata apa-apa.

“Saya..Ahmad Mukhlis. Awak boleh panggil Mus.” Jelas Ahmd Mukhlis.

“Awak. Saya nak tidur ni. Boleh kan?” tutur gadis itu.

“Boleh..sila.”

“Awak tidur di atas tilam di dalam.” Ahmad Mukhlis berkata tanpa melihat Ainul. Dia begitu menjaga pandangannya. Situasi ini disedari oleh Ainul Mardhiah.

“Baik. Saya tidur dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.”

Wa’alaikumusalam.”


Bersambung...

Anak Solehah

“Nama ana Hurul ‘Aini. Hurul ‘Aini binti Muhammad.”

“Hurul ‘Aini maksudnya ‘Bidadari Syurga’. Hebatkan? Hehe.”

“Tapi diri ana ini bukanlah boleh menandingi Bidadari Syurga. Siapalah diri ana ini kan?”

“Keluarga memanggil ana ‘Ain’ di rumah manakala kawan-kawan di kolej pula biasa memanggil nama ana ‘Hurul’.”

“Umur? Mm..baru 19 tahun. Muda lagi ea?”

“Ana merupakan seorang pelajar Darul Qur’an, Kuala Kubu Bharu. Ambil Diplama Tahfiz al-Qur’an.”

“Sebelum ini ana belajar di Mahaad negeri Pantai Timur, walaupun ana sebenarnya bukan orang Pantai Timur. Keluarga yang menghantar ana ke sana untuk belajar mendalami ilmu agama di sana.”

“Bebas daripada pengaruh negatif berbanding di kota besar ini.” Kata-kata papa ana suatu masa dahulu.

“Papa ana, Muhammad Salleh, seorang doktor perubatan. Lulusan USM. Kini bertugas di hospital tempat dia belajar dahulu, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.”

“Mama ana pula, Zulaikha, seorang guru dan mengajar di Maahad Muhammadi (Perempuan), antara sekolah agama yang paling gah di Kelantan. Tempat lahirnya pelajar yang benar-benar mantap. Pelajar yang terdidik dengan ilmu agama yang sempurna.”

“Adik-beradik ana seramai 5 orang, dan ana anak ketiga, juga anak perempuan tunggal. Sedih kan? Tapi tak mengapalah. Sudah ketentuan Allah. Ana redha. Adik-beradik ana semuanya baik. Masak benar ana dengan perangai mereka. Mentang-mentang lah diri ana kesunyian di rumah, ada saja gurauan mereka. Mm..Sunyi kerana tiada kawan perempuan. Mama je yang menjadi kawan perempuan ana di rumah.”

“Ahmad Mukhlis. Abang sulung ana. Juga seorang doktor. Mengikut jejak langkah papa. Kini bekerja di Hospital Selayang. Peramah dan penyayang orangnya. Juga tidak kedekut. Buktinya banyak bagi duit kepada ana. Hehe. Nanti abang long tengok ana puji dirinya ni, pasti akan bertambah duit dia bagi kat ana. Huhu. Gurau je, jangan marah abang long.”

"Tapi yang peliknya. Abang long ni tak kahwin-kahwin lagi. Sudah lama ana mengidam nak seorang kakak ipar. Sabar je menunggunya. Insya Allah, semoga Allah mempermudahkan jodoh abang long ana. Mm..tak ade ke Muslimah kat luar sana nak merisik abang ana ni? Hensem tau! tambah dengan sifatnya yang baik lagi. Haa..ana dah promote ni, mai cepat-cepat. Silap hari bulan, boleh penampar Jepun percuma diri ana ni. Na'uzubillah."

“Mm..masuk cerita abang kedua ana pulak. Nama abang ana yang ini ‘Ahmad Qasim’. Nak kutuk apa ea?” Abang ana yang ni lah paling rapat dengan ana. Suka benar dia menyakat diri ana. Lagi ana marah, lagilah di main-mainkan ana. Geram ana tau. Tapi sayangnya, hidup ana bersama dia tidak kekal lama. Berpisah sementara. Kini dia berada di Mesir, Universiti Tanta. Belajar jurusan agama. Nak tengok dia balik setahun sekali pun susah. Sibuk sangat mengejar ilmu.

“Abang Ngah. Hurul sayang padamu.”

Masuk bab adik ana pula..dua orang, Ahmad Mustaqim dan Ahmad Baihaqi. 17 dan 15 tahun umur mereka. Ahmad Mustakim kini belajar di Mahaad Tahfiz Sains Tanah Merah manakala adik bongsu ana pula belajar di Machang. Lupa pulak nama tempatnya. Insya Allah lain kali ana beritahu.

Kembali kepada riwayat hidup ana..

"Tugas besar sebahagian diari harian hidup ana adalah menghafal al-Qur’an. Ini merupakan pengkhususan ana. Dari mula celik mata hingga nak tutup mata balik, al-Qur’an lah yang menjadi santapan ana. Al maklumlah kena hafal 30 juzuk dalam masa 3 tahun di sini. Kini berapa juzuk je baru diri ana hafal. Mm..sikit je..tak perlu bagitau. Malulah ana nanti. Janganlah sedih ea."

“Mm..ana memang seronok belajar di Darul Qur’an, ramai sahabat dari negeri yang berlainan. Tapi, biasa la, pelajar yang paling ramai di sini ialah dari negeri Kelantan. Negeri Serambi Makkah.”

“Diri ana biasa balik ke Kuala Lumpur, dengan menaiki train di Kuala Kubu Bharu melintasi Tanjung Malim, tempat lahirnya sang murabbi. Kawan-kawanku juga ramai yang melanjutkan pelajaran di Tanjung Malim di peringkat ijazah. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam.”
Di Kuala Lumpur, abang long ana yang akan jemput balik ke rumah papa di Sentul.

Ujian

“Ni nak cerita ujian yang ana hadapi. Amat perit sekali rasanya. Bukan ujian biasa ni. Juga bukan ujian peperiksaan. Tapi ujian daripada ar-rijal. Berat sekali diri ana untuk memikulnya. Pemuda ini begitu menagih cinta daripada ana. Sudah banyak kali ana katakan ‘janganlah menagih cinta ana, carilah cinta Allah’. Tapi tak nak dengar juga. Keras sekali hati dia. Pemuda ini menuntut di SIUE (Sultan Idris University of Education). Nama pemuda itu Zainal Yusof. Nama sebenarnya ana lupa la. Tak sempat nak hafal. Sorry ea.

“Mula-mula ana kenal dia semasa di dalam train. Sama-sama nak ke Kuala Lumpur. Macam mana perihal ana boleh berhubung dengan dia hingga sekarang tak tau. Susah nak cerita balik.”

“Tapi tak apalah, sudah suratan takdir kan. Maka kenal lah kami berdua.”

“Ana ingat dia biasa-biasa je, tapi sebaliknya yang sebenar. Dia menaruh hati pada ana.”

“Buktinya?”

“Tengok ni.”

‘Awak! Apa khabar? Saya cintakan awak. Boleh kita jumpa tak?’

“Ni mesej yang ana terima. Mesej pertama. Mesej yang seterusnya. Oh lagi la dahsyat. Malas ana nak tunjuk.”

“Berdenyut kencang jantung ana apabila setiap kali menerima mesej sebegini.”

“Nasib baik umur ana masih panjang”

“Tapi ana tak balas mesej dia. Dia call pun ana tak jawab. Mesej dengan ayat-ayat peringatan daripada Allah adalah. Supaya dilembutkan hati pemuda ini. Insya Allah.”

“Takut ana tau dengan perangai dia.”

“Macam mana ea ana nak buat”

-----

Alhamdulilllah.

“Sudah lama ana tak menerima mesej daripada pemuda ini. Mungkin dia sudah berubah kot.”

Tapi..masa ana nak balik ke Kuala Kubu Bharu dua bulan lepas. Alamak!!

“Ana jumpa balik dengan pemuda itu. Ana ingat peristiwa dulu akan kembali lagi. Ana ingat dia akan datang menghampiri ana untuk meluahkan perasaan cintanya lagi. Walau bagaimanapun, sebaliknya yang terjadi. Dia hanya melihat ana sekali saja. Mungkin tidak sengaja. Masa tu juga ana tengok dia. Jadi bertembung lah kedua-dua mata ana dan dia. Tapi yang peliknya lepas tu dia dah tak tengok diri ana. Ana yang tengok dia pulak ada lah. Hehe. Ana tengok untuk jaga-jaga. Senang nak lari nanti kalau dia datang menghampiri ana. Huhu..jahat ana kan? Jangan la Su’ulzhon ea.”

“Perubahan paradigma. Bagus lah. Mungkin dia dalam proses mensolehkan diri. Ana bersyukur kepada-Mu ya Allah.”

“Masa dia turun di stesen Tanjung Malim pun dia tak toleh kepada ana. Sungguh menakjubkan. Yang ana pasti di tangan pemuda itu ada al-Qur’an terjemahan. Anak tahu sebab ana pun memiliki al-Qur’an seperti itu.”

“Ana tidak ingin menjadi punca kepada kebinasaan pemuda itu. Jadi sebab itu lah ana tidak melayan kerenahnya suatu masa dahulu.”

“Ana pun manusia biasa. Ada nafsu dan ada perasaan, tapi kenalah pandai mengawalnya. Ana ingin sangat menjadi anak solehah. Anak yang membuatkan keluarga gembira dengan kehadiran ana.”

“Ya Allah! Hindarilah pemuda itu daripada fitnah wanita seperti diriku ini. Dekatkanlah pemuda itu dengan rahmat-Mu.”

“Semenjak dari itu. Ana tak pernah lagi berjumpa dengan pemuda itu. Nombor telefon pemuda itu pun sudah ana delete. Pemuda itu pun mungkin berbuat demikian juga. Semoga Allah memelihara dirinya. Amin.”



-tamat-