Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Saturday, December 17, 2011

Mulia

Kita yang selalu ke surau tidak semestinya lebih mulia daripada seorang pendosa sekiranya dia bertaubat..

Tuesday, November 1, 2011

Susu ibu & ibu susuan

Betapa bernilainya susu ibu sehinggakan bayi yang dilahirkan dalam keluarga lain & meminum susu itu sehingga kenyang menjadikannya taraf "anak susuan" dan menjadi mahram kepada ahli keluarga ibu susuan.


P/s: Anak yang derhaka kepada ibunya bukan sahaja tidak dapat memasuki Syurga, bahkan untuk menghidu bau Syurga pun tak dapat.


Sumber:
Ust. Taib Azamuddin
Taman Bernam
06 Zulhijjah 1432: 9.00 p.m

Sunday, October 30, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Tegas Mempertahankan Maruah

Antara ciri lelaki soleh ialah tegas dalam mempertahankan maruah diri dengan:

-tidak melakukan perkara mungkar
-tidak mengungjungi tempat maksiat
-bijak menghadapi manusia yang tidak berakhlak terhadap dirinya

Friday, September 2, 2011

Sujud Syukur


DEFINASI

Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.

Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.

Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam

Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

Monday, August 29, 2011

Rahmat Allah mendahului kemurkaan-Nya

Rahmat = Kasih Sayang




"...Dan rahmatKu meliputi segala  sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi..." (QS. al-A'raf: 156, 157)

Saturday, August 13, 2011

Jizyah & Zakat

Pelajarku: Cikgu, boleh saya tanya cikgu satu soalan (kata pelajarku sambil mengangkat tangan). Baki pelajarku 16 orang lagi bertindak sebagai pemerhati.

Diriku: Ea Ezra. Sila.

Pelajarku: (Berdiri) Kenapa Islam zalim cikgu. Pemerintah Islam masa zaman Khulafa ar-Rasyidin turut zalim cikgu. (Pelajarku yang beragama Kristian ini diam seketika setelah mengeluarkan kata-kata ini. Pelajar lain seolah terpinga-pinga)

Diriku: Ea ke Ezra? Cecita-cecita (aku mengeluarkan ayat yang menjadi mainan pelajarku di dalam kelas). Pelajarku yang lain mengukir senyuman, kembali menceriakan suasana tingkatan 4 Pintar yang redup seketika.

Pelajarku: Macam ni cikgu. Kenapa orang bukan Islam pada zaman Khulafa ar-Rasyidin dikenakan cukai yang dinamakan Jizyah. Orang Islam tak kena pun. Kan ini tak adil dan zalim cikgu.

Diriku: Oo. Macam tu rupanya. Terima kasih Ezra. Soalan yang baik. Cikgu suka awak tanya soalan ni.

Pelajarku: Kenapa cikgu?

Diriku: Mm..dengar baik-baik. Pelajar lain semua dengar ea? "Islam Zalim?" "Pemerintah Islam zalim?" Betul ke? Mm..sebenarnya begini. Memang Jizyah dikenakan kepada orang bukan Islam, dan orang Islam pula tidak dikenakan bayaran ini. Hal ini tidak bermakna Islam itu zalim. Zakat? Orang Islam dikenakan bayaran zakat. Zakat harta  dan zakat fitrah dikenakan kepada orang Islam, manakala orang bukan Islam tidak dikenakan bayaran ini. Jizyah dan zakat, kedua-duanya merupakan bayaran kan?

Semua pelajarku termasuk Ezra: Ea cikgu. Kedua-duanya adalah bayaran. Cuma istilah yang berbeza.

Diriku: Di mana zalimnya Islam dan pemerintah Islam? (Diriku mengeluarkan senyuman). Dan bayaran yang diterima ini turut digunakan untuk membantu masyarakat di dalam wilayah Islam sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam. Faham?

Semua pelajarku: Faham cikgu.

Diriku: Baik, bagus. Ada apa-apa lagi soalan.

Semua pelajarku: Tak ada cikgu.

Diriku: Baik, kita teruskan pelajaran mengenai sumbangan empat orang Khulafa Ar-Rasyidin.

Seronok mengajar Sejarah Islam kepada pelajar-pelajarku yang 71 % bukan beragama Islam..

Wednesday, July 6, 2011

Berakhlak dengan akhlak Islam

Kehidupan aku berubah 120 peratus. Jika sebelum ini aku hidup dalam keadaan senang berbumbungkan rumah mewah papaku, sebaliknya tidak untuk kini. Aku dicampak ke kawasan terpencil untuk menjadi seorang guru. 

Aku satu-satunya guru Melayu dan Islam yang ditempatkan di sekolah dalam kawasan pendalaman negeri di bawah bayu ini. Guru lain dan pelajar boleh dikatakan hampir 100 peratus beragama Kristian. Walau bagaimanapun, situasi ini tidak menghalangku untuk berakhlak dengan akhlak Islam.

Aku baik dengan guru-guru lain termasuklah guru besar yang dilihat amat kuat pegangan agama Kristiannya. Bernard Bent, guru besar di sekolahku. Dia biasa berkongsi denganku mengenai ilmu agama Kristian. Mungkin harapannya supaya aku tertarik dengan agama Kristian dan memeluk agama ini. Aku tidak menyalahkan guru besar dan sama sekali aku tidak rimas dengan kehadiran guru besar di sisiku. Hal ini kerana 'keyakinan" dia kepada agama Kristian. Dia yakin bahawa agama Kristian itu betul. Sama juga dengan diriku yang yakin bahawa agama Islam itu betul.

"Perkara yang cikgu yakin bahawa ia benar-benar betul dan orang lain tidak mengikutnya sebaliknya mengikut perkara lain. Adakah cikgu akan menyembunyikannya?"

Tuturku pada suatu masa kepada guru besar.

"Sepatutnya menegur dengan berhikmah." Balas guru besar.

"Begitulah keyakinan saya terhadap Islam." Sambungku.


Bersambung...

Saturday, May 7, 2011

Aku dan perempuan itu

Amat susah apabila berhadapan dengan orang yang hanya semata-mata menggunakan logik akal.

Untuk berhadapan dengan orang sebegini juga memerlukan kita berfikir menggunakan logik akal.

"Logik akal vs Logik akal"


Aku: Saudari, kamu Islam?

Perempuan itu: Eya, saya seorang Islam.

Aku: Tapi, kenapa kamu tidak berakhlak dengan akhlak Islam? Kenapa kamu tidak berpakaian seperti mana suruhan Islam?

Perempuan itu: Ikut suka saya laa. Saya hanya Islam atas nama je. Lagi pun saya lihat Islam tu kolot, menyekat kebebasan dan macam-macam lagi...

Aku: Astaghfirullahalazim. Kamu percaya kepada Tuhan?

Perempuan itu: Entahlah.. Mm Tuhan tak adil kan? Kenapa Tuhan jadikan Neraka. Kalau hanya jadikan Syurga je kan senang... Biar semua orang masuk Syurga. Saya akan masuk ke Syurga. Begitu juga dengan awak.

Aku: (berfikir sejenak) Awak rela kalau orang macam saya rogol dan bunuh awak?

Perempuan itu: Kenapa nak rela....? Siapa yang nak kejadian macam tu.

Aku: Awak kan setuju Neraka itu tak ada dan hanya Syurga je yang ada. Kalau macam tu, saya boleh rogol dan bunuh awak. Selepas saya rogol dan bunuh awak, pasti kita jumpa balik di Syurga. Apa nak kisah? Neraka kan tak ada...

Perempuan itu: Mana adil begitu. Kesian saya nanti.

Aku: Tuhan atau orang macam awak sebenarnya yang tak adil?

Perempuan itu. (tertunduk) Mengalir air mata...


Aku: Kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah kepada agama kita. Sesungguhnya ilmu kita amat sedikit. Pengetahuan Allah jua yang meliputi segala sesuatu.




p/s: Adil: meletakkan sesuatu pada tempatnya



5 Jamadil Akhir 1432 (Ahad)


Thursday, May 5, 2011

Serangan Ganas...!!

Serangan syaitan

Antara janji syaitan.

"...pasti aku akan selalu menghalangi mereka daripada jalan-Mu yang lurus. Kemudian pasti aku akan menghalangi mereka dari DEPAN, dari BELAKANG, dari KANAN, dan dari KIRI mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur." (7: 16-17)

p/s: syaitan & sekutunya sesekali tidak akan tenang apabila melihat kita berpegang pada tali Allah



3 Jamadil Akhir 1432 @ 6.5.11 (Jumaat)

Wednesday, May 4, 2011

Nasihat dengan perkataan yang berhikmah

Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah juga.






2 Jamadil Akhir 1432 @ 5.5.11 (Khamis)

Monday, April 11, 2011

Malumu bernilai, katamu berhikmah..

Assalamualaikum..

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Kita tahu tak?

Sayang Allah kepada hamba-Nya melebihi sayang seorang ibu kepada bayinya.

Jadi, apakah benda yang telah kita buat bagi membalas kasih-sayang Allah ini?




Saturday, March 19, 2011

Tazkirah Ringkas

Auzubillahiminasyaitanirrajim...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia yang semetara ini. Sesungguhnya akhirat jua yang kekal.

Marilah kita sama-sama menggunakan kesempatan hidup di dunia ini untuk meraih cinta Allah.

"...Sesungguhnya orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah..." (2:165)

Amat menghairankan sekali, cinta manusia juga yang amat kita kejari berbanding cinta Allah..

Perempuan mendambakan cinta lelaki manakala lelaki begitu mendambakan cinta perempuan.

Adakah hal ini betul?

Tidak dinafikan bahawa lelaki dan wanita saling melengkapi. Namun, berpada-padalah kita. Lelaki sebagai suami perlu mengajak diri dan isterinya cinta kepada Allah serta mereka bercinta juga kerana Allah. Dan apabila dikurniakan cahaya mata, maka didiklah anak-anak supaya mencintai Allah.

Maka, Insya Allah dengan ini akan wujud istilah 'rumahku syurgaku'.

Sekian..

p/s: Berakhlaklah dengan akhlak Islam.


Wednesday, February 23, 2011

Allah mencintai orang yang bertaubat

“Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha...” (At-Tahrim: 8). 

Monday, February 21, 2011

3: Ummiku Sayang


Darul ‘Aqiq

Matahari sedikit redup menyembunyikan sinar cahaya. Awan mendung mula berarak perlahan. Angin mula bertiup liar menerbangkan sampah sarap berupa dedaun kayu. Awan menanti masa sahaja menunggu kelahiran kandungan. Akhirnya turun hujan gerimis. Menitis halus menerjah bumbung hijau. Di bawah bumbung hijau itu terdapat dua orang penghuni berwatak ibu dan anak.

“Iz, umi nak bincang sesuatu dengan Iz.”

“Ea Umi, nak bincang pasal apa umi? “ lembut ucap Faiz melayan Umi nya walaupun pada masa itu tangannya sibuk menaip note NB305 demi menghabiskan tulisan blog untuk dibuat perkongsian ilmu.

“Umi nak Iz kahwin.” Mendatar Uminya berkata. Diam seketika. Siti Musalmah sedia melihat reaksi anaknya.

Apa Umi?“ Dengan nada yang agak terkejut Faiz berkata, tanpa menyedari kata-katanya sedikit kuat yang kedengarannya hampir memenuhi separuh  ruang tamu rumah banglo dua tingkat mewah milik abinya.
 Faiz seolah-olah tidak mendengar suara Umi nya. Walaupun sebalik itu sebenarnya yang berlaku.

“Dah tua ke aku ni?” Cetus hati kecilnya.

“Dah sampai kena kahwin, calon pun tak ade lagi.”

“Er er..iya Umi nak Iz kahwin. Umi dah ada calon untuk Iz, Iz jangan risau.”

Siti Musalmah tahu bahawa anak kesayangannya itu tiada buah hati, tiada awek, tiada perempuan yang bergelar 'girl friend' kerana terlalu asyik belajar, mengejar cita-cita dan berkawan. Faiz memang sibuk dalam bidang pengajiannya. Kawan-kawan Faiz boleh dikatakan semuanya baik-baik. Hal  ini dilihat semasa kawan-kawan Faiz berkunjung ke rumahnya. Sopan dan ramah. Masih ingat di ingatan nama-nama seperti Zaim, al-Hafiz, Marwan dan ramai lagi. Pasti sejuk hati ibu bapa masing-masing memiliki anak-anak seperti mereka.

“Umii”..dengan gaya yang manja, Faiz merapatkan tubuhnya  ke arah umi nya. Notenya diletakkan di tepi.  Tangan Umi nya diramas penuh kasih sayang.

“Iz kan masih muda, banyak perkara lagi yang perlu Iz belajar.”

“Umi yakin dengan ilmu yang Iz ada.”

“Dah cukup syarat untuk membimbing seorang isteri.”

“Lagi pun, Iz tahu kan? Umi risau dengan suasana sekarang ni. Cuba Iz tengok di luar sana? Banyak cabaran kepada anak-anak muda. Apatah lagi ramai wanita  di luar sana yang tak dijaga dengan baik oleh ibu bapa sebagai mana sabda nabi.”

“Betul kata Umi.” Perlahan Faiz berkata tetapi sempat disambut oleh telinga Uminya.
 Faiz teringatkan  sabda nabi yang bersungguh-sungguh mengharapkan umat Islam menjaga kaum yang lemah iaitu “wanita”. Apabila wanita tidak dijaga dengan sempurna, lahirlah bermacam bala bencana.

“Umi dah ada calonnya.” Ulang Umi lagi.

“Cantik dan berakhlak mulia.”

Insya Allah agamanya juga baik.”

“Siapa dia Umi?”

“Syima”  nama penuhnya “Nursyima  binti Zainul Abidin”. Dia tinggal di kampung sebelah. Bapanya seorang imam. Imam Masjid Kampung Batu Mas.

“Faiz kenal kan?  Imam Zainul Abidin.” Iman tu selalu datang bagi kuliah kat taman kita. Umi kenal Syima di situlah, siap dengan emaknya sekali Mak Cik Fatimah.

“Hampir terbeliak mata Faiz.”

Kenal sungguh dia dengan Imam Zainul yang sering memberi  kuliah di merata tempat. Walaupun dia kurang bersua dengan Imam yang berusia hampir separuh abad itu disebabkan dia jarang berada di rumah kerana pelajarannya di UIA, kampus Kuantan.

Dia balik sekejap pun pada hujung minggu demi menjenguk Uminya.

“Iz  kenal,”

“Tapi,  mungkin Imam Zainul tak kenal Iz.”  Siapa lah Iz ni kan Umi?

“Tiada kesempatan Iz nak bersembang dengannya. Jumpa pun kejap. Tak sempat nak taaruf.“
Semua kerana kesibukan.

“Tak sangka pula Imam Zainul ada anak perempuan.”

“Kalau macam tu, tak dapat Iz nak sangkal agama milik anak gadisnya.” Faiz mempercayai hasil didikan Imam Zainul. Ilmu yang dicurahkan oleh dia amat mantap. Cara penyampaiannya sangat beraura. Boleh melekat sekurang-kurangnya seminggu ilmu di ingatan bagi hadirin yang datang mendengar kuliahnya. Apatah lagi anak dia yang mungkin hari-hari menerima didikannya. Lagilah melekat.

“Dengar  nama Imam Zainul saja pun sudah sejuk hati.”

“Belum dengar bacaan solatnya semasa menjadi Imam lagi, pasti  mengalir air mata atau bergetar jiwa.”

“Layak kah aku menjadi menantunya nanti.” Fikir Faiz. Membayangkan betapa kerdilnya diri.

“Umi Umi?? Layak kah Iz untuk anak Imam besar tu Umi.”

“Iz ni kan serba kurang.”  Faiz merendahkan diri.

Memang sifatnya tidak suka berbangga-bangga. Walaupun memiliki rumah yang besar, kereta berderet di garaj dan duit yang banyak. Semua itu tidak melemaskannya.

“Itu semua bukan milik aku. Tapi, milik abi ku. Tak layak untuk aku membangga-banggakannya. Lagi pun semua itu boleh hilang dengan sekelip mata. Dengan izin Allah.” Monolog dalaman Faiz suatu masa dahulu.

"Iz memang layak, 'Muhammad Faiz bin Tuan  Muhammad Amir al-Farisi' anak Umi memang layak dengan anak Imam tu. Anak Umi kan baik, tak tinggal solat, hormati Umi, hafiz Qur’an, peramah, bakal seorang doktor dan “handsome” lagi. Macam abinya.

“Ada-ada la Umi ni”..rungut manja Faiz.

Faiz tersenyum mendengar kata-kata pujian Uminya itu. Dia terus merangkul leher Uminya.  Pelukannya dikemaskan.

Hinggap juga beberapa ciuman seorang anak di pipi Umi yang disayangi.
Ciuman itu juga ciuman yang halal. Dapat mengumpul pahala yang besar lagi. Lebih baik daripada sentuhan dan ciuman seorang lelaki kepada seorang yang bernama perempuan ajnabi. Yang pasti  haram.

Bergomolan dengan babi lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan muhrim.

Umi satu–satunya darah daging yang ada di Malaysia. Abinya telah lama pergi menemui Ilahi. Pergi semasa melaksanakan ibadah haji dua tahun lepas. Abinya meninggalkan harta kekayaan yang begitu banyak, syarikat perniagaan yang besar, termasuk rumah mewah yang didudukinya sekarang.

Abinya terlibat dengan perniagaan minyak, perhotelan, projek perumahan, rumah sewa, dan perdagangan antarabangsa yang melibatkan penjualan makanan halal. Harta yang ditinggalkan berjumlah jutaan ringgit. Syarikat diuruskan oleh orang kepercayaan Almarhum di bawah tinjauan Umi. Untung tahunan daripada kesemua syarikat amat besar. Duit yang masuk ke dalam akaun Faiz dan Adli setiap bulan sahaja masing-masing berjumlah puluhan ribu ringgit. Begitu juga dalam akaun Umi. Syarikat perhotelan “Maju Jaya” di atas nama Adli, manakala syarikat perumahan dan rumah sewa “Sinar Jaya” di atas nama Faiz. Syarikat-syarikat lain berada di bawah umi mereka.

Walau bagaimanapun, kemewahan ini tidak digunakan untuk bermegah-megah, sebaliknya digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan menolong insan-insan yang memerlukan pertolongan.

Faiz hanya memakai kereta buatan tempatan “Viva” yang digunakan untuk belajar di UIAM, manakala adiknya di Mesir lagi zuhud, tidak memiliki sebarang kenderaan, hanya menggunakan pengangkutan awam dan tinggal di rumah sewa biasa bersama teman-teman. Faiz tahu kerana dia pernah melawat dan melihat sendiri adiknya di sana.

Faiz kagum dengan  adiknya yang pintar, hafiz Qur’an, fasih bahasa Arabnya, alim ilmu fiqh, sirah, tasawur, kuat ingatan dan pandai berhujah.

Adiknya juga meminati bidang perubatan cuma bidang yang berbeza dengan dirinya. Adiknya lebih kepada Kepakaran Otak, manakala dirinya doktor dalam bidang biasa iaitu Ortopedik.

“Beginilah acuan yang dilahirkan oleh Maahad Tahfiz Sains” Fikirnya terkenangkan adiknya.

Lupa akan dirinya, juga aliran Maahad Tahfiz Sains. Sekolah sama dengan adiknya.

Memang dia kurang nampak kebaikan dirinya. Hanya kebaikan orang lain yang dilihatnya. Ini semua hasil daripada penanaman ilmu yang mantap ke dalam dirinya oleh ustaz-ustaz, abi dan uminya. Walaupun tidak lama untuk bersama abi di dunia ini, tetapi tinggalan ilmu dan didikan abi begitu bermakna. Kuat melekat di hati kedua-dua beradik ini.

Umi ku..

Umi juga banyak terlibat dengan kerja-kerja sosial semenjak pemergian abi. Umi menubuhkan rumah kebajikan untuk anak-anak yatim dan juga rumah perlindungan wanita yang menghadapi pelbagai masalah.
Banyak masa Umi dihabiskan untuk melapangkan diri di kedua-dua pusat itu yang terletak di kawasan desa. 


“Taman As-Shabab”  dan “Taslama Nisa’.


Pahala daripada amal kebajikan ini turut diniatkan dan disedekahkan kepada arwah suaminya,  abi. Inilah lambang cinta yang dibina untuk arwah suaminya. Cinta kerana Allah.

Sesungguhnya menolong orang amat besar pahalanya, apatah lagi menolong orang yang dalam kesusahan dan anak-anak yatim. Hal ini dijamin oleh Allah swt di dalam al-Qur’an. 

“Adli” adiknya. Belajar di Mesir. Jarang-jarang sekali balik dek kesibukan. Kalau tidak diikutkan kesibukan, hari-hari boleh terbang balik.

Namun, impian yang melonjak-lonjak di hati harus digenggam. Cinta kepada keluarga perlu dikongsi bersama cinta kepada ilmu.

Hanya telefon dan Internet yang menghubungkan dan merapatkan mereka. Ditambah dengan acuan doa. Hubungan yang amat erat.

Faiz gembira kerana dikurniakan keluarga yang bahagia. Dikurniakan Umi yang solehah, cantik dan penyayang serta dikurniakan adik yang baik dan Insya Allah, juga adik yang soleh.

“Muhammad Adli”. Rindu dia dengan nama itu.

"Bilakah kita boleh berjumpa lagi?"


“Kalau Iz dah setuju”, besok Umi pergi pinang dengan Kak Sarah dan Mak Cik Esah. Nama dua orang pembantu rumahnya disebut. Iz ikut sekali nanti.

“Baik la Umi.” Faiz lebih gembira melihat Umi gembira.

“Iz setuju. Asalkan Umi bahagia”, ujarnya.

“Sayang anak Umi.” Ikhlas Umi bicara. Lama menatap wajah sejuk anak sulungnya. 

Terimbau kembali mengenangkan anak yang sudah 22 tahun dipelihara dan dijaganya. Anak sulungnya itu dilahirkan pada 17 Muharram 1409 Hijrah. Dia dan Abi amat gembira dengan kelahiran itu. Anak yang dididiknya semasa dalam kandungan lagi. Suaminya amat mengambil berat tentang kandungannya, berharap anak yang soleh akan dilahirkan nanti. Anak yang boleh membawa ibu bapa menuju syurga Allah. Jadi, makan minumnya amat dijaga. Tidak dibenarkan sama sekali sekelumit makanan yang haram dan syubhah masuk ke dalam mulut isteri tersayang. Abi amat berharap anaknya mampu menjadi seorang penghafal al-Qur’an dan berakhlak dengan akhlak al-Qur’an. Anaknya tidak diajar dengan kemewahan yang dimiliki. Tidak rela nanti melihat anaknya bertuhankan harta, kejar dunia semata-mata dan lupa akhirat. Kini anaknya sudah membesar. Sudah memasuki alam remaja. Boleh memikul amanah yang besar. Berkahwin.

Fikirnya. “Tiada sebab Imam kampung sebelah tak boleh terima anaknya sebagai menantu”

Tiada sebab “Syima” tak boleh menjadi menantunya.

“Kalau tak terima anakku, Iz sebagai menantu.  Akan kutanya sebab-sebab, satu persatu”.

Begitulah watak “Siti Musalmah”, ibu “Muhammad Faiz” yang begitu suka memberi dan meminta penjelasan. Dengan sifat sebegitu juga dia berjaya mendidik kedua-dua anak lelakinya menjadi anak yang soleh. Anak yang taat kepadanya dan arwah suami. Dan yang lebih utama taat kepada Allah dan Rasul.



Bersambung...

Friday, February 18, 2011

2: Keluarga Yang Beriman

Selepas solat Isya', keluarga Imam Zainul berkumpul untuk minum malam dan menjamah sedikit makanan ringan.

“Begitu mudah Nur terima pinangan?”. Tanya maknya.

“Macam dah kenal lama.” Sambung Imam Zainul.

“Nur ikhlas terima pinangan?” Soal emaknya sekali lagi apabila melihat anak gadisnya hanya berdiam diri.

“Nur ikhlas terima mak..abah.” Nur dah lama mengenali Mak Cik Musalmah. Semasa mengikuti majlis pengajian agama di tamannya lagi. Mak kan pernah jumpa dia?

"Ea, mak pernah jumpa tapi dah lama kan? Ingat-ingat lupa. Mak dah tak larat sekarang nak berkunjung ke taman sebelah. Tamannya jauh dan luas. Lagipun keuzuran melanda mak." Tutur Mak Cik Fatimah menyedari dirinya yang sedikit lumpuh akibat penyakit strok.

Walaupun kenal. Nur belum pernah berkunjung ke rumah Mak Cik Musalmah. Tapi Nur yakin, walaupun sederhana hidupnya, dia seorang yang baik, penyayang dan mengambil berat tentang hal orang lain. Insya Allah, sifat sebegitu ada pada anak lelakinya yang Nur tak pernah jumpa. “Faiz”.

Insya Allah, abah akan bertaaruf nanti dengan dia.” Abahnya berbicara.

“Emaknya tadi dah ambil nombor telefon abah.”

“Abah tunggu anak muda tu telefon.”

“Anak dia kerja apa abah?” Tanya Zahid, abang sulung Syima yang sejak tadi hanya memerhatikan abah, mak dan adik bongsunya yang ralik berbual.

“Abah pun tak tanya tadi. Lupa pulak.”

“Masih belajar rasanya, melalui gaya perbualan Mak Cik Musalmah tadi.” Tambah emak Syima.

“Syima tak kisah ke?” Soal abangnya.

“Syima tak kisah, Syima pun masih belajar.”

“Yang penting agama dan akhlaknya baik.” Mendatar jawapan Syima.

“Lagipun abah boleh bantu kan?”

“Takkan nak tunggu Syima dapatkan lembu seekor dulu dengan duit sendiri, baru boleh kahwin.”


Syima menjeling manja ke arah abahnya selapas melepaskan kata-kata itu. Dan senyum. Dia mengulangi ayat abahnya yang sering digunapakai dalam tazkirah dengan membuat sikit perubahan.

Abahnya membalas senyuman.

“Eya-eya, betul kata Nur.”

“Jangan nak salahkan lembu.”

“Tak mampu nak beli lembu seekor, dah tak boleh kahwin.”

“Ini salah namanya.”

“Lembu dengar nanti hairan pulak dia.”

Ketiga-tiga beranak itu sedikit gelak mendengar ucapan Imam Zainul. Mereka geli hati.

“Kita mudahkan, jangan susah-susahkan.” Sambung Imam Zainul yang arif dengan hukum agama.

“Mak ayah pun satu hal.”

“Akibat adat yang lebih diutamakan, macam-macam perkara negatif timbul. Wujudnya zina, lahirlah anak luar nikah. Lepas tu heboh bayi dibuang, bayi dibunuh dan bayi diblender. Dashyat betul!  Nauzubillah. Imam Zainul ralik dengan kata-kata yang penuh manfaatnya.





Bersambung...

Wednesday, February 16, 2011

Guru: Orang yang mudah masuk Syurga

Guru dekat dengan nasihat iaitu mampu menasihati para pelajar dengan perkara-perkara baik.

Monday, February 14, 2011

Maulid Nabi

The Birth of the Prophet

Amat besar cinta Rasulullah kepada umatnya.

Bagaimana cinta kita kepada Baginda?

Usahlah kita menjadi seorang penipu apabila hanya bersemangat dalam membuat sambutan pada hari lahir nabi dengan membuat perarakan, namun perintah wajib Allah tidak ditunaikan, sunnah nabi diabaikan & tidak berakhlak dengan akhlak Islam.

Kita mengaku sebagai orang Islam & menyayangi nabi, tetapi..
i- Bagaimana dengan solat kita?
i- Mana pakaian Islam kita? Kenapa membiarkan aurat kita terdedah?
iii- Macam mana dengan ucapan zikir & selawat kita?

p/s: Cinta kepada nabi itu perlu kita tonjolkan setiap hari. 

-advice to myself-

Sunday, February 13, 2011

Kita boleh bentuk...

Bismillahirahmanirrahim...
Innal hamdulillah, nahmaduhu wa nasta’eenuhu wa nastaghfiruh, na’udhu billahe min shurure anfusinaa wa sayyi’aate A’maalena:
Man yahdihillah, fahuwal muhtad,
Wa man yudhlil fa lan tajida lahu waliyyan murshidaa,
Wa ash-hadu an laa ilaaha illah wahdahu laa sharika lah,
Wa ash-hadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh,
Allahumma sale ala Muhammaden wa aale Muhammad wa sallama tasleeman kathira.

Amma Ba’d:  Qaalallaho Ta’ala fi kitabihil kareem, ba’da authubillahe minal Shaytan el-rajeem:

In today’s khutbah, I like to talk about 'Revolusion'

Revolusion in our self
Revolusi dalam diri.
-Perubahan diri & jiwa. Penting bagi kita membuat perubahan dalam diri sendiri dahulu sebelum membuat perubahan kepada corak hidup masyarakat yang telah menyerap unsur-unsur negatif luar yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Usah membiarkan futur (Iman melemah) menguasai diri.

Seorang Da'i seringkali terperangkap dengan futur. Hal ini amat merbahaya sekiranya tiada langkah mengatasinya diambil.

p/s: Mendidik diri sendiri sebelum mendidik orang lain.


Qaalallaahu ta’aala: Innallaaha wa malaaikatuhu yusalluna ‘alan nabiyy, ya ayyuhal lathina aamanu sallu alayhi wa sallimu tasleema, allaahuma salli alaa Muhammadin wa aale Muhammad, kamaa sallayta alaa Ibrahim wa alaa aale Ibrahim, wa Baarek Alaa Muhammaden wa alaa aale Muhammad, kamaa baarakta alaa Ibrahim, wa alaa aale Ibrahim, fel aalameen, innaka Hamidun Majid

Ibaad Allaah,  innallaaha ya’muru bil adli wal ihsaani wa eetaaidhil qurbaa, wa yanhaa ‘anil fahshaai wal munkari wal baghy. Yaidhukum la’allaakum tathakkaroon, wa la thikrullaaahi akbar, wallaahu ya’lamu maa tasna’oon.