Untuk berhadapan dengan orang sebegini juga memerlukan kita berfikir menggunakan logik akal.
"Logik akal vs Logik akal"
Aku: Saudari, kamu Islam?
Perempuan itu: Eya, saya seorang Islam.
Aku: Tapi, kenapa kamu tidak berakhlak dengan akhlak Islam? Kenapa kamu tidak berpakaian seperti mana suruhan Islam?
Perempuan itu: Ikut suka saya laa. Saya hanya Islam atas nama je. Lagi pun saya lihat Islam tu kolot, menyekat kebebasan dan macam-macam lagi...
Aku: Astaghfirullahalazim. Kamu percaya kepada Tuhan?
Perempuan itu: Entahlah.. Mm Tuhan tak adil kan? Kenapa Tuhan jadikan Neraka. Kalau hanya jadikan Syurga je kan senang... Biar semua orang masuk Syurga. Saya akan masuk ke Syurga. Begitu juga dengan awak.
Aku: (berfikir sejenak) Awak rela kalau orang macam saya rogol dan bunuh awak?
Perempuan itu: Kenapa nak rela....? Siapa yang nak kejadian macam tu.
Aku: Awak kan setuju Neraka itu tak ada dan hanya Syurga je yang ada. Kalau macam tu, saya boleh rogol dan bunuh awak. Selepas saya rogol dan bunuh awak, pasti kita jumpa balik di Syurga. Apa nak kisah? Neraka kan tak ada...
Perempuan itu: Mana adil begitu. Kesian saya nanti.
Aku: Tuhan atau orang macam awak sebenarnya yang tak adil?
Perempuan itu. (tertunduk) Mengalir air mata...
Aku: Kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah kepada agama kita. Sesungguhnya ilmu kita amat sedikit. Pengetahuan Allah jua yang meliputi segala sesuatu.
p/s: Adil: meletakkan sesuatu pada tempatnya
Aku: Kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah kepada agama kita. Sesungguhnya ilmu kita amat sedikit. Pengetahuan Allah jua yang meliputi segala sesuatu.
p/s: Adil: meletakkan sesuatu pada tempatnya
5 Jamadil Akhir 1432 (Ahad)
Assalamualaikum wbt..dan salam mujahadah..
ReplyDeletehem..Aku dan Perempuan...best tajuk ni..anta alami sendiri ke ni?bagus cara teguran ni..jika seseorang yg gemar menggunakan logik akal..kita juga perlu menggunakan logik akal..untuk membetulkan kefahamannya..syukran ^_^ perkongsian yg sgt menarik..teruskan p'juangan.
w'salam ustazah..berlaku pd kawan.
ReplyDelete