Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Saturday, August 13, 2011

Jizyah & Zakat

Pelajarku: Cikgu, boleh saya tanya cikgu satu soalan (kata pelajarku sambil mengangkat tangan). Baki pelajarku 16 orang lagi bertindak sebagai pemerhati.

Diriku: Ea Ezra. Sila.

Pelajarku: (Berdiri) Kenapa Islam zalim cikgu. Pemerintah Islam masa zaman Khulafa ar-Rasyidin turut zalim cikgu. (Pelajarku yang beragama Kristian ini diam seketika setelah mengeluarkan kata-kata ini. Pelajar lain seolah terpinga-pinga)

Diriku: Ea ke Ezra? Cecita-cecita (aku mengeluarkan ayat yang menjadi mainan pelajarku di dalam kelas). Pelajarku yang lain mengukir senyuman, kembali menceriakan suasana tingkatan 4 Pintar yang redup seketika.

Pelajarku: Macam ni cikgu. Kenapa orang bukan Islam pada zaman Khulafa ar-Rasyidin dikenakan cukai yang dinamakan Jizyah. Orang Islam tak kena pun. Kan ini tak adil dan zalim cikgu.

Diriku: Oo. Macam tu rupanya. Terima kasih Ezra. Soalan yang baik. Cikgu suka awak tanya soalan ni.

Pelajarku: Kenapa cikgu?

Diriku: Mm..dengar baik-baik. Pelajar lain semua dengar ea? "Islam Zalim?" "Pemerintah Islam zalim?" Betul ke? Mm..sebenarnya begini. Memang Jizyah dikenakan kepada orang bukan Islam, dan orang Islam pula tidak dikenakan bayaran ini. Hal ini tidak bermakna Islam itu zalim. Zakat? Orang Islam dikenakan bayaran zakat. Zakat harta  dan zakat fitrah dikenakan kepada orang Islam, manakala orang bukan Islam tidak dikenakan bayaran ini. Jizyah dan zakat, kedua-duanya merupakan bayaran kan?

Semua pelajarku termasuk Ezra: Ea cikgu. Kedua-duanya adalah bayaran. Cuma istilah yang berbeza.

Diriku: Di mana zalimnya Islam dan pemerintah Islam? (Diriku mengeluarkan senyuman). Dan bayaran yang diterima ini turut digunakan untuk membantu masyarakat di dalam wilayah Islam sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam. Faham?

Semua pelajarku: Faham cikgu.

Diriku: Baik, bagus. Ada apa-apa lagi soalan.

Semua pelajarku: Tak ada cikgu.

Diriku: Baik, kita teruskan pelajaran mengenai sumbangan empat orang Khulafa Ar-Rasyidin.

Seronok mengajar Sejarah Islam kepada pelajar-pelajarku yang 71 % bukan beragama Islam..

No comments:

Post a Comment