Selepas solat Isya', keluarga Imam Zainul berkumpul untuk minum malam dan menjamah sedikit makanan ringan.
“Begitu mudah Nur terima pinangan?”. Tanya maknya.
“Macam dah kenal lama.” Sambung Imam Zainul.
“Nur ikhlas terima pinangan?” Soal emaknya sekali lagi apabila melihat anak gadisnya hanya berdiam diri.
“Nur ikhlas terima mak..abah.” Nur dah lama mengenali Mak Cik Musalmah. Semasa mengikuti majlis pengajian agama di tamannya lagi. Mak kan pernah jumpa dia?
"Ea, mak pernah jumpa tapi dah lama kan? Ingat-ingat lupa. Mak dah tak larat sekarang nak berkunjung ke taman sebelah. Tamannya jauh dan luas. Lagipun keuzuran melanda mak." Tutur Mak Cik Fatimah menyedari dirinya yang sedikit lumpuh akibat penyakit strok.
Walaupun kenal. Nur belum pernah berkunjung ke rumah Mak Cik Musalmah. Tapi Nur yakin, walaupun sederhana hidupnya, dia seorang yang baik, penyayang dan mengambil berat tentang hal orang lain. Insya Allah, sifat sebegitu ada pada anak lelakinya yang Nur tak pernah jumpa. “Faiz”.
“Insya Allah, abah akan bertaaruf nanti dengan dia.” Abahnya berbicara.
“Emaknya tadi dah ambil nombor telefon abah.”
“Abah tunggu anak muda tu telefon.”
“Anak dia kerja apa abah?” Tanya Zahid, abang sulung Syima yang sejak tadi hanya memerhatikan abah, mak dan adik bongsunya yang ralik berbual.
“Abah pun tak tanya tadi. Lupa pulak.”
“Masih belajar rasanya, melalui gaya perbualan Mak Cik Musalmah tadi.” Tambah emak Syima.
“Syima tak kisah ke?” Soal abangnya.
“Syima tak kisah, Syima pun masih belajar.”
“Yang penting agama dan akhlaknya baik.” Mendatar jawapan Syima.
“Lagipun abah boleh bantu kan?”
“Takkan nak tunggu Syima dapatkan lembu seekor dulu dengan duit sendiri, baru boleh kahwin.”
Syima menjeling manja ke arah abahnya selapas melepaskan kata-kata itu. Dan senyum. Dia mengulangi ayat abahnya yang sering digunapakai dalam tazkirah dengan membuat sikit perubahan.
Abahnya membalas senyuman.
“Eya-eya, betul kata Nur.”
“Jangan nak salahkan lembu.”
“Tak mampu nak beli lembu seekor, dah tak boleh kahwin.”
“Ini salah namanya.”
“Lembu dengar nanti hairan pulak dia.”
Ketiga-tiga beranak itu sedikit gelak mendengar ucapan Imam Zainul. Mereka geli hati.
“Kita mudahkan, jangan susah-susahkan.” Sambung Imam Zainul yang arif dengan hukum agama.
“Mak ayah pun satu hal.”
“Akibat adat yang lebih diutamakan, macam-macam perkara negatif timbul. Wujudnya zina, lahirlah anak luar nikah. Lepas tu heboh bayi dibuang, bayi dibunuh dan bayi diblender. Dashyat betul! Nauzubillah. Imam Zainul ralik dengan kata-kata yang penuh manfaatnya.
No comments:
Post a Comment