Darul ‘Aqiq
Matahari sedikit redup menyembunyikan sinar cahaya. Awan mendung mula berarak perlahan. Angin mula bertiup liar menerbangkan sampah sarap berupa dedaun kayu. Awan menanti masa sahaja menunggu kelahiran kandungan. Akhirnya turun hujan gerimis. Menitis halus menerjah bumbung hijau. Di bawah bumbung hijau itu terdapat dua orang penghuni berwatak ibu dan anak.
“Iz, umi nak bincang sesuatu dengan Iz.”
“Ea Umi, nak bincang pasal apa umi? “ lembut ucap Faiz melayan Umi nya walaupun pada masa itu tangannya sibuk menaip note NB305 demi menghabiskan tulisan blog untuk dibuat perkongsian ilmu.
“Umi nak Iz kahwin.” Mendatar Uminya berkata. Diam seketika. Siti Musalmah sedia melihat reaksi anaknya.
“Apa Umi?“ Dengan nada yang agak terkejut Faiz berkata, tanpa menyedari kata-katanya sedikit kuat yang kedengarannya hampir memenuhi separuh ruang tamu rumah banglo dua tingkat mewah milik abinya.
Faiz seolah-olah tidak mendengar suara Umi nya. Walaupun sebalik itu sebenarnya yang berlaku.
“Dah tua ke aku ni?” Cetus hati kecilnya.
“Dah sampai kena kahwin, calon pun tak ade lagi.”
“Er er..iya Umi nak Iz kahwin. Umi dah ada calon untuk Iz, Iz jangan risau.”
Siti Musalmah tahu bahawa anak kesayangannya itu tiada buah hati, tiada awek, tiada perempuan yang bergelar 'girl friend' kerana terlalu asyik belajar, mengejar cita-cita dan berkawan. Faiz memang sibuk dalam bidang pengajiannya. Kawan-kawan Faiz boleh dikatakan semuanya baik-baik. Hal ini dilihat semasa kawan-kawan Faiz berkunjung ke rumahnya. Sopan dan ramah. Masih ingat di ingatan nama-nama seperti Zaim, al-Hafiz, Marwan dan ramai lagi. Pasti sejuk hati ibu bapa masing-masing memiliki anak-anak seperti mereka.
“Umii”..dengan gaya yang manja, Faiz merapatkan tubuhnya ke arah umi nya. Notenya diletakkan di tepi. Tangan Umi nya diramas penuh kasih sayang.
“Iz kan masih muda, banyak perkara lagi yang perlu Iz belajar.”
“Umi yakin dengan ilmu yang Iz ada.”
“Dah cukup syarat untuk membimbing seorang isteri.”
“Lagi pun, Iz tahu kan? Umi risau dengan suasana sekarang ni. Cuba Iz tengok di luar sana? Banyak cabaran kepada anak-anak muda. Apatah lagi ramai wanita di luar sana yang tak dijaga dengan baik oleh ibu bapa sebagai mana sabda nabi.”
“Betul kata Umi.” Perlahan Faiz berkata tetapi sempat disambut oleh telinga Uminya.
Faiz teringatkan sabda nabi yang bersungguh-sungguh mengharapkan umat Islam menjaga kaum yang lemah iaitu “wanita”. Apabila wanita tidak dijaga dengan sempurna, lahirlah bermacam bala bencana.
“Umi dah ada calonnya.” Ulang Umi lagi.
“Cantik dan berakhlak mulia.”
“Insya Allah agamanya juga baik.”
“Siapa dia Umi?”
“Syima” nama penuhnya “Nursyima binti Zainul Abidin”. Dia tinggal di kampung sebelah. Bapanya seorang imam. Imam Masjid Kampung Batu Mas.
“Faiz kenal kan? Imam Zainul Abidin.” Iman tu selalu datang bagi kuliah kat taman kita. Umi kenal Syima di situlah, siap dengan emaknya sekali Mak Cik Fatimah.
“Hampir terbeliak mata Faiz.”
Kenal sungguh dia dengan Imam Zainul yang sering memberi kuliah di merata tempat. Walaupun dia kurang bersua dengan Imam yang berusia hampir separuh abad itu disebabkan dia jarang berada di rumah kerana pelajarannya di UIA, kampus Kuantan.
Dia balik sekejap pun pada hujung minggu demi menjenguk Uminya.
“Iz kenal,”
“Tapi, mungkin Imam Zainul tak kenal Iz.” Siapa lah Iz ni kan Umi?
“Tiada kesempatan Iz nak bersembang dengannya. Jumpa pun kejap. Tak sempat nak taaruf.“
Semua kerana kesibukan.
“Tak sangka pula Imam Zainul ada anak perempuan.”
“Kalau macam tu, tak dapat Iz nak sangkal agama milik anak gadisnya.” Faiz mempercayai hasil didikan Imam Zainul. Ilmu yang dicurahkan oleh dia amat mantap. Cara penyampaiannya sangat beraura. Boleh melekat sekurang-kurangnya seminggu ilmu di ingatan bagi hadirin yang datang mendengar kuliahnya. Apatah lagi anak dia yang mungkin hari-hari menerima didikannya. Lagilah melekat.
“Dengar nama Imam Zainul saja pun sudah sejuk hati.”
“Belum dengar bacaan solatnya semasa menjadi Imam lagi, pasti mengalir air mata atau bergetar jiwa.”
“Layak kah aku menjadi menantunya nanti.” Fikir Faiz. Membayangkan betapa kerdilnya diri.
“Umi Umi?? Layak kah Iz untuk anak Imam besar tu Umi.”
“Iz ni kan serba kurang.” Faiz merendahkan diri.
Memang sifatnya tidak suka berbangga-bangga. Walaupun memiliki rumah yang besar, kereta berderet di garaj dan duit yang banyak. Semua itu tidak melemaskannya.
“Itu semua bukan milik aku. Tapi, milik abi ku. Tak layak untuk aku membangga-banggakannya. Lagi pun semua itu boleh hilang dengan sekelip mata. Dengan izin Allah.” Monolog dalaman Faiz suatu masa dahulu.
"Iz memang layak, 'Muhammad Faiz bin Tuan Muhammad Amir al-Farisi' anak Umi memang layak dengan anak Imam tu. Anak Umi kan baik, tak tinggal solat, hormati Umi, hafiz Qur’an, peramah, bakal seorang doktor dan “handsome” lagi. Macam abinya.
“Ada-ada la Umi ni”..rungut manja Faiz.
Faiz tersenyum mendengar kata-kata pujian Uminya itu. Dia terus merangkul leher Uminya. Pelukannya dikemaskan.
Hinggap juga beberapa ciuman seorang anak di pipi Umi yang disayangi.
Ciuman itu juga ciuman yang halal. Dapat mengumpul pahala yang besar lagi. Lebih baik daripada sentuhan dan ciuman seorang lelaki kepada seorang yang bernama perempuan ajnabi. Yang pasti haram.
“Bergomolan dengan babi lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan muhrim.”
Umi satu–satunya darah daging yang ada di Malaysia. Abinya telah lama pergi menemui Ilahi. Pergi semasa melaksanakan ibadah haji dua tahun lepas. Abinya meninggalkan harta kekayaan yang begitu banyak, syarikat perniagaan yang besar, termasuk rumah mewah yang didudukinya sekarang.
Abinya terlibat dengan perniagaan minyak, perhotelan, projek perumahan, rumah sewa, dan perdagangan antarabangsa yang melibatkan penjualan makanan halal. Harta yang ditinggalkan berjumlah jutaan ringgit. Syarikat diuruskan oleh orang kepercayaan Almarhum di bawah tinjauan Umi. Untung tahunan daripada kesemua syarikat amat besar. Duit yang masuk ke dalam akaun Faiz dan Adli setiap bulan sahaja masing-masing berjumlah puluhan ribu ringgit. Begitu juga dalam akaun Umi. Syarikat perhotelan “Maju Jaya” di atas nama Adli, manakala syarikat perumahan dan rumah sewa “Sinar Jaya” di atas nama Faiz. Syarikat-syarikat lain berada di bawah umi mereka.
Walau bagaimanapun, kemewahan ini tidak digunakan untuk bermegah-megah, sebaliknya digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan menolong insan-insan yang memerlukan pertolongan.
Faiz hanya memakai kereta buatan tempatan “Viva” yang digunakan untuk belajar di UIAM, manakala adiknya di Mesir lagi zuhud, tidak memiliki sebarang kenderaan, hanya menggunakan pengangkutan awam dan tinggal di rumah sewa biasa bersama teman-teman. Faiz tahu kerana dia pernah melawat dan melihat sendiri adiknya di sana.
Faiz kagum dengan adiknya yang pintar, hafiz Qur’an, fasih bahasa Arabnya, alim ilmu fiqh, sirah, tasawur, kuat ingatan dan pandai berhujah.
Adiknya juga meminati bidang perubatan cuma bidang yang berbeza dengan dirinya. Adiknya lebih kepada Kepakaran Otak, manakala dirinya doktor dalam bidang biasa iaitu Ortopedik.
“Beginilah acuan yang dilahirkan oleh Maahad Tahfiz Sains” Fikirnya terkenangkan adiknya.
Lupa akan dirinya, juga aliran Maahad Tahfiz Sains. Sekolah sama dengan adiknya.
Memang dia kurang nampak kebaikan dirinya. Hanya kebaikan orang lain yang dilihatnya. Ini semua hasil daripada penanaman ilmu yang mantap ke dalam dirinya oleh ustaz-ustaz, abi dan uminya. Walaupun tidak lama untuk bersama abi di dunia ini, tetapi tinggalan ilmu dan didikan abi begitu bermakna. Kuat melekat di hati kedua-dua beradik ini.
Umi ku..
Umi juga banyak terlibat dengan kerja-kerja sosial semenjak pemergian abi. Umi menubuhkan rumah kebajikan untuk anak-anak yatim dan juga rumah perlindungan wanita yang menghadapi pelbagai masalah.
Banyak masa Umi dihabiskan untuk melapangkan diri di kedua-dua pusat itu yang terletak di kawasan desa.
“Taman As-Shabab” dan “Taslama Nisa’.
Pahala daripada amal kebajikan ini turut diniatkan dan disedekahkan kepada arwah suaminya, abi. Inilah lambang cinta yang dibina untuk arwah suaminya. Cinta kerana Allah.
Sesungguhnya menolong orang amat besar pahalanya, apatah lagi menolong orang yang dalam kesusahan dan anak-anak yatim. Hal ini dijamin oleh Allah swt di dalam al-Qur’an.
“Adli” adiknya. Belajar di Mesir. Jarang-jarang sekali balik dek kesibukan. Kalau tidak diikutkan kesibukan, hari-hari boleh terbang balik.
Namun, impian yang melonjak-lonjak di hati harus digenggam. Cinta kepada keluarga perlu dikongsi bersama cinta kepada ilmu.
Hanya telefon dan Internet yang menghubungkan dan merapatkan mereka. Ditambah dengan acuan doa. Hubungan yang amat erat.
Faiz gembira kerana dikurniakan keluarga yang bahagia. Dikurniakan Umi yang solehah, cantik dan penyayang serta dikurniakan adik yang baik dan Insya Allah, juga adik yang soleh.
“Muhammad Adli”. Rindu dia dengan nama itu.
"Bilakah kita boleh berjumpa lagi?"
“Kalau Iz dah setuju”, besok Umi pergi pinang dengan Kak Sarah dan Mak Cik Esah. Nama dua orang pembantu rumahnya disebut. Iz ikut sekali nanti.
“Baik la Umi.” Faiz lebih gembira melihat Umi gembira.
“Iz setuju. Asalkan Umi bahagia”, ujarnya.
“Sayang anak Umi.” Ikhlas Umi bicara. Lama menatap wajah sejuk anak sulungnya.
Terimbau kembali mengenangkan anak yang sudah 22 tahun dipelihara dan dijaganya. Anak sulungnya itu dilahirkan pada 17 Muharram 1409 Hijrah. Dia dan Abi amat gembira dengan kelahiran itu. Anak yang dididiknya semasa dalam kandungan lagi. Suaminya amat mengambil berat tentang kandungannya, berharap anak yang soleh akan dilahirkan nanti. Anak yang boleh membawa ibu bapa menuju syurga Allah. Jadi, makan minumnya amat dijaga. Tidak dibenarkan sama sekali sekelumit makanan yang haram dan syubhah masuk ke dalam mulut isteri tersayang. Abi amat berharap anaknya mampu menjadi seorang penghafal al-Qur’an dan berakhlak dengan akhlak al-Qur’an. Anaknya tidak diajar dengan kemewahan yang dimiliki. Tidak rela nanti melihat anaknya bertuhankan harta, kejar dunia semata-mata dan lupa akhirat. Kini anaknya sudah membesar. Sudah memasuki alam remaja. Boleh memikul amanah yang besar. Berkahwin.
Fikirnya. “Tiada sebab Imam kampung sebelah tak boleh terima anaknya sebagai menantu”
Tiada sebab “Syima” tak boleh menjadi menantunya.
“Kalau tak terima anakku, Iz sebagai menantu. Akan kutanya sebab-sebab, satu persatu”.
Begitulah watak “Siti Musalmah”, ibu “Muhammad Faiz” yang begitu suka memberi dan meminta penjelasan. Dengan sifat sebegitu juga dia berjaya mendidik kedua-dua anak lelakinya menjadi anak yang soleh. Anak yang taat kepadanya dan arwah suami. Dan yang lebih utama taat kepada Allah dan Rasul.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment