Awan mendung berarak perlahan menantikan kandungan penuh untuk dicurahkan. Kandungan yang dilahirkan itu bakal menyegarkan tumbuhan dan menggembirakan binatang-binatang yang sudah lama menanti hujan.
Di bawah sepohon pokok kelihatan seorang budak lelaki, 10 tahun yang ralik sekali memungut buah getah. Suka sekali dia memungut dan membawanya pulang untuk dibuat main-main.
“Kau bodoh! Memang bodoh! Macam mana mak bapak kau didik!”
“Kurang ajar! Anak sial!”
Perkataan ini menjadi makanan harian diri Badhri di sekolah.
“Betulkah diriku bodoh? Kurang ajar? Pemalas? Dan lain-lain lagi yang seerti dengannya?” Dia bertanya.
Kelas yang memuatkan seramai 25 orang murid itu sering menjadikan Badhri sebagai johan semasa ujian. Johan kerana mendapat nombor 25. Nombor yang paling besar. Dan sebagai natijahnya, diri Badhri secara automatik perlu bersila di atas lantai kelas. Hal ini kerana hanya 20 biji kerusi dan meja sahaja yang disediakan. Murid yang mendapat nombor satu hingga 20 sahaja yang dibenarkan duduk di atas kerusi. Begitu hebat sekali sistem pelajaran yang dicipta ini.
Murid yang mendapat nombor 21 hingga 24 silih berganti bertukar tempat. Dapat la juga empat orang ahli ini merasai nikmat belajar menggunakan kerusi dan meja apabila murid yang mendapat nombor belasan hingga nombor 20 mengganti tempat mereka yang sebelum ini. Tapi yang sedih sekali, nombor ke-25 berterusan ditempah oleh Badhri. Setiap kali ujian.
......
Kini, guru yang selalu memperli Badhri sudah pindah ke sekolah lain. Tiada lagi ejekan yang dia terima. Tapi, dia tidak bergembira dengan situasi ini. Sama sekali dia tidak membenci guru itu. Guruku! “Terima kasih” kerana sudi mendidik diriku ini.
“Cik Sabariah, guru baruku.”
"Cantik dan sopan santun orangnya."
“Beliaulah guru yang berjaya mengubah mindaku.”
“Juga guru yang telah membuka pintu bebalku.”
Suatu hari. Semasa di dalam kelas.
Ketika diriku asyik memandang siling kelas dan tidak menghiraukan sama sekali guruku di hadapan.
“Diriku kan bodoh?”
“Jadi, buat apa nak belajar!”
“Perkataan bodoh ini yang bermain di fikiranku. Melekat kukuh kerana hari-hari diriku menerima didikan perkataan ini.”
“Badhri! Datang sini kejap.” Lembut sekali guruku itu memanggilku ke hadapan supaya menghampiri mejanya.
"Pantas kubangkit dan melangkah mendekati guruku."
"Awak suka main?" Lembut sekali guruku bertanya.
“Suka guru! Saya suka main. Amat suka.’
“Baik. Bagus!”
“Boleh tak awak keluar?”
“Dan ambil batu di luar kelas. Ambil 20 biji ea?”
“Boleh! Boleh guru, sekarang ke guru?”
“Ea sekarang.”
“Pergilah. Hati-hati tau Badhri.”
Tanpa berlengah, pantas diriku bangkit. Bangkit untuk melaksanakan arahan guruku. Diriku bangga sekali kerana diriku seorang sahaja yang dapat keluar kelas. Pelajar lain masih sibuk dengan kerja masing-masing. Seronok sekali diriku. Yahoo!!!
“Baik betul guruku.” Fikirku sambil tangan mengutip anak-anak batu.
Seketika kemudian, diriku masuk membawa batu.
“Seronok betul pungut batu-batu ni, macam pungut buat getah sebelah rumah.” Tuturku.
“Guru! Guru! Tengok ni banyak batu yang saya bawa.” Badhri meletakkan batu-batu yang dialas dengan bajunya ke atas meja guru.
“Ea, bagusnya anak murid guru seorang ni! Tapi kenapa ambil banyak sangat. Guru kan dah pesan tadi hanya ambil 20 biji sahaja.” Cik Sabariah menegur penuh hikmah.
"Dan kenapa Badhri alas batu tu menggunakan baju. Kan dah kotor tu?" Tegur Cik Sabariah lagi.
“Oh eya ke? Saya tak tahu. Saya tak tahu macam mana nak bilang 20 biji batu. Maaf guru!” Badhri menundukkan kepalanya.
"Dan tangan saya kecil guru, tak muat untuk batu yang banyak ni. Saya guna baju ni baru boleh bawa batu." Badri mengadu.
"Alamak!! mungkin ku yang tersalah bagi arahan. Subhanallah." Cik Sabariah sedar yang anak kecil ini perlu diajar dengan ayat direct . Straight to the point orang kata."
"Ambil batu kecil 20 biji menggunakan tangan. Mm..betul ke ayat ni? Baru tak kotor baju anak kecil ini." Cik Sabariah menyusun ayat itu di mindanya.
"Baik, tak mengapa. Guru tak marah pun. Badhri! mari sini duduk di atas kerusi guru." Cik Sabariah bangkit berdiri di sebelah kerusinya untuk memberi ruang kepada Badhri.”
“Eh ye ke guru?” Tanya Badhri hairan.
Inilah kali pertama dia duduk di atas kerusi guru. Sebelum ini dia tidak pernah duduk di situ seperti murid-murid lain yang sering bermain di kerusi itu, terutamanya bila waktu rehat. "Kerusi itu hanya untuk guru." Fikirnya.
“Ea la, sila-sila.” Jawab Cik Sabariah mesra.
“Guru? Nak buat apa dengan batu ni?” Badhri bertanya penuh hairan.
“Oh. Boleh Badhri kira batu-batu ni. Letak di sebelah sini lima biji?” Cik Sabariah menunjuk ke arah kanan Badhri. Dan letak lima biji di sebelah sini? Jari telunjuk Cik Sabariah menunjuk ke arah kiri Badhri pula.
Untuk seketika, Cik Sabariah meninggalkan Badhri bersendirian.
Dalam hatinya. “Sebagai seorang guru, sesekali diriku tidak akan memaki murid-murid ku dengan perkataan kesat.”
“Bantulah hamba-Mu ini ya Allah. Tanamkanlah sifat sabar dan ikhlas dalam diriku ini.” Cik Sabariah berdoa.
Dia kembali mendidik pelajar lain. Berjalan meninjau tugasan yang telah diberi sebentar tadi. Badhri adalah special case dan terkeluar daripada pantauan dia buat seketika.
“Macam mana murid-murid?”
"Dah siap latihan tadi?"
“Belum lagi guru!!” Hampir semua murid menjawab. Bergegar kelas.
“Baik. Teruskan kerja kamu.”
Guru yang bertudung labuh itu kembali mendapatkan Badhri.
"Guru! Betul ke ni susunan saya?"
“Ea, yang sebelah kanan tu dah betul lima biji, tapi kenapa yang sebelah kiri Badhri tu tujuh biji.”
“Maaf guru!”
“Baik! Tak mengapa. Badhri betulkan balik."
“Badhri pantas membuang dua biji batu di sebelah kirinya.”
“Ha..tengok kan dah betul tu. Lima biji di sebelah kanan dan lima biji di sebelah kiri.” Pandai anak murid guru seorang ni?
“Badhri amat gembira sekali kerana inilah buat pertama kalinya dia mendapat pujian daripada seorang guru.”
“Ea ke guru? diri saya ni pandai?”
“Ea betul .” Jawab Cik Sabariah ikhlas.
Terbit senyuman di bibir Badhri dan juga Cik Sabariah. Murid-murid lain masih memberi tumpuan kepada tugasan mereka.
Badhri? Lima tambah dua berapa ea? Boleh bagitahu guru. Cantik sekali guru muda itu menanya murid yang sebenarnya peramah itu.
Badhri membelek jari-jarinya.
“Alaa. Jangan la guna jari. Tak seronok la macam ni. Habis tu batu ni siapa yang nak guna?” Cik Sabariah membuat muka merajuk.
“Maaf guru, saya lupa pulak! Hehe. “ Badhri tersenyum. Nampak giginya yang kekuning-kuningan.
“Baik. Guru maafkan.”
Pantas Badhri mengira anak batu di hadapannya.
“Tujuh guru! Tak?”
“Ea tujuh!”ea la tujuh guru. Badhri masih teragak-agak.
“Betul guru?” Bersemangat sekali Badhri menanyakan gurunya.
"Ea betul. Lagi pandai anak murid guru". Cik Sabariah membuat gaya bertepuk tangan. Tapi tidak keluar sebarang bunyi.
“Badhri! Buat macam tadi juga ea. Tapi kali ni 10 biji untuk kedua-dua tempat tu?” naik lima biji. Arah Cik Sabariah.
Baik guru!! Baik! Pantas sekali Badhri menyusun anak batu 20 biji. Masing-masing 10 biji di sebelah kanan dan kiri.
Seminggu penuh diriku bermain permainan ini dengan pelbagai gaya di samping guru Cik Sabariah di dalam kelas. Mulanya diriku tidak tahu apa maksud sebenar permainan anak batu ini. Kini, baru aku tahu bahawa guruku itu mengajarku ilmu Matematik. Sungguh menakjubkan. Kreatif sekali. Guruku “Terima Kasih.”
“Baik sungguh dirimu. Macam mana ku ingin membalas jasa-jasamu?”
Semenjak dari itu, diriku tidak lagi menghuni tempat ke-25 bila ujian. Terus nombor pertama yang kuperolehi. Perubahan yang mendadak. “Syukur kepada-Mu ya Allah.”
“Diriku tidak lagi bersila di atas lantai. Mobilitiku meningkat 360 darjah serta dapat belajar di atas kerusi dan meja. Hmm..seronok betul. Semangat diriku terus melonjak-lonjak.”
“Cik Sabariah!! Guruku.” Kenang Badhri.
Sanggup guru ke rumahku pada sebelah petang untuk mendidikku selain beramah mesra dengan emak dan nenek.
"Anak mak cik 'Badhri Radzi' sebenarnya pandai. Amat pandai dan cerdik sekali. Tapi kepandaiannya tidak dicungkil dengan ilmu keguruan dengan baik. Kepandaiannya telah dihentam dengan kata-kata yang membawa putus asa kepada Badhri. Insya Allah masih ada harapan untuk berubah. Percayalah, anak mak cik ini akan mampu mengubah kedudukan mak cik nanti." Inilah kata-kata yang sempat didengari oleh telinga Badhri. Kata-kata guru kepada ibu, merangkap ibu tunggal, juga seorang penoreh getah.
.....
Ku berjaya dalam pelajaran di sekolah rendah. Kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah menengah agama yang ternama. Selepas itu, masuk Universti tempatan. PhD kuselesaikan di Amerika Syarikat (AS). Seronok sekali dapat belajar sehingga ke tahap ini. Bukan seronok kerana dapat hidup di AS. Tapi, seronok kerana dapat mengumpul ilmu yang begitu banyak. Juga pengalaman yang menarik.
Macam-macam pengalaman dapat ku kutip.
“Pernah satu ketika. Seorang mak cik tua mengajuk percakapanku di dalam sebuah kereta api semasa di AS. Dia memperliku rupa-rupanya. Bunyi mulutnya macam bunyi lebah. Tak dapat kutangkap maksudnya. Tapi dapat kufahami. Dia memperli ku kerana ku dan sahabatku berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia.”
“Bila ku menanya. Mengapa...? Berkerut dahi orang tua itu? “Terkejut mendengar tuturku.”
“Mungkin terkejut kerana bahasa Inggerisku yang amat bagus.” Bukan diriku yang berkata begitu, tetapi ini adalah kata-kata yang keluar daripada mulut sahabatku".
"Ku juga pernah serumah dengan seorang Yahudi. Yahudi Ortodok. Bukan Zionis ea. Baik dan peramah dia melayan dan memberi pinjam buku kepadaku. Sesekali tidak lokek dia berkongsi ilmu denganku. Pertolongannya turut dihulurkan."
Menarik sekali.
"Kini ku berjaya menjadi seorang manusia. Ku ingin berjaya di dunia dan juga di akhirat. Oleh itu, ilmu agama turut tidak lupa untuk kukejari."
"Ilmu akidah, fiqh dan tasauf kuburu sedikit demi sedikit."
Alhamdulillah. Ku rasa urusanku sentiasa dipermudahkan Allah.
"Semoga situasi ini berkekalan."
“Kini, “
“Jawatan ku….Mmm..”
“Orang panggil Prof.”
"Prof. Madya Dr. Badhri Radzi bin Haji Salleh. Bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti awam tempatan."
"Terima kasih guruku."
"Alhamdulillah. Terima kasih Allah, Penciptaku."
-Tamat-
Oleh:
yang 'alim
6-7 Zulkaedah 1430H