Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Wednesday, February 23, 2011

Allah mencintai orang yang bertaubat

“Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha...” (At-Tahrim: 8). 

Monday, February 21, 2011

3: Ummiku Sayang


Darul ‘Aqiq

Matahari sedikit redup menyembunyikan sinar cahaya. Awan mendung mula berarak perlahan. Angin mula bertiup liar menerbangkan sampah sarap berupa dedaun kayu. Awan menanti masa sahaja menunggu kelahiran kandungan. Akhirnya turun hujan gerimis. Menitis halus menerjah bumbung hijau. Di bawah bumbung hijau itu terdapat dua orang penghuni berwatak ibu dan anak.

“Iz, umi nak bincang sesuatu dengan Iz.”

“Ea Umi, nak bincang pasal apa umi? “ lembut ucap Faiz melayan Umi nya walaupun pada masa itu tangannya sibuk menaip note NB305 demi menghabiskan tulisan blog untuk dibuat perkongsian ilmu.

“Umi nak Iz kahwin.” Mendatar Uminya berkata. Diam seketika. Siti Musalmah sedia melihat reaksi anaknya.

Apa Umi?“ Dengan nada yang agak terkejut Faiz berkata, tanpa menyedari kata-katanya sedikit kuat yang kedengarannya hampir memenuhi separuh  ruang tamu rumah banglo dua tingkat mewah milik abinya.
 Faiz seolah-olah tidak mendengar suara Umi nya. Walaupun sebalik itu sebenarnya yang berlaku.

“Dah tua ke aku ni?” Cetus hati kecilnya.

“Dah sampai kena kahwin, calon pun tak ade lagi.”

“Er er..iya Umi nak Iz kahwin. Umi dah ada calon untuk Iz, Iz jangan risau.”

Siti Musalmah tahu bahawa anak kesayangannya itu tiada buah hati, tiada awek, tiada perempuan yang bergelar 'girl friend' kerana terlalu asyik belajar, mengejar cita-cita dan berkawan. Faiz memang sibuk dalam bidang pengajiannya. Kawan-kawan Faiz boleh dikatakan semuanya baik-baik. Hal  ini dilihat semasa kawan-kawan Faiz berkunjung ke rumahnya. Sopan dan ramah. Masih ingat di ingatan nama-nama seperti Zaim, al-Hafiz, Marwan dan ramai lagi. Pasti sejuk hati ibu bapa masing-masing memiliki anak-anak seperti mereka.

“Umii”..dengan gaya yang manja, Faiz merapatkan tubuhnya  ke arah umi nya. Notenya diletakkan di tepi.  Tangan Umi nya diramas penuh kasih sayang.

“Iz kan masih muda, banyak perkara lagi yang perlu Iz belajar.”

“Umi yakin dengan ilmu yang Iz ada.”

“Dah cukup syarat untuk membimbing seorang isteri.”

“Lagi pun, Iz tahu kan? Umi risau dengan suasana sekarang ni. Cuba Iz tengok di luar sana? Banyak cabaran kepada anak-anak muda. Apatah lagi ramai wanita  di luar sana yang tak dijaga dengan baik oleh ibu bapa sebagai mana sabda nabi.”

“Betul kata Umi.” Perlahan Faiz berkata tetapi sempat disambut oleh telinga Uminya.
 Faiz teringatkan  sabda nabi yang bersungguh-sungguh mengharapkan umat Islam menjaga kaum yang lemah iaitu “wanita”. Apabila wanita tidak dijaga dengan sempurna, lahirlah bermacam bala bencana.

“Umi dah ada calonnya.” Ulang Umi lagi.

“Cantik dan berakhlak mulia.”

Insya Allah agamanya juga baik.”

“Siapa dia Umi?”

“Syima”  nama penuhnya “Nursyima  binti Zainul Abidin”. Dia tinggal di kampung sebelah. Bapanya seorang imam. Imam Masjid Kampung Batu Mas.

“Faiz kenal kan?  Imam Zainul Abidin.” Iman tu selalu datang bagi kuliah kat taman kita. Umi kenal Syima di situlah, siap dengan emaknya sekali Mak Cik Fatimah.

“Hampir terbeliak mata Faiz.”

Kenal sungguh dia dengan Imam Zainul yang sering memberi  kuliah di merata tempat. Walaupun dia kurang bersua dengan Imam yang berusia hampir separuh abad itu disebabkan dia jarang berada di rumah kerana pelajarannya di UIA, kampus Kuantan.

Dia balik sekejap pun pada hujung minggu demi menjenguk Uminya.

“Iz  kenal,”

“Tapi,  mungkin Imam Zainul tak kenal Iz.”  Siapa lah Iz ni kan Umi?

“Tiada kesempatan Iz nak bersembang dengannya. Jumpa pun kejap. Tak sempat nak taaruf.“
Semua kerana kesibukan.

“Tak sangka pula Imam Zainul ada anak perempuan.”

“Kalau macam tu, tak dapat Iz nak sangkal agama milik anak gadisnya.” Faiz mempercayai hasil didikan Imam Zainul. Ilmu yang dicurahkan oleh dia amat mantap. Cara penyampaiannya sangat beraura. Boleh melekat sekurang-kurangnya seminggu ilmu di ingatan bagi hadirin yang datang mendengar kuliahnya. Apatah lagi anak dia yang mungkin hari-hari menerima didikannya. Lagilah melekat.

“Dengar  nama Imam Zainul saja pun sudah sejuk hati.”

“Belum dengar bacaan solatnya semasa menjadi Imam lagi, pasti  mengalir air mata atau bergetar jiwa.”

“Layak kah aku menjadi menantunya nanti.” Fikir Faiz. Membayangkan betapa kerdilnya diri.

“Umi Umi?? Layak kah Iz untuk anak Imam besar tu Umi.”

“Iz ni kan serba kurang.”  Faiz merendahkan diri.

Memang sifatnya tidak suka berbangga-bangga. Walaupun memiliki rumah yang besar, kereta berderet di garaj dan duit yang banyak. Semua itu tidak melemaskannya.

“Itu semua bukan milik aku. Tapi, milik abi ku. Tak layak untuk aku membangga-banggakannya. Lagi pun semua itu boleh hilang dengan sekelip mata. Dengan izin Allah.” Monolog dalaman Faiz suatu masa dahulu.

"Iz memang layak, 'Muhammad Faiz bin Tuan  Muhammad Amir al-Farisi' anak Umi memang layak dengan anak Imam tu. Anak Umi kan baik, tak tinggal solat, hormati Umi, hafiz Qur’an, peramah, bakal seorang doktor dan “handsome” lagi. Macam abinya.

“Ada-ada la Umi ni”..rungut manja Faiz.

Faiz tersenyum mendengar kata-kata pujian Uminya itu. Dia terus merangkul leher Uminya.  Pelukannya dikemaskan.

Hinggap juga beberapa ciuman seorang anak di pipi Umi yang disayangi.
Ciuman itu juga ciuman yang halal. Dapat mengumpul pahala yang besar lagi. Lebih baik daripada sentuhan dan ciuman seorang lelaki kepada seorang yang bernama perempuan ajnabi. Yang pasti  haram.

Bergomolan dengan babi lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan muhrim.

Umi satu–satunya darah daging yang ada di Malaysia. Abinya telah lama pergi menemui Ilahi. Pergi semasa melaksanakan ibadah haji dua tahun lepas. Abinya meninggalkan harta kekayaan yang begitu banyak, syarikat perniagaan yang besar, termasuk rumah mewah yang didudukinya sekarang.

Abinya terlibat dengan perniagaan minyak, perhotelan, projek perumahan, rumah sewa, dan perdagangan antarabangsa yang melibatkan penjualan makanan halal. Harta yang ditinggalkan berjumlah jutaan ringgit. Syarikat diuruskan oleh orang kepercayaan Almarhum di bawah tinjauan Umi. Untung tahunan daripada kesemua syarikat amat besar. Duit yang masuk ke dalam akaun Faiz dan Adli setiap bulan sahaja masing-masing berjumlah puluhan ribu ringgit. Begitu juga dalam akaun Umi. Syarikat perhotelan “Maju Jaya” di atas nama Adli, manakala syarikat perumahan dan rumah sewa “Sinar Jaya” di atas nama Faiz. Syarikat-syarikat lain berada di bawah umi mereka.

Walau bagaimanapun, kemewahan ini tidak digunakan untuk bermegah-megah, sebaliknya digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan menolong insan-insan yang memerlukan pertolongan.

Faiz hanya memakai kereta buatan tempatan “Viva” yang digunakan untuk belajar di UIAM, manakala adiknya di Mesir lagi zuhud, tidak memiliki sebarang kenderaan, hanya menggunakan pengangkutan awam dan tinggal di rumah sewa biasa bersama teman-teman. Faiz tahu kerana dia pernah melawat dan melihat sendiri adiknya di sana.

Faiz kagum dengan  adiknya yang pintar, hafiz Qur’an, fasih bahasa Arabnya, alim ilmu fiqh, sirah, tasawur, kuat ingatan dan pandai berhujah.

Adiknya juga meminati bidang perubatan cuma bidang yang berbeza dengan dirinya. Adiknya lebih kepada Kepakaran Otak, manakala dirinya doktor dalam bidang biasa iaitu Ortopedik.

“Beginilah acuan yang dilahirkan oleh Maahad Tahfiz Sains” Fikirnya terkenangkan adiknya.

Lupa akan dirinya, juga aliran Maahad Tahfiz Sains. Sekolah sama dengan adiknya.

Memang dia kurang nampak kebaikan dirinya. Hanya kebaikan orang lain yang dilihatnya. Ini semua hasil daripada penanaman ilmu yang mantap ke dalam dirinya oleh ustaz-ustaz, abi dan uminya. Walaupun tidak lama untuk bersama abi di dunia ini, tetapi tinggalan ilmu dan didikan abi begitu bermakna. Kuat melekat di hati kedua-dua beradik ini.

Umi ku..

Umi juga banyak terlibat dengan kerja-kerja sosial semenjak pemergian abi. Umi menubuhkan rumah kebajikan untuk anak-anak yatim dan juga rumah perlindungan wanita yang menghadapi pelbagai masalah.
Banyak masa Umi dihabiskan untuk melapangkan diri di kedua-dua pusat itu yang terletak di kawasan desa. 


“Taman As-Shabab”  dan “Taslama Nisa’.


Pahala daripada amal kebajikan ini turut diniatkan dan disedekahkan kepada arwah suaminya,  abi. Inilah lambang cinta yang dibina untuk arwah suaminya. Cinta kerana Allah.

Sesungguhnya menolong orang amat besar pahalanya, apatah lagi menolong orang yang dalam kesusahan dan anak-anak yatim. Hal ini dijamin oleh Allah swt di dalam al-Qur’an. 

“Adli” adiknya. Belajar di Mesir. Jarang-jarang sekali balik dek kesibukan. Kalau tidak diikutkan kesibukan, hari-hari boleh terbang balik.

Namun, impian yang melonjak-lonjak di hati harus digenggam. Cinta kepada keluarga perlu dikongsi bersama cinta kepada ilmu.

Hanya telefon dan Internet yang menghubungkan dan merapatkan mereka. Ditambah dengan acuan doa. Hubungan yang amat erat.

Faiz gembira kerana dikurniakan keluarga yang bahagia. Dikurniakan Umi yang solehah, cantik dan penyayang serta dikurniakan adik yang baik dan Insya Allah, juga adik yang soleh.

“Muhammad Adli”. Rindu dia dengan nama itu.

"Bilakah kita boleh berjumpa lagi?"


“Kalau Iz dah setuju”, besok Umi pergi pinang dengan Kak Sarah dan Mak Cik Esah. Nama dua orang pembantu rumahnya disebut. Iz ikut sekali nanti.

“Baik la Umi.” Faiz lebih gembira melihat Umi gembira.

“Iz setuju. Asalkan Umi bahagia”, ujarnya.

“Sayang anak Umi.” Ikhlas Umi bicara. Lama menatap wajah sejuk anak sulungnya. 

Terimbau kembali mengenangkan anak yang sudah 22 tahun dipelihara dan dijaganya. Anak sulungnya itu dilahirkan pada 17 Muharram 1409 Hijrah. Dia dan Abi amat gembira dengan kelahiran itu. Anak yang dididiknya semasa dalam kandungan lagi. Suaminya amat mengambil berat tentang kandungannya, berharap anak yang soleh akan dilahirkan nanti. Anak yang boleh membawa ibu bapa menuju syurga Allah. Jadi, makan minumnya amat dijaga. Tidak dibenarkan sama sekali sekelumit makanan yang haram dan syubhah masuk ke dalam mulut isteri tersayang. Abi amat berharap anaknya mampu menjadi seorang penghafal al-Qur’an dan berakhlak dengan akhlak al-Qur’an. Anaknya tidak diajar dengan kemewahan yang dimiliki. Tidak rela nanti melihat anaknya bertuhankan harta, kejar dunia semata-mata dan lupa akhirat. Kini anaknya sudah membesar. Sudah memasuki alam remaja. Boleh memikul amanah yang besar. Berkahwin.

Fikirnya. “Tiada sebab Imam kampung sebelah tak boleh terima anaknya sebagai menantu”

Tiada sebab “Syima” tak boleh menjadi menantunya.

“Kalau tak terima anakku, Iz sebagai menantu.  Akan kutanya sebab-sebab, satu persatu”.

Begitulah watak “Siti Musalmah”, ibu “Muhammad Faiz” yang begitu suka memberi dan meminta penjelasan. Dengan sifat sebegitu juga dia berjaya mendidik kedua-dua anak lelakinya menjadi anak yang soleh. Anak yang taat kepadanya dan arwah suami. Dan yang lebih utama taat kepada Allah dan Rasul.



Bersambung...

Friday, February 18, 2011

2: Keluarga Yang Beriman

Selepas solat Isya', keluarga Imam Zainul berkumpul untuk minum malam dan menjamah sedikit makanan ringan.

“Begitu mudah Nur terima pinangan?”. Tanya maknya.

“Macam dah kenal lama.” Sambung Imam Zainul.

“Nur ikhlas terima pinangan?” Soal emaknya sekali lagi apabila melihat anak gadisnya hanya berdiam diri.

“Nur ikhlas terima mak..abah.” Nur dah lama mengenali Mak Cik Musalmah. Semasa mengikuti majlis pengajian agama di tamannya lagi. Mak kan pernah jumpa dia?

"Ea, mak pernah jumpa tapi dah lama kan? Ingat-ingat lupa. Mak dah tak larat sekarang nak berkunjung ke taman sebelah. Tamannya jauh dan luas. Lagipun keuzuran melanda mak." Tutur Mak Cik Fatimah menyedari dirinya yang sedikit lumpuh akibat penyakit strok.

Walaupun kenal. Nur belum pernah berkunjung ke rumah Mak Cik Musalmah. Tapi Nur yakin, walaupun sederhana hidupnya, dia seorang yang baik, penyayang dan mengambil berat tentang hal orang lain. Insya Allah, sifat sebegitu ada pada anak lelakinya yang Nur tak pernah jumpa. “Faiz”.

Insya Allah, abah akan bertaaruf nanti dengan dia.” Abahnya berbicara.

“Emaknya tadi dah ambil nombor telefon abah.”

“Abah tunggu anak muda tu telefon.”

“Anak dia kerja apa abah?” Tanya Zahid, abang sulung Syima yang sejak tadi hanya memerhatikan abah, mak dan adik bongsunya yang ralik berbual.

“Abah pun tak tanya tadi. Lupa pulak.”

“Masih belajar rasanya, melalui gaya perbualan Mak Cik Musalmah tadi.” Tambah emak Syima.

“Syima tak kisah ke?” Soal abangnya.

“Syima tak kisah, Syima pun masih belajar.”

“Yang penting agama dan akhlaknya baik.” Mendatar jawapan Syima.

“Lagipun abah boleh bantu kan?”

“Takkan nak tunggu Syima dapatkan lembu seekor dulu dengan duit sendiri, baru boleh kahwin.”


Syima menjeling manja ke arah abahnya selapas melepaskan kata-kata itu. Dan senyum. Dia mengulangi ayat abahnya yang sering digunapakai dalam tazkirah dengan membuat sikit perubahan.

Abahnya membalas senyuman.

“Eya-eya, betul kata Nur.”

“Jangan nak salahkan lembu.”

“Tak mampu nak beli lembu seekor, dah tak boleh kahwin.”

“Ini salah namanya.”

“Lembu dengar nanti hairan pulak dia.”

Ketiga-tiga beranak itu sedikit gelak mendengar ucapan Imam Zainul. Mereka geli hati.

“Kita mudahkan, jangan susah-susahkan.” Sambung Imam Zainul yang arif dengan hukum agama.

“Mak ayah pun satu hal.”

“Akibat adat yang lebih diutamakan, macam-macam perkara negatif timbul. Wujudnya zina, lahirlah anak luar nikah. Lepas tu heboh bayi dibuang, bayi dibunuh dan bayi diblender. Dashyat betul!  Nauzubillah. Imam Zainul ralik dengan kata-kata yang penuh manfaatnya.





Bersambung...

Wednesday, February 16, 2011

Guru: Orang yang mudah masuk Syurga

Guru dekat dengan nasihat iaitu mampu menasihati para pelajar dengan perkara-perkara baik.

Monday, February 14, 2011

Maulid Nabi

The Birth of the Prophet

Amat besar cinta Rasulullah kepada umatnya.

Bagaimana cinta kita kepada Baginda?

Usahlah kita menjadi seorang penipu apabila hanya bersemangat dalam membuat sambutan pada hari lahir nabi dengan membuat perarakan, namun perintah wajib Allah tidak ditunaikan, sunnah nabi diabaikan & tidak berakhlak dengan akhlak Islam.

Kita mengaku sebagai orang Islam & menyayangi nabi, tetapi..
i- Bagaimana dengan solat kita?
i- Mana pakaian Islam kita? Kenapa membiarkan aurat kita terdedah?
iii- Macam mana dengan ucapan zikir & selawat kita?

p/s: Cinta kepada nabi itu perlu kita tonjolkan setiap hari. 

-advice to myself-

Sunday, February 13, 2011

Kita boleh bentuk...

Bismillahirahmanirrahim...
Innal hamdulillah, nahmaduhu wa nasta’eenuhu wa nastaghfiruh, na’udhu billahe min shurure anfusinaa wa sayyi’aate A’maalena:
Man yahdihillah, fahuwal muhtad,
Wa man yudhlil fa lan tajida lahu waliyyan murshidaa,
Wa ash-hadu an laa ilaaha illah wahdahu laa sharika lah,
Wa ash-hadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh,
Allahumma sale ala Muhammaden wa aale Muhammad wa sallama tasleeman kathira.

Amma Ba’d:  Qaalallaho Ta’ala fi kitabihil kareem, ba’da authubillahe minal Shaytan el-rajeem:

In today’s khutbah, I like to talk about 'Revolusion'

Revolusion in our self
Revolusi dalam diri.
-Perubahan diri & jiwa. Penting bagi kita membuat perubahan dalam diri sendiri dahulu sebelum membuat perubahan kepada corak hidup masyarakat yang telah menyerap unsur-unsur negatif luar yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Usah membiarkan futur (Iman melemah) menguasai diri.

Seorang Da'i seringkali terperangkap dengan futur. Hal ini amat merbahaya sekiranya tiada langkah mengatasinya diambil.

p/s: Mendidik diri sendiri sebelum mendidik orang lain.


Qaalallaahu ta’aala: Innallaaha wa malaaikatuhu yusalluna ‘alan nabiyy, ya ayyuhal lathina aamanu sallu alayhi wa sallimu tasleema, allaahuma salli alaa Muhammadin wa aale Muhammad, kamaa sallayta alaa Ibrahim wa alaa aale Ibrahim, wa Baarek Alaa Muhammaden wa alaa aale Muhammad, kamaa baarakta alaa Ibrahim, wa alaa aale Ibrahim, fel aalameen, innaka Hamidun Majid

Ibaad Allaah,  innallaaha ya’muru bil adli wal ihsaani wa eetaaidhil qurbaa, wa yanhaa ‘anil fahshaai wal munkari wal baghy. Yaidhukum la’allaakum tathakkaroon, wa la thikrullaaahi akbar, wallaahu ya’lamu maa tasna’oon.

Thursday, February 10, 2011

Pinjaman Sementara

Allah sebagai Tuan Pemberi Pinjaman.
Ibu bapa sebagai peminjam.




Sesungguhnya harta dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu), dan di sisi Allah pahala yang besar (At-Taghabun: 15)


Oleh:
yang 'alim

Tuesday, February 8, 2011

Kekang Nafsu

Bersahabat dengan orang jahil yang tidak menurut hawa nafsu lebih baik daripada bersahabat dengan orang 'alim yang tunduk kepada nafsu. 
Ilmu apakah yang dapat dipanggil ada pada orang 'alim yang ditawan oleh nafsunya dan kejahilan apakah yang dapat disebutkan bagi seseorang yang sudah dapat mengekang nafsunya.
(Syeikh Ibn Ata'illah dalam al-Hikam)


Sumber: Hikmah al-Hikam

Thursday, February 3, 2011

Mencari Khusyuk



"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Subuh dan Asar) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238]

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk. (Iaitu) orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46]

Wednesday, February 2, 2011

Perpisahan

Nasihat terakhir daripada ustaz (Ust Anhar) sebelum berangkat ke Jordan utk menyambung pelajaran.

1. Cari keberkatan (pada harta, makanan dan usia). Apa itu berkat? Jawapan: benda yang sedikit dapat memenuhi banyak perkara
2. Tolong-menolong. (tolong-menolong dl perkra kebaikan)
3. Tepati masa. (belajar tepati masa dengan solat berjamaah. Apabila kita solat berjamaah, maka kita akan tepati waktu)
4. Jaga makanan (cari makanan halal)



Rabu, 28 Safar 1432 @ 2/2/11
Kuliah Manghrib, Masjid Jamek, T.M.