Zalim vs Adil
Zalim: Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Adil: Meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Alhamdulillah. Sekejap tadi dapat bersua dengan seorang pekerja asing, Muhammad Harun (pekerja berpassport dari Bangladesh) di surau. Harun bekerja di kawasan pembinaan UPSI (kampus yang sedang dibina di Proton City). Sempat Harun bercerita tentang masalahnya di sini apabila kubertanya tentang kerjanya.
Masalahnya:
1. Tauke Harun (orang Cina) bermasalah dalam urusan pembayaran gaji.
2. Sering diugut oleh polis (orang India dan Melayu) di Tanjung Malim yang meminta duit daripadanya.
Amat sedih mendengar ceritanya. Sudahlah duitnya banyak habis demi sahabatnya yang sakit paru-paru (baru sahaja pulang ke Bangladesh kerana tidak mampu meneruskan pekerjaan). Diriku hanya mampu menasihatinya supaya bersabar. Sempat juga menasihatinya supaya jangan lagi memberi wang kepada polis-polis durjana ini (Insya Allah tidak semua polis berperangai begini. Kuyakin ramai lagi polis yang baik di luar sana).
Katanya: Orang jahat ada di mana-mana, bukannya di Malaysia sahaja. Di Bangladesh pun ada orang sebegini.
p/s: Orang yang teraniaya amat makbul doanya. Si penzalim pasti akan menerima balasan sekiranya taubat tidak didahulukan.
No comments:
Post a Comment