Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Monday, May 24, 2010

Mandi

Seseorang yang memeluk Islam disunatkan mandi (jika tidak berhadas). Sekiranya berhadas besar sebelum memeluk Islam (contohnya haid), maka perlu mandi wajib.

Ada pendapat (sedikit) mengatakan tidak perlu mandi wajib kerana dengan ucapan dua kalimah syahadah (apabila memeluk Islam), seseorang itu sudah dianggap bersih.


Sedih terkenangkan housemate (Cina Muslim) yang didatangi oleh kawan tabligh:
Memaksanya mandi wajib. Siap buat gaya sekali.
Kebetulan diriku & kawan-kawan yang lain tiada di rumah.
Takut sekali katanya. 2 orang vs dia seorang.

Sumber:
Kuliah Maghrib Surau al-Firdaus Caltex Sri Sentosa

Saturday, May 22, 2010

10 Sahabat Dijamin Syurga

1. Abu Bakar Siddiq ra.

Beliau ialah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam al-Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang daripada dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada di dalam gua, pada waktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”.

Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang tidak kamu melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadis.

2. Umar Bin Khatab ra.

Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu meredakan penentangan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat. Pada zaman pemerintahan beliau, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur dapat ditakluki dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karana dibunuh, dikuburkan berdekatan makam Abu Bakar dan Rasulullah, bekas rumah Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar. Semasa pemerintahan beliau, seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu kerana pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafat. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Kufah, Iraq.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif dalam setiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar daripada mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal pada zaman pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga melalui Abu Bakar as-Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Memeluk Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai pergerakan musuh (Quraisy). Meninggal pada usia 70 tahun dan dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal dunia pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karana wabak taun, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.


Diedit drp:
http://halaqah-online.com/v3/?option=com_content&view=article&id=110:10-sahabat-dijamin-syurga&catid=66:sirah-tokoh-sahabat-nabi&Itemid=72

Wednesday, May 19, 2010

Jaga 7 Sunnah Rasulullah saw

1. Tahajjud [Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjud]
2. Baca al-Qur'an
3. Solat subuh berjamaah di Masjid
4. Solat dhuha [kunci rezeki]
5. Jaga sedekah setiap hari {harta, perbuatan @ perkataan}
6. Jaga wudhu' terus menerus [Allah sayang]
7. Amalkan istighfar [menenangkan jiwa]



Sumber:
my book

Thursday, May 13, 2010

Muhasabah Diri

"Seandainya dosa itu dapat dihidu. Pastinya tiada seorang pun yang akan berdampingan denganku."

"Sesungguhnya aku tahu 100% sifat baik. Tetapi aku tidak yakin sifat-sifat ini ada dalam diriku."



Sumber:
Tanyalah Ustaz.

Muhammad bin Wasir
Yunus bin Ubai

Saturday, May 8, 2010

Doakan Sahabat

Mendoakan Sahabat Tanpa Pengetahuannya

Indahnya Islam, menganjurkan supaya umatnya saling mendoakan antara satu sama lain, samada orang yang didoakan itu mengetahuinya ataupun tidak, lelaki atau perempuan, yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Hal Ini berdasarkan firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman.” (Surah al-Hasyr: ayat 10)

Firman-Nya lagi yang tafsirnya :

“Dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan.” (Surah Muhammad: ayat 19)

Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

“Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada (tanpa pengetahuannya), maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Malah doa seorang muslim terhadap saudaranya yang lain tanpa pengetahuannya adalah mustajab berdasarkan hadis Rasulullah saw yang maksudnya :

“Adapun doa seorang Muslim bagi saudaranya yang tidak hadir adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan bagi saudaranya itu, malaikat yang diwakilkan itu pula berkata: “Amin, dan bagimu seumpama apa yang engkau doakan itu.” (Hadis riwayat Muslim)


Diedit daripada:
http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg00333.html

Friday, May 7, 2010

Raja Chulalongkorn

Raja Chulalongkorn (1868-1910): Peranan dan Sumbangan dalam Memajukan Thailand

Raja Chulalongkorn (Rama V) lahir pada 20 September 1853 dan menaiki takhta pada usia 16 tahun selepas kemangkatan Raja Mongkut (Rama IV, yang bertindak menukar nama Siam kepada Thailand pada tahun 1839) pada tahun 1868. Sebelum mencapai usia 21 tahun, tampuk pemerintahan Thailand adalah di bawah pemangku raja iaitu Chao Phrya Suriyawongsi (1868-1873). Raja Chulalongkorn mendapat pendidikan awal daripada Puan Anna Leonowens dan Robert Morant yang berjaya mengubah pemikirannya. Raja Chulalongkorn digelar “Bapa Pemodenan” Thailand kerana berjaya membawa kemajuan dan kemodenan kepada Thailand. Raja Chulalongkorn mengaplikasikan sistem Barat dalam pemerintahan untuk menjamin kedaulatan Thailand. Secara tidak langsung, situasi ini telah menyebabkan Raja Chulalongkorn berjaya mengekalkan pemerintahannya di Thailand tanpa sebarang gangguan daripada kuasa Barat.

Sistem pentadbiran Barat telah diaplikasikan bagi memajukan Thailand. Pada tahun 1887, Putera Devawongse dihantar ke England untuk mengkaji dengan teliti sistem kabinet bagi disesuaikan dengan keperluan Thailand. Akhirnya sistem kerajaan bercorak kabinet Eropah telah dibentuk iaitu dengan penubuhan Majlis Masyuarat Tertinggi dan Majlis Penasihat. Kedua-dua ahli majlis ini bebas menyuarakan pendapat secara terbuka bagi mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat Thai. Pada 1 April 1892, sistem pentadbiran pusat yang moden telah ditubuhkan. Melalui sistem ini, 12 Kementerian telah diperkenalkan yang diketuai oleh putera-putera raja yang berpendidikan Barat serta dibantu oleh penasihat-penasihat daripada Barat. Kementerian Keadilan misalnya, diketuai oleh Putera Rabi dan dibantu oleh penasihat dari Jerman iaitu Rolin Jacquemins. Secara umumnya, sistem pentadbiran yang bercorak kebaratan ini telah memberi kelebihan kepada Raja Chulalongkorn untuk terus mentadbir dan memajukan Thailand.

Sistem kehakiman juga telah diubah oleh Raja Chulalongkorn demi kemajuan Thailand. Pada Tahun 1894, Mahkamah Jenayah dan Mahkamah Awam ditubuhkan. Sekolah undang-undang juga didirikan bagi menggalakkan pelajar Thailand mempelajari sistem kehakiman Barat. Perubahan dalam sistem kehakiman telah memberi erti yang cukup besar kepada Thailand dalam mencapai kemajuan. Perubahan yang dilaksanakan oleh Raja Chulalongkorn dalam sistem kehakiman telah membawa perubahan besar kepada Thailand dalam mencorak ciri-ciri sistem kehakiman negara Eropah dalam merentasi arus kemajuan.

Peranan dan sumbangan Raja Chulalongkorn dalam sistem pendidikan juga cukup besar. Perubahan telah dilakukan dalam institusi sekolah dengan penekanan kepada ilmu sains, teknologi dan kemahiran. Pada tahun 1871, sekolah Inggeris telah diperkenalkan. Pengajaran di sekolah ini tertumpu kepada kemahiran bahasa Inggeris, ilmu sains, seni dan matematik yang bersifat moden. Buku-buku teks lama turut digantikan dengan buku-buku teks yang terkini serta dicetak menggunakan dakwat berkualiti dan diedarkan secara percuma kepada pelajar. Markah lulus dalam peperiksaan juga telah dinaikkan atau dipertingkatkan pada tahun 1884, demi menapis pelajar yang benar-benar pintar sahaja dapat menceburi diri dalam sistem pentadbiran kerajaan. Melalui perubahan yang dilakukan ini, Raja Chulalongkorn menyedari betapa pentingnya modal insan demi kemajuan Thailand.

Program penghantaran pelajar ke luar negara turut giat dijalankan. Pelajar-pelajar pintar dan kerabat diraja telah dihantar ke luar negara bagi menuntut pelbagai ilmu seperti pentadbiran, undang-undang, kewangan, ketenteraan di samping memantapkan kemahiran bahasa Inggeris. Pada tahun 1872, 14 orang sepupu Raja Chulalongkorn dihantar ke Raffles Institution, Singapura. 300 orang kaum kerabat lagi turut dihantar ke Eropah. Ringkasnya, melalui program luar negara ini, rakyat Thailand terdedah dengan dunia luar akhirnya mampu membawa kemajuan kepada Thailand kesan daripada ilmu yang telah banyak dipelajari.

Sistem perhubungan dan kemudahan infrasruktur juga diambil peduli oleh Raja Chulalongkorn. Jalan raya telah dibina menghubungkan kawasan pedalaman ke pusat-pusat ekonomi dan perindustrian. Terusan turut dibina demi aliran air yang sempurna. Kereta api turut dibina dengan landasannya menghubungkan Korat dan Paknam pada tahun 1893. Kemudahan ini telah memudahkan rakyat Thailand dan orang asing menjalankan kegiatan ekonomi serta menjimatkan masa, kos dan tenaga. Situasi ini telah membawa kemajuan yang bermakna kepada Thailand.

Daripada segi sosial, adat-adat yang menjadi kebiasaan Thailand telah dihapuskan. Misalnya, adat bersujud ketika menghadap raja Thailand telah dihapuskan pada tahun 1873. Sistem perhambaan turut dihapuskan secara berperingkat-peringkat melalui undang-undang Pengabdian 1874, sebelum dihapuskan seratus peratus pada tahun 1905. Adat perhambaan dalam pasukan tentera dan polis oleh golongan Pra dan Shui turut dihapuskan. Mudah difahami bahawa adat yang dianggap sudah ketinggalan ini telah diubah oleh Raja Chulalongkorn melalui kuasanya demi perubahan dan menjana kemajuan Thailand.

Sistem ekonomi turut rancak berkembang di bawah pemerintahan Raja Chulalongkorn. Sistem pertanian, khususnya aspek penanaman padi amat diberi keutamaan dengan pembinaan sistem pengairan moden di bawah Jabatan Tali Air. Bank-bank Inggeris turut ditubuhkan bagi tujuan pemberian pinjaman kepada petani. Padi yang dihasilkan amat berkualiti dan dapat dikeluarkan dua kali dalam setahun. Perubahan dan pembaharuan dalam sistem pertanian telah membawa erti yang cukup besar kepada Thailand untuk terus maju.

Raja Chulalongkorn turut meneruskan polisi luar negara iaitu dasar buka pintu yang dipelopori oleh Raja Mongkut. Raja Chulalongkorn telah menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara asing khususnya daripada Eropah. Buktinya, Raja Chulalongkorn telah menandatangani perjanjian persahabatan dan perdangangan dengan Belgium, Itali, Sweden dan Norway pada tahun 1868. Pada tahun 1872, perjanjian sama dibuat dengan Jerman. Hal ini telah menyebabkan wujud banyak pejabat kedutaan asing di Bangkok. Secara ringkas, dapat kita fahami, polisi luar ini telah memajukan Thailand khususnya dalam bidang ekonomi ekoran kemasukkan pelabur-pelabur asing.

Kesimpulannya, kebijaksanaan Raja Chulalongkorn mencorak pentadbiran Thailand telah berjaya mengekalkan kedaulatan Thailand tanpa sebarang penjajahan kuasa asing secara langsung. Situasi ini membuka peluang kepada Thiland untuk mencorak kemajuan dengan memperkemaskan sistem politik, ekonomi, dan sosial di samping bersahabat dengan negara-negara Eropah yang begitu giat menjajah negara-negara Asia Tenggara.

Bibliografi
David K. Wyatt (1969). The Politics of Reform in Thailand: Education in the Reign of King Chulalongkorn. Thailand: Yale University Press.

Hussein Ahmad B.A. (Hons.) (1971). Sejarah Thailand Dari prasejarah hingga sekarang. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ibrahim Mustafa B.A (Hons), Dip. Ed. (Malaya) (1994). Pengkajian Sejarah Moden. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kobkua Suwannathat-Pian (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Noel Bottye (1974). The Military, Government and Society In Siam, 1868-1910 : Politics and Military Reform during The Reign of King Chulalongkorn. U.S.A: Xerox University Microfilms, Ann Arbor, Michigan.

Monday, May 3, 2010

Ikhlas


Dari segi bahasa: ikhlas bermakna bersih daripada kotoran dan menjadikan sesuatu bersih & tidak kotor. Maka orang yang ikhlas adalah orang yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah SWT sahaja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riak dalam beramal.

Dari segi istilah: ikhlas bererti niat mengharap redha Allah SWT sahaja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. Memurnikan niatnya daripada segala kotoran yang merosakan.


Peranan Niat dalam Amalan dan Kewajiban Ikhlas di dalamnya

Setiap amalan itu bergantung kepada niatnya sebagaimana sabda nabi saw: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan balasan (dari amalannya) sesuai dengan niatnya.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Akibat tidak Ikhlas
Sebuah hadis nabi saw yang menceritakan keadaan orang yang tidak ikhlas dalam amalannya,(ertinya):

“Sesungguhnya manusia yang pertama dihisab pada hari kiamat nanti adalah seseorang yang mati syahid, di mana dia dihadapkan dan diperlihatkan kepadanya nikmat yang telah diterimanya serta ia pun mengakuinya, kemudian ditanya: Apakah yang kamu gunakan terhadap nikmat itu? Ia menjawab: Saya berjuang di jalan-Mu sehingga saya mati syahid. Allah SWT berfirman: Kamu dusta, kamu berjuang (dengan niat) agar dikatakan sebagai seorang yang berani, dan hal itu sudah dipenuhi (sudah dipuji manusia). Kemudian Allah SWT memerintahkan untuk menyeret orang tersebut yang akhirnya dia dilemparkan ke An Nar (neraka).

Kedua, seseorang yang belajar dan mengajar serta suka membaca Al-Qur’an, dia dihadapkan dan diperlihatkan kepadanya nikmat yang telah diterimanya serta ia pun mengakuinya, kemudian ditanya: Apakah yang kamu gunakan terhadap nikmat itu? Ia menjawab: Saya telah belajar dan mengajarkan Al-Qur’an untuk-Mu. Allah SWT berfirman: Kamu dusta, kamu belajar Al Qur’an (dengan niat)agar dikatakan sebagai orang yang alim (pintar), dan kamu membaca Al Qur’an agar dikatan sebagai seorang Qari’ (ahli membaca Al-Qur’an), dan hal itu sudah dipenuhi (sudah dipuji manusia). Kemudian Allah SWT memerintahkan untuk menyeret orang itu yang akhirnya dia dilemparkan ke dalam An Nar.

Ketiga, seseorang yang dilapangkan rezekinya dan dikurnia berbagai macam kekayaan, lalu dia dihadapkan dan diperlihatkan kepadanya nikmat yang telah diterimanya serta ia pun mengakuinya, kemudian ditanya: Apakah yang kamu gunakan terhadap nikmat itu? Ia menjawab: Tidak pernah aku tinggalkan suatu jalan yang Engkau sukai untuk berinfak kepadanya, kecuali pasti aku akan berinfak karana Engkau. Allah SWT berfirman: Kamu dusta, kamu berbuat itu (dengan niat) agar dikatakan sebagai seorang yang dermawan, dan hal itu sudah dipenuhi (sudah dipuji manusia). Kemudian Allah SWT memerintahkan untuk menyeret orang tersebut yang akhirnya dia dilemparkan ke dalam An Nar.” (HR. Muslim)

Demikianlah ketiga-tiga orang yang beramal dengan amalan mulia tetapi tidak didasari keikhlasan kepada Allah SWT. Allah SWT lemparkan mereka ke dalam An Nar. Semoga kita termasuk orang-orang yang boleh mengambil pelajaran daripada kisah tersebut.

Semoga Allah SWT memaafkan & mengampuni kekurangan-kekurangan ibadah kita yang telah lalu dan menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang mukhlishin (hamba yang ikhlas). Amin, Ya Rabbal alamin.

Sumber:
Disedit & diubah daripada,
http://www.dakwatuna.com/2008/tiga-ciri-orang-ikhlas/
http://www.assalafy.org/mahad/?p=36

Saturday, May 1, 2010

Doa

Doa Kesejahteraan Umat Islam


Ya Allah,
Muliakan Islam & kaum Muslimin.
Hinakan kemusyrikan serta orang yang musyrik.
Hancurkan musuh-musuh agama.
Jadikan negara ini aman, serta negara-negara Islam lainnya.
Berilah dokongan kebenaran kepada pemimpin-pemimpin negara kami.
Jadikan mereka pada segala yang Engkau sukai & Engkau redhai. Jadikan pendamping mereka orang yang soleh.
Jadikan nasihat-nasihat mereka sebagai kebaikan & ketakwaan.

Wahai Yang Maha Pemurah,
Berilah petunjuk kepada seluruh penguasa Muslim untuk menerapkan syariat-Mu serta sunnah rasul-Mu.
Berilah petunjuk kepadanya & orang yang mendapinginya jalan menuju keagungan Islam & kesolehan orang Islam.

Wahai Yang Maha Penyayang,
Kurniakanlah rahmat kepada hamba-Mu yang beriman.
Ampunkanlah kaum Muslimin & Muslimat.
Satukan hati-hati mereka pada jalan-Mu.
Tunjukkan mereka jalan-jalan kedamaian.
Jauhkan mereka daripada kejahatan & fitnah baik yang nampak @ tersembunyi.

Wahai Yang Maha Penyelamat,
Hidupkan kami sebagai orang Islam.
Matikan kami sebagai orang Islam.
Akhiri hidup kami dengan kebaikan.
Jadikan akhir segala urusan kami dengan baik.

Wahai Yang Maha Penolong,
Tolong saudara-saudara kami para mujahidin di jalan-Mu di mana saja mereka berada.
Tolong saudara-saudara kami di Palestin, Kasymir & Chehnya.
Mereka itu lemah, maka angkatlah.
Mereka itu lapar, maka kenyangkanlah.
Mereka dizalimi, maka tolonglah.

Wahai Yang Maha Pelindung,
Sayanglah mereka semua.
Tolonglah kekurangan mereka.
Permudahkan segala urusan mereka.
Tolonglah mereka daripada musuh-Mu & musuh mereka.

Wahai Yang Maha Agung & Maha Mulia,
Murka-Mu bagi orang Yahudi & yang melampaui batas.
Sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan-Mu.
Kami mohon Engkau perlihatkan kehebatan kekuasaan-Mu kepada orang Yahudi.

Ya Allah yang menurunkan kitab, yang mengerakkan awan, yang menghancurkan segala kelompok.
Hancurkan mereka & goncangkanlah.
Berikan pengajaran kepada mereka.

Ya Allah,
Bebaskanlah wilayah suci kaum muslimin daripada kekacauan & kebencian mereka.
Berilah kebaikan kepada pemuda-pemuda Muslim.
Peliharalah wanita Muslim dengan jilbab, kehormatan serta rasa malunya.
Jauhkan mereka daripada fitnah & difitnah.
Jauhkan mereka daripada tipu muslihat & permusuhan daripada para musuh.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Tunjukkan kami semua untuk beramar ma'ruf-nahi mungkar, pada apa yang Engkau suka & Engkau redhai.




Sumber:
Doa Imam Masjidil Haram,
Syeikh Suddais.