Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang


"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Friday, November 29, 2013

Dengan Nama Allah

Bismillahirrohmanirrohim..

Apabila kita ingin memulakan sesuatu, sebutlah "dengan nama Allah"..Nak makan, nak bekerja, nak bersukan dll semuanya "dengan nama Allah"

Tiada orang yang nak curi selipar jemaah di masjid sebut 'bismillah'. Maka dengan sendirinya kebaikan dapat diwujudkan. Hanya Allah yang dapat menjaga manusia dengan 'hukumnya'..manusia tidak boleh menjaga manusia, polis tidak boleh menjaga manusia, lembu tidak boleh menjaga lembu...tuan lembu jah boleh jaga lembu.

-TGNA, Jumaat 29/11/13, Medan Ilmu, Kota Bharu.

Tuesday, January 1, 2013

Kasih Allah kepada Hamba-Nya

Allah bersedia mengampunkan dosa-dosa kita,
Andai dosa kita memenuhi penjuru langit & bumi sekalipun,
Dengan syarat jangan kita syirik kepada Allah,
InsyaAllah,
Allah Maha Penerima Taubat.

Wednesday, November 7, 2012

Pencipta

Ya Allah..Engkau Tuhanku, aku hamba-Mu.

Saturday, March 17, 2012

SUBHANALLAH

Maha Suci Allah



Orang yang mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yang menjadi kesukaan Allah berbanding kesukaan zahir dan batinnya. Dia akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Kekasihnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya.

Saturday, December 17, 2011

Mulia

Kita yang selalu ke surau tidak semestinya lebih mulia daripada seorang pendosa sekiranya dia bertaubat..

Tuesday, November 1, 2011

Susu ibu & ibu susuan

Betapa bernilainya susu ibu sehinggakan bayi yang dilahirkan dalam keluarga lain & meminum susu itu sehingga kenyang menjadikannya taraf "anak susuan" dan menjadi mahram kepada ahli keluarga ibu susuan.


P/s: Anak yang derhaka kepada ibunya bukan sahaja tidak dapat memasuki Syurga, bahkan untuk menghidu bau Syurga pun tak dapat.


Sumber:
Ust. Taib Azamuddin
Taman Bernam
06 Zulhijjah 1432: 9.00 p.m

Sunday, October 30, 2011