Perkara
1. Baca al-Quran
2. Solat Tahajjud
3. Solat Subuh Berjamaah
4. Baca al-Ma'thurat
5. Zikir Harian
6. Solat Zohor Berjamaah
7. Solat Asar Berjamaah
8. Riadah
9. Ziarah
10. Solat Maghrib Berjamaah
11. Solat Hajat
12. Surah Pilihan
13. Solat Isya' Berjamaah
14. Sedekah
15. Buku Haraki
16. Usrah
Sudahkah kubuat?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang
"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"
Sunday, October 31, 2010
Friday, October 29, 2010
Kemalangan
Hari ini. Diriku dan seorang sahabat ditimpa kemalangan. Diriku terbang dan jatuh ke tanah dari motosikal. Alhamdulillah nasib baik tak patah tangan. Cuma luka sedikit je. Kawanku juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Peristiwa ini berlaku semasa diriku dan sahabat dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek, Tg. Malim. Motosikal abangku juga sedikit rosak. Syukran ya Allah.
p/s: Ujian akan menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan..
Oleh:
yang 'alim
21 Zulkaedah 1431.
Peristiwa ini berlaku semasa diriku dan sahabat dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek, Tg. Malim. Motosikal abangku juga sedikit rosak. Syukran ya Allah.
p/s: Ujian akan menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan..
Oleh:
yang 'alim
21 Zulkaedah 1431.
Monday, October 25, 2010
Kesan Kolonialisme
1.0 Pengenalan
Kolonialisme bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain sama ada melalui politik, ekonomi mahupun sosial. Kolonial juga biasa disamaerti maksud dengan imperialisme. Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi sumber ekonomi di Asia Tenggara lebih-lebih lagi pada abad ke-19. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat berusaha untuk mencari tempat yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil bumi antara faktor yang menyebabkan British menguasai Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan industri mereka. Pertapakan British di negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan sistem ekonomi kapitalis. Kolonialisme ini telah memberi kesan negatif dan kesan positif kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan iaitu terkandung dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
2.0 Kesan-kesan Negatif
2.1 Raja Kehilangan Kuasa
Semasa pemerintahan kolonial, raja-raja Melayu telah dipaksa mengikut nasihat para pegawai British dalam semua urusan pentadbiran, kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini tanpa disedari telah menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu secara sedikit demi sedikit. Situasi ini terjadi selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Raja Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Melalui perjanjian ini menandakan bermulanya penguasaan pihak British terhadap negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini diteruskan dengan pengenalan Perlembagaan Malayan Union yang dikuatkuasakan pada tahun 1946, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu tidak disebut tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu telah dikurangkan sehingga kepada keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Segala hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran seperti hal ehwal pentadbiran negeri, hal ehwal pertahanan dan hubungan luar negeri terletak di bawah pengaruh Inggeris. Selain itu, segala urusan pungutan cukai dan kawalan hasil negeri dilakukan mengikut nasihat residen Inggeris. Kehilangan kuasa raja merupakan kesan besar kolonial British daripada aspek politik masyarakat Melayu. Apabila British berjaya mengawal kuasa raja, maka senanglah pihak British untuk mengeksploitasi sumber ekonomi.
2.2 Pembesar Hilang Pengaruh
Sebelum kedatangan kuasa Barat, pembesar-pembesar Melayu mempunyai kuasa penuh untuk memungut cukai, tetapi keadaan ini berubah apabila segala pungutan cukai dan kawalan hasil negeri diambil alih oleh pihak Inggeris. Hal ini menyebabkan pembesar-pembesar Melayu telah kehilangan kewibawaan sebagai seorang pembesar selain kehilangan punca pendapatan serta pengaruh mereka. Misalnya, pengenalan pelbagai dasar pentadbiran kolonial British di Pahang telah mencabar dan menggugat kekuasaan tradisional yang selama ini dipegang oleh sultan dan pembesar. Kehadiran J. P. Rodger sebagai residen British telah mengambil alih segala tugas pembesar. Kerajaan British telah memperkenalkan Undang-undang Tanah yang boleh menyekat kebebasan pembesar-pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka. Akibat penguasaan British, Dato’ Bahaman yang merupakan seorang pembesar di Pahang telah kehilangan kuasa, selain gelaran juga telah dilucutkan serta elaun beliau turut dipotong. Daerah Semantan yang sebelum ini berada di bawah kawalan Dato’ Bahaman telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak British.
2.3 Masyarakat Tempatan Dipinggirkan dalam Ekonomi
Sebelum kehadiran pihak Inggeris di Tanah Melayu, pembesar-pembesar Melayu merupakan pemilik dan pengusaha lombong-lombong bijih di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Disebabkan kaedah melombong yang diamalkan dianggap tidak menghasilkan pengeluaran yang banyak, maka tenaga buruh dan teknologi melombong dari luar telah dibawa masuk. Dasar memberikan keutamaan kepada golongan asing seolah-olah merupakan satu prejudis pihak British bahawa orang Melayu merupakan tenaga kerja yang tidak sesuai bagi industri perlombongan. Pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu sememangnya mengekalkan hubungan yang rapat dengan orang Cina terutamanya golongan elit peniaga dan pemodal Cina kerana kegiatan perdagangan perusahaan dan perlombongan orang Cina menjadi sumber pendapatan yang besar bagi pihak British. Kesan yang ketara daripada dasar Inggeris yang memberikan keutamaan ke atas masyarakat imigran selepas menguasai negeri-negeri Melayu ialah pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa pemilikan lombong dan pekerja lombong Melayu semakin berkurang ke atas perusahaan melombong bijih kerana orang Cina memonopoli kepentingan perusahaan ini di samping pemodal Eropah. Kesan ini boleh diibaratkan orang Melayu seolah-olah merempak di negeri sendiri apabila begitu sukar untuk menempatkan diri dalam ekonomi perdagangan ini.
2.4 Masalah Sosial
Kolonial British juga telah membawa budaya yang bertentangan dengan masyarakat tradisional tempatan. British yang berbudaya barat mengamalkan corak pergaulan bebas di antara jantina, sedangkan masyarakat tempatan khususnya masyarakat tradisional Melayu yang beragama Islam, hal pergaulan amat sensitif. Keadaan ini kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang bukan muhrim yang ditetapkan oleh Islam. Situasi ini telah berubah dan diketepikan setelah Tanah Melayu dijajah oleh British. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pengaruh pakaian barat yang keterlaluan, tarian barat dan lain-lain telah menjatuhkan moral masyarakat Melayu. Kawasan bandar telah dianggap sebagai pusat maksiat dan perkembangan budaya barat yang membawa kemusnahan terhadap orang Melayu.
2.5 Pendidikan Berunsur Penjajah
Pada zaman penjajahan British, terdapat empat aliran persekolahan di Tanah Melayu iaitu sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Wujud pelbagai aliran persekolahan ini berpunca daripada sikap dan dasar Inggeris yang cuba memecahkan perpaduan kaum. Sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu telah dikembangkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Mereka memilih pendidikan sebagai satu saluran untuk mengembangkan agama mereka. Antara sekolah yang terkenal ialah Penang Free School (1816), Convent, Methodist dan sebagainya. Walaupun sekolah-sekolah Inggeris telah dibuka kepada semua kaum, tetapi pada masa itu orang Melayu tidak ramai yang berpeluang untuk belajar di sekolah tersebut akibat tidak mampu membayar yuran persekolahan yang begitu mahal.
British telah menubuhkan sekolah-sekolah yang mengembangkan pendidikan sekular manakala Islam dihadkan kepada perkara-perkara ritual sahaja seperti sembahyang, mengerjakan haji, menyambut hari raya dan lain-lain. Dalam bidang politik, ekonomi dan sosial, Islam telah dipinggirkan dan diganti dengan sistem ciptaan British. Terdapat tiga matlamat utama pendidikan pada zaman kolonial iaitu sekolah sebagai memasyarakatkan kanak-kanak dengan nilai-nilai asing ataupun nilai-nilai bukan peribumi, sekolah sebagai melantik segolongan kecil masyarakat Melayu bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu dan terakhir, bagi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling minimum dan diperingkat yang paling rendah. Jadi, nampak bahawa British memperkenalkan sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan British sendiri iaitu untuk kepentingan ekonomi serta politik mereka dan bukannya untuk kepentingan kaum Melayu. Matlamat utama pendidikan ialah semata-mata untuk memberi ilmu kepada segolongan rakyat bagi membolehkan rakyat ini memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi demi kepentingan pihak British.
3.0 Kesan-kesan Positif
3.1 Perkembangan Kegiatan Ekonomi
Perkembangan ekonomi begitu pesat berlaku di Tanah Melayu berikutan revolusi perindustrian yang berkembang di Eropah. Britain berusaha sedaya mungkin menyaingi negara jiran di Eropah untuk menghasilkan barangan industri. Situasi ini menyebabkan berlaku pengeluaran sumber yang pesat di tanah jajahan seperti Tanah Melayu. Kegiatan perlombongan bijih timah dan pengeluaran susu getah telah dipertingkatkan. Impak pembangunan ekonomi negara banyak disumbangkan hasil daripada penggunaan sistem ekonomi kapitalis yang dibawa bersama oleh pihak penjajah. Di Tanah Melayu, hasil komoditi seperti bijih timah, getah, emas dan arang batu banyak dikeluarkan. Pengeluaran emas di Bau, Sarawak misalnya dianggarkan berjumlah 7000 aun setahun pada tahun 1840-an dengan 700 orang tenaga buruh. Pada tahun 1885, lebih kurang 1000 aun emas yang dikeluarkan di Sarawak telah dieksport ke Eropah. Kegiatan perlombongan emas dan bijih timah serta industri getah dan penanaman padi telah merancakkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu walaupun tidak seratus peratus memberikan keuntungan kepada masyarakat tempatan.
3.2 Undang-undang Tanah
Undang-undang tanah yang diperkenalkan turut memberikan keuntungan kepada orang Melayu. Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) telah diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah milik kepada orang asing. Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar hak milik. Enakmen Rizab Melayu yang diluluskan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 memberikan kuasa kepada residen mengkhaskan kawasan tanah untuk orang Melayu, dianggap sedikit menyebelahi orang Melayu. Land Order diperkenalkan di Sarawak bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha Cina. Turut diperkenalkan ialah Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi. Di Sarawak, pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan untuk mengelakkan daripada pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar. Land Order Sarawak seterusnya membahagikan tanah kepada tiga kawasan iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman. Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja, manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi. Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi yang melindungi kepentingan kaum peribumi telah diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik kaum peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah. Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing. Rumusan ringkas di sini, pengenalan undang-undang dan peraturan tanah telah menyelamatkan tanah milik penduduk peribumi daripada jatuh kepada orang asing.
3.3 Kemudahan Infrastruktur
Infrastruktur turut berkembang pesat semasa zaman British. Walaupun kemudahan ini banyak dibina demi kepentingan ekonomi mereka, namun turut memberikan kepentingan kepada masyarakat tempatan. Kemudahan yang dibina seperti jalan-jalan raya, jalan kereta api, pejabat pos dan banyak lagi. Kolonial British turut membawa pembangunan infrastruktur di Tanah Melayu walaupun tidak berlaku secara menyeluruh. Kemasukan pengaruh Inggeris pada pertengahan abad ke-19 telah mengubah sistem pengangkutan awam menjadi lebih baik. Sesuai dengan sistem ekonomi kapitalis, usaha penting yang dijalankan ialah membina infrastruktur yang dapat mewujudkan satu sistem perhubungan bagi menghubungkan semua pusat perusahaan bijih timah dengan pelabuhan-pelabuhan yang menjadi pusat pengeksport hasil-hasil bijih timah. Selain dari itu, pihak kolonial juga membina infrastruktur bagi menghubungkan kawasan pengeluaran dengan pelabuhan-pelabuhan tertentu di Tanah Melayu. Mulai tahun 1885, sistem pengangkutan kereta api dibina yang menghubungkan hampir kesemua pusat perusahaan bijih timah di Semenanjung dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka iaitu dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, Seremban ke Port Dickson, Ipoh ke Telok Anson dan Taiping ke Port Weld. Hal ini sekaligus telah meningkatkan sistem kemudahan awam secara keseluruhannya. Kemudahan pengangkutan telah membangunkan sektor ekonomi hingga membawa kepada bertambah bilangan bandar baru yang menjadi pusat pentadbiran, politik, perdagangan dan perusahaan seperti Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh, Pulau Pinang, Seremban, dan Kuching. Pada tahun 1875, jalan di Larut sejauh 13 batu telah dibina. Beberapa tahun selepas itu, jalan yang menghubungkan Matang dan Taiping, Kemunting serta Seberang Prai dibina. Pembinaan jalan raya dipertingkatkan pada tahun 1911 iaitu jalan raya dari Seberang Perai ke Melaka telah siap dibina. Pada tahun 1928 pula, Jalan raya menghubungkan Perlis ke Singapura telah disiapkan yang sekaligus mempercepatkan perjalanan di pantai barat. Kemudahan sistem perhubungan yang diwujudkan oleh British telah memberikan keselesaan kepada masyarakat walaupun pada awalnya, kewujudan kemudahan infrastruktur ini adalah demi kepentingan ekonomi pihak British.
3.4 Pendidikan
Pendidikan Melayu juga dilaksanakan semasa zaman Inggeris. Pendidikan Melayu telah diberikan secara percuma di peringkat sekolah rendah. Bangunan sekolah, rumah guru, kakitangan sekolah, peralatan dan buku-buku dibiayai oleh kerajaan Inggeris. Walaupun gaji guru yang mengajar di sekolah Melayu agak rendah iaitu dari $15 hingga $50 sebulan berbanding $85 hingga $125 bagi guru sekolah Inggeris, bantuan ini telah memberikan perkembangan kepada sekolah Melayu. Di peringkat menengah pula, Maktab Melayu Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada tahun 1905 mengikut model English Grammar School, tetapi khusus untuk anak-anak raja dan pembesar sahaja. Pada tahun 1938, terdapat 788 buah sekolah vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat (NNS) dan 788 buah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kerajaan Inggeris di NNS menyediakan peruntukan kepada murid Melayu yang berjaya selepas empat tahun mendapat pendidikan di sekolah Melayu bagi melanjutkan pelajaran percuma di bawah Special Malay Class di sekolah Inggeris. Peruntukan ini kemudian diikuti oleh negeri-negeri lain.
3.5 Proses Perbandaran
Bandar baru seperti Seremban, Kajang, Kuala Kangsar , Labis dan Pontian pula muncul kesan dari perkembangan perusahaan getah, kelapa sawit dan nanas. Perkembangan kegiatan perlombongan turut menyaksikan kedatangan imigran Cina untuk bekerja di kawasan perlombongan. Hal ini menyebabkan bandar-bandar baru muncul seperti Taiping, Ipoh Kuala Lumpur dan Seremban akibat kesan perkembangan perlombongan bijih timah. Kuala Lumpur telah dibuka pada pertengahan tahun 1850-an dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan kolonial Inggeris. Pertumbuhan penduduk Kuala Lumpur meningkat dengan pesat iaitu seramai 2000 orang pada tahun 1878 kepada 32000 orang pada tahun 1901 dan meningkat lagi hampir 1000 peratus menjadi 316230 orang pada tahun 1997.
Bandar baru yang muncul ini telah menjadi tumpuan penduduk dan berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pentadbiran. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan institusi kewangan. Bandar–bandar ini kebanyakanya didiami oleh orang Cina, sebaliknya orang Melayu hanya segelintir sahaja menetap di bandar dan selebihnya menetap di luar bandar. Bandar baru begitu pesat perkembangannya kerana wujud sistem pengangkutan iaitu mempunyai rangkaian jalan raya dan kereta api. Hasil getah dan bijih timah juga telah mengembangkan bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti pelabuhan Klang, Pulau Pinang. Bandar Kuching pula muncul kerana kemajuan tanaman gambir dan lada hitam. Walau bagaimanapun, kemudahan infrastuktur di awal pemerintahan British tidak melibatkan kawasan luar Bandar, khususnya di kawasan pantai timur Tanah Melayu kerana ketiadaan kepentingan ekonomi kepada mereka.
4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula sejak kurun ke-18 sehingga kurun ke-19 memang pada dasarnya adalah bertujuan untuk memonopoli kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh British dari segi politik dan ekonomi. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh British terhadap dasar ekonomi di Tanah Melayu, melalui pengenalan sistem ekonomi kapitalis sememangnya telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga banyak perubahan positif yang turut dijelmakan melalui sistem ekonomi kapitalis oleh Inggeris di negeri-negeri di Malaysia terutama dari aspek sosioekonomi.
Bibliografi
Ahmad Nazri Abdullah, (1985), Melayu dan Tanah, Selangor: Media Intelek Sdn. Bhd.
Azman Abdul Manaf, (2001), Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, (1983), Sejarah Malaysia (Edisi Baru), Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.
Hashim Awang Ar, Zahir Ahmad dan Zainal Abidin (1998), Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu Memasuki Alaf Baru, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Isu Ekonomi, Sosial dan Politik Malaysia (1983) (Kumpulan Esei Dewan Masyarakat 1975 1979), Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jackson J. C., (1976), Sarawak: Satu Kajian Ilmu Alam Tentang Sebuah Negeri yang Sedang Membangun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khoo Kay Kim, (1984), Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia untuk Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
Mohammad Redzuan Othman, (2006), Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Universiti Malaya: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Isa Othman, (2002), Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Razali Agus, (1990), Pola-pola Petempatan Masyarakat Melayu di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Mudji Sutrisno dan Hendar Patranto, (2004), Hermenentika Pascakolonial: Soal Identitas, Yogyakarta: Penerbit Kanisius.
Rahmat bin Saripan, (1991), Masyarakat Melayu Abad ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahril Marzuki, (2005), Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia, Pahang: PTS Publications & Distributors Snd. Bhd.
Oleh:
yangalim (Tugasan Sejarah Sosioekonomi Malaysia)
Sunday, October 24, 2010
Ujian Semester 5
NAME: Yang 'Alim
PROGRAMME : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah
MINOR : Ekonomi
FACULTY : Fakulti Sains Kemanusiaan
REGISTRATION NO. : D20081032646
IDENTITY CARD NO. : 88082903_ _ _ _
SEMESTER : 5
EXAMINATION : Semester 1 Sesi 2010/2011
DATE OF ISSUE : 12/10/2010
1 HSM3043 Malaysia Abad Ke-20 (23/11/2010)
DATE-> 02:30 PM
VENUE-> SITC
SEAT-> 188
2 PEG3043 Ekonomi Islam (26/11/2010)
DATE-> 09:00 AM
VENUE-> PC 26
SEAT-> 52
3 PET3023 Mikroekonomi (30/11/2010)
TIME-> 09:00 AM
VENUE-> PC 21
SEAT-> 19
4 LSI3023 Sejarah Islam Di Asia Tenggara (02/12/2010)
TIME-> 09:00 AM
VENUE-> PC 26
SEAT-> 28
5 LSM3023 Sejarah Sosioekonomi Malaysia (03/12/2010)
TIME-> 03:00 PM
VENUE-> ANJUNG 2
SEAT-> 41
6 EDU3046 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 (No Final Exam)
CATATAN
NOTES
1. Slip menduduki peperiksaan adalah dokumen rasmi yang wajib dibawa ke dewan/bilik peperiksaan.
(The examination slip is an official document that must be brought to the examination hall.)
2. Sila pastikan semua maklumat yang tercatat dalam slip ini adalah betul.
(Please make sure that the information in this slip is correct.)
3. Anda hanya dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kursus yang didaftarkan sahaja.
(You can sit for registered courses only.)
4. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, sila hubungi Pejabat Bahagian Hal Ehwal Akademik untuk membuat pembetulan.
(In case of any mistakes in the slip please contact Academic Division.)
5. Slip menduduki peperiksaan ini tidak boleh diconteng.
(Please do not write anything on this slip.)
Sumber:
UPSI Portal
PROGRAMME : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah
MINOR : Ekonomi
FACULTY : Fakulti Sains Kemanusiaan
REGISTRATION NO. : D20081032646
IDENTITY CARD NO. : 88082903_ _ _ _
SEMESTER : 5
EXAMINATION : Semester 1 Sesi 2010/2011
DATE OF ISSUE : 12/10/2010
1 HSM3043 Malaysia Abad Ke-20 (23/11/2010)
DATE-> 02:30 PM
VENUE-> SITC
SEAT-> 188
2 PEG3043 Ekonomi Islam (26/11/2010)
DATE-> 09:00 AM
VENUE-> PC 26
SEAT-> 52
3 PET3023 Mikroekonomi (30/11/2010)
TIME-> 09:00 AM
VENUE-> PC 21
SEAT-> 19
4 LSI3023 Sejarah Islam Di Asia Tenggara (02/12/2010)
TIME-> 09:00 AM
VENUE-> PC 26
SEAT-> 28
5 LSM3023 Sejarah Sosioekonomi Malaysia (03/12/2010)
TIME-> 03:00 PM
VENUE-> ANJUNG 2
SEAT-> 41
6 EDU3046 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 (No Final Exam)
CATATAN
NOTES
1. Slip menduduki peperiksaan adalah dokumen rasmi yang wajib dibawa ke dewan/bilik peperiksaan.
(The examination slip is an official document that must be brought to the examination hall.)
2. Sila pastikan semua maklumat yang tercatat dalam slip ini adalah betul.
(Please make sure that the information in this slip is correct.)
3. Anda hanya dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kursus yang didaftarkan sahaja.
(You can sit for registered courses only.)
4. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, sila hubungi Pejabat Bahagian Hal Ehwal Akademik untuk membuat pembetulan.
(In case of any mistakes in the slip please contact Academic Division.)
5. Slip menduduki peperiksaan ini tidak boleh diconteng.
(Please do not write anything on this slip.)
Sumber:
UPSI Portal
Tidur
Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuatkan diri lupa serta malas.
Di antara tidur itu ada yang paling bermanfaat, dibenci, dan tidak bermanfaat.
Tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat diperlukan iaitu segera tidur pada malam hari (tidak tidur ketika sudah larut malam)
Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya.
Tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya.
Oleh itu, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bahagian akhir malam, atau sekitar lapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya.
Tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasul Sallallahu 'alaihi wa sallam.
Diedit daripada:
Lima Perkara Perosak Hati
www.iLuvislam.com
Friday, October 22, 2010
Sejarah Bosan?
Sejarah:
Salah satu ilmu Sains Kemanusiaan (SK).
Tapi,
Kenapa ramai pelajar (terutamanya aliran sains mengatakan subjek ini membosankan).
Terdapat juga pelajar aliran SK sendiri yang mengatakan subjek ini bosan.
Bagi mereka sejarah adalah subjek:
1. Fakta
2. Membaca (Tak perlu cikgu ajar: kenyataan ini keluar daripada mulut sahabatku, katanya ambil buku dan baca, nanti boleh faham sendiri)
3. Kena ingat tahun
4. Ingat Peristiwa
5. kisah lalu/lama
Persoalannya:
1. Subjek lain bukan fakta?
2. Subjek lain tak perlu membaca?
3. Subjek lain tak perlu diingat isi pembelajarannya?
4. Subjek lain tak perlu diingat formula-formulanya?
5. Subjek lain tak ada sejarahnya ke? (sejarah subjek itu berasal & wujud)
Cuba Perhatikan.
1. Saat ibu melahirkan kita itu bukan sejarah?
2. Tarikh lahir yang kita gembira sangat menyambutnya itu bukan sejarah?
3. Gambar-gambar cantik yang menjadi simpanan kita itu bukan sejarah?
4. Peristiwa gembira yang terjadi ke atas diri kita itu bukan sejarah?
5. Peristiwa perkahwinan kita (bagi yang dah kahwin la) itu bukan sejarah?
Ingat..!!
Sejarah bukan semata-mata kena ingat @ hafal tahun. Cukup dengan ingat peristiwa. Tapi tahun-tahun penting kenalah ingat seperti:
1. Tarikh lahir nabi.
2. Tarikh negara kita mencapai kemerdekaan.
Tarikh lain (yg simple) tak ingat tak apa.. Cukup ingat peristiwa.
p/s: Jangan sesekali membenci sejarah.
Oleh:
yang 'alim
Salah satu ilmu Sains Kemanusiaan (SK).
Tapi,
Kenapa ramai pelajar (terutamanya aliran sains mengatakan subjek ini membosankan).
Terdapat juga pelajar aliran SK sendiri yang mengatakan subjek ini bosan.
Bagi mereka sejarah adalah subjek:
1. Fakta
2. Membaca (Tak perlu cikgu ajar: kenyataan ini keluar daripada mulut sahabatku, katanya ambil buku dan baca, nanti boleh faham sendiri)
3. Kena ingat tahun
4. Ingat Peristiwa
5. kisah lalu/lama
Persoalannya:
1. Subjek lain bukan fakta?
2. Subjek lain tak perlu membaca?
3. Subjek lain tak perlu diingat isi pembelajarannya?
4. Subjek lain tak perlu diingat formula-formulanya?
5. Subjek lain tak ada sejarahnya ke? (sejarah subjek itu berasal & wujud)
Cuba Perhatikan.
1. Saat ibu melahirkan kita itu bukan sejarah?
2. Tarikh lahir yang kita gembira sangat menyambutnya itu bukan sejarah?
3. Gambar-gambar cantik yang menjadi simpanan kita itu bukan sejarah?
4. Peristiwa gembira yang terjadi ke atas diri kita itu bukan sejarah?
5. Peristiwa perkahwinan kita (bagi yang dah kahwin la) itu bukan sejarah?
Ingat..!!
Sejarah bukan semata-mata kena ingat @ hafal tahun. Cukup dengan ingat peristiwa. Tapi tahun-tahun penting kenalah ingat seperti:
1. Tarikh lahir nabi.
2. Tarikh negara kita mencapai kemerdekaan.
Tarikh lain (yg simple) tak ingat tak apa.. Cukup ingat peristiwa.
p/s: Jangan sesekali membenci sejarah.
Oleh:
yang 'alim
Wanita Solehah

Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“...Wanita (isteri) solehah adalah yang taat (kepada Allah) dan memelihara diri ketika suaminya tidak ada, kerana Allah telah memelihara (mereka)...” (al-Nisa': 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata:
"Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya,” kerana itulah Allah berfirman:
“Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.” (Taisir, hal. 177)
Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud:
“Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis." (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)
2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya.” (riwayat Muslim no. 1436)
Diedit Daripada:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)